Monday, October 27, 2008

Jumper (2008)

Asas filem ni memang tak logik. Dan tidak diexplain juga kenapa. Beberapa manusia istimewa yang mempunyai kuasa untuk teleport di mana sahaja ia suka. Sekejap bangun di New York, sarapan di Paris, bersantai di Hawaii dan malamnya di Jepun. Oleh sebab kuasa yang istimewa, mudah sahaja mereka melanggar undang-undang bahkan batas-batas kemanusiaan. Antaranya, merompak dan hilang dan hidup senang lenang dengan hasil rompakan tersebut. Namun bak kata pemburu manusia Jumper ini, semuanya pasti ada consequences. Muncul pula golongan pemburu, yang bukan sahaja tau kewujudan mereka malah mengerti benar kelemahan mereka untuk memusnahkan mereka. Aksi yang hebat tapi plot yang lemah.

SKOR: 6/10

The Dinner Game (1998)

Gelak mengekek aku nengok filem ni. Hampir 90% dari filem ini berkisar di sebuah apartment seorang kaya yang 'sadis'. Setiap hari Rabu, beliau bersama kawan-kawannya yang lain akan makan malam. Bersyarat. Setiap dari mereka perlu mencari seorang kawan baru yang pada pandangan mereka seorang yang 'idiot' untuk mereka gelakkan secara tersembunyi. Pada malam yang tersebut, si kaya telah menjemput seorang mangsa yang memang pada pandangannya seorang 'idiot'. Malang. Malam tu juga si kaya sakit belakang. Tak boleh nak bergerak ke rumah kawannya yang jadi host makan malam itu. Akibatnya, beliau stucked di dalam apartment beliau dengan 'idiot' tersebut. Siapa yang terkena malam itu? Si idiot atau si pengena? Beberapa scene yang memang pecah perut gelak. Rekemen habis filem Perancis ini!

SKOR: 9/10

Run Fatboy Run (2007)

Makin popular pelakon komedi Simon Pegg sekarang ni. Apa nak dikata, sejak kejayaan Shaun of The Dead dan Hot Fuzz, beliau telah membintangi 9 buah filem dalam masa 4 tahun. That's a feat I must say. Actually, aku pun jadi minat cara bersahaja beliau mengkomikkan situasi. Mungkin kerana pe'el dia ada rupa macam kenalan rapat aku. Saling tak tumpah, I say. Untuk membuktikan kembali bahawa beliau menyesal terhadap kes lama; lari dari majlis perkahwinan, watak Simon Pegg berikrar akan menjadi ayah dan suami yang bertanggungjawab. Itu ikrarnya kepada bekas buah hati. Namun cakap bukan sesenang bukti. Namun beliau berkeras. Dan satu-satunya cara yang difikirkan logik oleh beliau, memasuki pertandingan marathon sejauh 26 batu. Itupun kerana beliau mempunyai saingan peribadi, seorang yang perkasa, berharta dan hensem yang juga mahukan buah hati beliau. Anda akan ketawa, hanya dengan melihat pe'el Simon Peg yang bersahaja itu.

SKOR: 8/10

The Hunting Party (2007)

The best thriller of the year? Murah sangat tagline gempak macam ni sekarang. Ekspetasi aku tak tinggi sebab kalau dasat sangat filem ni pastinya everybody was talking about it meh? Tapi aku kasi chance la kan. Well, overall, memang tak kena dengan tagline. Sebabnya? Aksi yang ada tak memadai. Plotnya mudah, gandingan wartawan dan jurukamera yang fokusnya pada kawasan peperangan. Si wartawan truely passionate dengan kerjayanya hingga beliau hilang 'kewarasannya' sedangkan jurukameranya meneruskan kehidupan dengan situasi yang lebih mewah dan senang. Namun ulangtahun ke-5 amannya peperangan Bosnia-Serbia menemukan mereka kembali. Mereka kembali bergandingan tetapi dengan satu matlamat yang lebih penting, bukan untuk stesen TV tetapi untuk keamanan yang hakiki. Menangkap war-criminal yang selama ini tidak dapat disentuh walau oleh NATO sekalipun. Wajar?

SKOR: 6/10

Friday, October 24, 2008

Malcolm X (1992)

Sebuah filem yang powerful dari Spike Lee yang mengambil riwayat hidup Malcolm Little yang terkenal sebagai aktivis yang menggerakkan pergerakan kaum kulit hitam di Africa. Filem ini bergerak secara perlahan dengan durasi selama lebih 3 jam dan penonton harus sabar untuk menunggu. Aku rasa kalau tak kerana mahu mengetahui riwayat hidup beliau (kerana sentiasa mendengar tapi tak tau cerita), most probably aku akan stop dan forget. In the end, filem ini menarik. Apa yang aku mau tau tentang Nation of Islam pun terjawab (yeap ianya sebuah parti politik BUKAN gerakan dakwah - kerana banyak ajarannya menyimpang dari ajaran Islam sebenar). Pemergian beliau untuk menunaikan haji dan sekembalinya ke Amerika dengan membawa mesej Islam yang sebenar pun menarik walaupun beliau sendiri tak dapat memisahkan ideologi nasionalis beliau. Kalau anda meminati filem autobiography, ini adalah antara yang paling menarik.

SKOR: 8/10

Hidalgo (2004)

Ingatkan filem cereka, rupanya berdasarkan kisah sebenar berkisar tentang seorang horse rider Frank T. Hopkins, yang menjadi lagenda 'distance rider' dulu. Gaya ceritanya seperti filem fantasi zaman dulu. Mungkin ada sebab jadi macam tu disebabkan apa yang dilagendakan tu pun ramai orang bantah sebagai hoax. Paling malang, bila masuk budaya Islam, jadi tak berapa Islam orang yang Islam tu. Maksudnya, tak banyak research dibuat untuk bagi persepsi seimbang terhadap kehidupan orang Islam. Still a fun to watch tapi tak payah la mati-matian mencari filem ini untuk ditonton.

SKOR: 6/10

The Happening (2008)

Apsal eh, skrip cerita ni macam kaku je. Sampaikan Mark Wahlberg pun jadi kaku je karektor dia. Ke memang Mark Wahlberg berlakon memang kaku macam tu? Anyway, dialog filem ni macam keras. Rasanya hampir keseluruhan tentang filem ni something wrong. Skrip, dialog, lakonan... kaku je. Yang boleh dipuji cuma probably scene orang jatuh dari bangunan tu. Fuh, memang kena ulang tayang selalu. Apokaliptik habis. Tuan direktor ni macam nak jatuh ke kategori B pulak dah. Last sekali paling happening filem tuan direktor ni, probably The Village. Ada jugak twist kat ending ni, maksudnya twist yang gempak le jugak. Yang ni... adehhh...

SKOR: 5/10

Thursday, October 23, 2008

SENARAI ULASAN

0-9
3:10 to Yuma (2007) drama
30 Days of Night seram
36 Quai des Orfèvres (2004) thriller

A
A Mighty Heart (2007) drama
A Mighty Heart (2007) drama
Abre Los Ojos (1997) drama, fiksyen sains
All About My Mother (1999) drama
American Gangster (2007) drama
Animal House (1978) komedi
AVPR: Aliens vs Predator - Requiem (2007) seram
Ayat Ayat Cinta (2008) drama, jiwang

B
Barbershop (2002) komedi
Believers (2007) drama
Beowulf (2007) aksi, animasi
Black Sheep (2006) seram
Black Snake Moan (2006) drama
Blades of Glory (2007) komedi
Borat komedi, KULT
Botched (2007) komedi, thriller
Breach (2007) drama
Bug (2006) thriller

C
Cache (2005) drama, misteri
Cashback (2006) drama, jiwang
Casino Royale (2006) aksi, thriller
Chain of Fools (2000) komedi
Charlie Wilson's War (2007) drama
Children of Men (2006) drama, thriller
Chinatown (1974) drama
CJ7 (2008) fiksyen sains
Click (2006) komedi
Closer (2004) drama
Cloverfield (2008) fiksyen sains
Crank (2006) aksi

D
Death at a Funeral Trailer (2007) komedi
Death Proof (2007) thriller
Donnie Brasco (1997) drama
Donnie Darko drama

E
Eastern Promises (2007) thriller
Employee of the Month (2006) komedi
Enduring Love (2004) drama, thriller
Eternal Sunshine on The Spotless Mind (2004) jiwang

F
Fear X (2003) drama
Feast (2005) seram
Find Me Guilty (2006) drama
Fracture (2007) thriller

G
Garden State (2004) drama
Gerry (2002) drama
Gone Baby Gone (2007) drama, thriller
Good Night, and Good Luck. (2005) drama

H
Half Nelson (2006) drama
Hannibal Rising (2007) drama, thriller
Hard Candy (2005) drama, thriller
Henry: Portrait of a Serial Killer (1986) seram, thriller
Hidalgo (2004) aksi
High Fidelity (2000) jiwang, komedi
Hitch (2005) jiwang, komedi
Hitman (2007) aksi
Hot Fuzz (2007)

I
I Am Legend (2007) drama, seram
I Heart Huckabees (2004) komedi
I Now Pronounce You Chuck & Larry (2007) komedi
Intolerable Cruelty (2003) jiwang, komedi

J
JFK (1991) drama, misteri
Jumper (2008) aksi
Just Like Heaven (2005) jiwang, komedi

K
L

Lady in the Water (2006) fantasi
Lions for Lambs (2007) drama
Love Actually (2003) jiwang
Lucky Number Slevin (2006) thriller

M
Malcolm X (2002) drama
Match Point (2005) drama
Metallica: Some Kind of Monster (2004) dokumentari
Miami Vice (2006) thriller
Michael Clayton (2007) drama
Miss Potter (2006) drama
Mr. Brooks (2007) thriller
Music And Lyrics (2007) jiwang, komedi

N
Next (2007) aksi
No Country for Old Men (2007) drama
No Man's Land (2001) komedi
No Reservations (2007) jiwang
Notes on a Scandal (2006) drama

O
P

Plane Dead (2007) seram
Planet Terror (2007) seram

Q
Quadrophenia (1979) drama

R
Rambo (2008) aksi
Ratatouille (2007) animasi
Reign Over Me (2007) drama
Rendition (2007) drama
Requiem for a Dream (2000) drama, KULT
Run Fatboy Run (2007) komedi
Running with Scissors (2006) drama
Rush Hour 3 (2007) aksi, komedi

S
Scanners (1981) fiksyen sains, seram
Secret Window (2004) misteri
Severance (2006) thriller
Shattered Glass (2003) drama
Shoot 'Em Up (2007) aksi
Shooter (2007) aksi
Sliding Doors (1998) drama, jiwang
Southland Tales (2006) aksi, drama
Spanglish (2004) drama, komedi
Spoorloos aka The Vanishing (1988) drama, thriller
Stand by Me (1986) drama, KULT
Stay (2005)
Still Crazy (1998) drama, komedi
Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street (20... thriller
Sweet Sixteen (2002)

T
The Assasination of Jesse James by The Coward Robe... drama
The Believer (2001) drama
The Contractor (2007) aksi
The Darjeeling Limited (2007) komedi
The Dinner Game (1998) komedi
The Graduate (1967) drama, komedi
The Happening (2008) misteri
The Haunted Drum (2007) jiwang, seram
The Hawk Is Dying (2006) drama
The Hills Have Eyes II (2007) seram
The Hitcher (2007) thriller
The Holiday (2006) jiwang
The Hunting Party (2007) aksi
The Invasion (2007) thriller
The Invisible (2007) drama
The Killing Fields (1984) drama
The Kingdom (2007) aksi
The Last Time (2006) drama
The Lives of Others (2006) drama
The Machinist (2004) drama
The Man From Earth (2007) fiksyen sains
The Nanny Diaries (2007) komedi
The Simpsons Movie (2007) animasi, komedi
The Sleeping Dictionary (2003) jiwang
The Three Burials of Melquiades Estrada (2005) drama
The Wendell Baker Story (2005) komedi
The WILHELM Scream WILHELM Scream
There Will Be Blood (2007) drama
This Is England (2006) drama
Trois couleurs: Bleu (1993) drama

U
Unleashed (2005) aksi

V
Veronica Guerin (2003) drama

W
Walk Hard: The Dewey Cox Story (2007) komedi
Walk the Line (2005) drama
White Noise 2: The Light (2007) seram
World Trade Center (2006) drama

X
Y
Z

Wednesday, October 22, 2008

Walk Hard: The Dewey Cox Story (2007)

Sebuah spoof movie, dalam kategori yang sama seperti The Spinal Tap dan Forrest Gump. Dewey Cox adalah seorang artis yang dilahirkan selepas WWII, kematian abangnya disebabkan kesilapan beliau sendiri tetapi sebelum mati, abangnya memberi suatu pesanan yang sangat dipegang olehnya; iaitu menjadi seorang yang berjaya. Tanpa disangka, beliau mempunyai bakat terpendam di dalam nyanyian. Beliau terus melonjak menjadi artis sensasi sebaris dengan Elvis Presyley dan The Beatles. Namun semua itu masih tidak memuaskan hatinya hinggalah matlamat akhir diperolehi; approval dari bapanya sendiri yang sejak dari kematian abangnya; menyalahkan Dewey sebagai penyebab dan tiada kemaafan baginya. Apakah beliau akan memperoleh approval itu ataupun selamanya Dewey akan merana walaupun statusnya adalah orang yang berjaya?

Nampak berat? Oh tidak sekali. Genre filem ini adalah komedi.

SKOR: 7/10

3:10 to Yuma (2007)

Makin banyak filem western hollywood sekarang ini. Mungkin bagus sebab ini memberi sedikit variety kepada pilihan. Honestly, filem western moden sekarang ini antara filem yang lebih memberi ruang kreativiti kepada pengusahanya. Filem ini letaknya di dalam kategori itu. Rusell Crowe melakonkan watak ketua bandit dengan sekumpulan ruthless bandits di bawah arahannya yang bisa membunuh sesiapa sahaja tanpa rasa ragu-ragu. Apabila beliau ditangkap dan perlu diescort ke stesen keretapi, seorang cowboy awam yang dilakonkan oleh Christian Bale mengambil upah tersebut atas dasar terpaksa kerana sangat-sangat memerlukan wang. Berbaloikah dengan nyawa yang digadaikan cowboy tersebut? Sebuah journey western yang sangat menarik.

SKOR: 8/10

Rendition (2007)

Natijah dari tragedi 9/11 ialah Amerika mengetatkan sistem keselamatan di dalam negara mereka. Antara lain, membuat undang-undang seperti ISA di Malaysia; tahanan tanpa bicara. Semata-mata atas maklumat perisikan yang apabila diimplement tangkapan itu, bermakna maklumat itu 100% betul, seperti maklumat yang divine. Kita dibawa kepada sebuah keluarga bahagia yang mana si suami seorang Muslim dari Mesir. Ketika pulang dari sebuah konferens di Afrika Selatan, beliau telah ditahan oleh perisikan Amerika kerana 'terlibat' dengan pengeboman berani mati di Mesir. Segala maklumat perjalanan beliau ke Afrika Selatan dipadamkan menyebabkan keluarganya panik dan keliru dengan kehilangan beliau. Objek filem ini mudah; menyorot kepada sistem tangkap tanpa bicara dan kenapa ia dianggap sebagai paling efektif. Namun itu adalah subjektif, terpulang kepada siapa yang berkuasa dan siapa yang menjadi mangsa.

SKOR: 7/10

World Trade Center (2006)

Tragedi 9/11 selamanya akan terpahat di hati. Bukan kerana banyaknya nyawa yang terkorban tetapi tragedi ini terjadi di sebuah negara yang dikatakan 'polis' dunia. Hollywood sudah tentunya tidak sabar-sabar untuk menukarkan tragedi ini kepada suatu keuntungan. Ada puluhan buah filem mungkin yang berkisar tentang tragedi ini. Adapun filem ini diarah oleh pengarah terkenal Oliver Stone, yang terkenal dengan teori konspirasinya di dalam filem JFK, namun filem ini agak lembut dari segi kontroversinya. In fact, tiada yang kontroversi selain meraih simpati mereka yang menontonnya terhadap penyelamat-penyelamat atau rescuers yang turut juga terkorban di dalam tragedi ini. Aku harapkan sesuatu yang lebih menarik.

SKOR: 6/10

There Will Be Blood (2007)

Tatkala cita-cita betembung dengan pegangan agama. Ini yang dapat aku tengok dalam cita ni. Aku tertarik pada mulanya nak tengok movie ni sebab poster dan Daniel-Day Lewis. Mengisahkan mengenai Daniel Plainview (Daniel-Day Lewis), sorang pelombong emas/perak, yang tidak percayakan Tuhan, yang secara tidak sengaja terjumpak simpanan minyak mentah di kawasan yang dilombongnya. Lalu bermulah karier Daniel Plainview sebagai tauke minyak dan perlahan-lahan mengembangkan perniagaan "drill" minyak. Sehinggakan pada satu hari, seorang pemuda datang bejumpanya yang mengatakan dia percaya terdapat simpanan minyak di kampung halamannya iaitu Little Boston, California. Setelah menyiasat, Daniel dengan segera menuju ke situ, dan berjaya membuktikan bahawa di kawasan itu dan berjaya membeli kawasan tersebut. Bermula dari situ, setelah pelbagai cabaran dan saingan dari syarikat lain, akhirnya dia berjaya mengawal penuh aliran minyak kawasan tersebut. Namun pelbagai peristiwa menimpa sepanjang proses beliao cuba mengawal kawasan tersebut, dimulai dengan salah seorang pekerja yang mati pada hari pertama kerja pengorekan bermula, dan kemalangan yang menimpa anak angkatnya, sehinggakan hilang pendengaran, dan kemunculan seorang yang mengaku sebagai adik tirinya, lalu dibunuh oleh Daniel kerana penipuannya.Salah satu babak menarik ialah di mana Daniel berpura-pura tunduk dan di baptiskan di gereja Third Revelation rakyat di situ semata-mata untuk membolehkan dia menyewa tanah untuk dijadikan laluan kepada paip saluran minyaknya ke laut.

Cerita akhirnya diakhiri dengan babak-babak yang menunjukkan ke tidak stabilan emosi dan mental Daniel di dalam rumah mewahnya. Nak tau apa dia buat ? Cari dan tonton.

Salah satu movie slow paced dan memerlukan kesabaran untuk menontonnya hingga habis. Tapi tak rugi nak spend 2 jam 40 minit untuk movie ni. Persembahan terbaik dari Daniel Day-Lewis semenjak Gangs of New York.

SKOR : 9/10
Ulasan: lati0s

SKOR : 8/10
Bentara

Tuesday, October 21, 2008

Garden State (2004)

Kadang-kadang apabila nak mencuba filem-filem baru, kita rely kepada anugerah-anugerah yang disandang oleh filem tersebut. Anugerah akademi adalah yang paling utama. Namun tidak dilupakan anugerah-anugerah dari festival yang lebih kecil. Filem ini memenangi beberapa anugerah festival kecil-kecilan ditambah dengan jelitawan Natalie Portman, menyebabkan tanganku laju menyewa DVD ini. Hasilnya? Hambar. In fact, aku tak habis tengok pun. Begitulah hambarnya filem ini. Unless kalau ada sesiapa yang membangkang dan beri sebab probably aku sewa balik dan tengok.

Skor: 3/10

The Believer (2001)

Setelah yakin dengan kemampuan Ryan Gosling dalam filem Half Nelson, Fracture dan Stay, tak hairanlah The Believer menjadi pilihan. Tambahan pula, subjek subgenre muzik adalah antara tema filem yang paling diminati; iaitu gerakan Skinhead. Gerakan skinhead merupakan satu gerakan muzik yang sangat dikaitkan dengan pergerakan rasis di barat terutamanya memusuhi Yahudi. Ryan Gosling melakonkan watak tersebut cuma problemnya beliau sendiri adalah seorang Yahudi. Persoalan kenapa dan mengapa beliau menjadi pemusuh kepada bangsanya sendiri menjadi tema utama filem ini dan dilakonkan dengan baik sekali oleh Gosling. Bak kata sinopsis promo filem ini, yang paling menarik ialah filem ini berdasarkan dari kisah benar!

SKOR: 9/10



The Assasination of Jesse James by The Coward Robert Ford (2007)

Cita zaman Old West. Sapa yang minat cita2 koboi mesti familiar dengan nama Jesse James, sampaikan nama dia disebut dalam cita Labu Labi. Okeh, movie ni mengisahkan pasai Robert Ford (Cassey Affleck) yang menjadikan Jesse James (Brad Pitt), penjenayah yang terkenal di US sekitar 1880-an dulu, sebagai idolanya dari kecil. Semua artikel, buku atau apa pun bahan bacaan mengenai Jesse James disimpan nya dengan rapi. Akhirnya, beliau berkesempatan untuk join team rompakan kereta api Jesse James, dan berupaya mendekati Jesse James. Tahap obses Robert ni amat memuncak, sampailah satu hari, dia dikecewakan oleh Jesse James, kerana rasa diri dia dibuli dan dimanipulasikan oleh Jesse James sendiri. Plot betambah menarik apabila, satu hari, Robert didatangi oleh beberapa orang polis, yang mengupah Robert untuk membunuh Jesse James. Pelbagai perkara yangterjadi sehingga lah pada satu hari, akhirnya Robert melepaskan tembakan dari belakang yang membunuh Jesse James serta merta.

Tapi cerita tak habis kat situ, lepaih tu Robert diangkat menjadi hero la kononnya, dan menjadi stage-show star yang melakonkan aksi dia menembak Jesse James berulang-ulang kali.Dia mula menjadi paranoid, dan mula dihantui dengan tindakannya membunuh Jesse James.

Akhirnya Ford sendiri dibunuh oleh orang len.

Pace cita ni agak slow, tapi meaningful, dan memerlukan banyak kesabaran untuk tengok sampai abeh.Kita buleh tgk mcm mana obsession buleh betukaq kepada benci sebencinya dengan sekelip mata. IMO, lakonan terbaik Brad Pitt setakat ni. Cassey Affleck plak , quality lakonan dia lagi tinggi dr abang dia.

Score : 8/10
Pengulas: lati0s

Score : 8/10 (Bentara)

Monday, October 20, 2008

Veronica Guerin (2003)

Dalam beberapa ketika yang dekat, aku menonton filem-filem Cate Blanchett secara berterusan, Notes Of A Scandal antaranya. Tak lupa juga Lord of The Rings. Namun apabila diteliti filem-filem drama sebegini, beliau bukan sahaja cantik dan mempunyai pesona di layar malah watak-watak yang dilakonkannya pun sangat dalam dan meyakinkan. Veronica Guerin membawa kita kepada seorang wartawan di Scotland yang concern dengan gejala dadah yang berleluasa di sekitar kawasannya. Beliau agak kecewa dengan autoriti yang seolah-olah pandang sebelah mata terhadap masalah besar ini. Dengan keberanian yang tidak pernah ada ketika itu, beliau memburu fakta tentang mereka-mereka yang dibelakang tabir di dalam sindiket dadah ini dan dipamerkan cerita mereka di akhbar. Sudah tentu, ini kerja gila dan menggadai nyawa. Tetapi gerakan solo beliau menyebabkan undang-undang baru diluluskan dan gejala dadah mula diambil perhatian serius. Dari kisah benar.

Skor: 8/10

Notes on a Scandal (2006)

Performance yang sungguh mantap dari dua pelakon utamanya Judi Dench dan Cate Blanchett yang membuatkan mereka menjadi calon untuk Pelakon Utama dan Pembantu Wanita Terbaik Akademi 2007. Cate melakonkan seorang guru yang baru di sekolah. Dalam mengharungi kariernya yang baru, beliau melakukan kesilapan paling besar. Bercinta dan membuat hubungan seks dengan pelajarnya yang berumur 15 tahun. Enter, Judi, seorang guru senior yang secara tak sengaja tersekodeng perbuatan Cate bersama dengan pelajar tersebut. Judi mengaku melihat perbuatan Cate itu dan bersedia untuk merahsiakannya, dengan bersyarat. Dan syarat itu adalah sesuatu yang akan mengubah hidup Cate selamanya. Sungguh intense.

SKOR: 8/10

A Mighty Heart (2007)

Berdasarkan kisah benar dua pasangan wartawan Amerika di Pakistan yang cuba cover berita tentang terrorism. Si lelaki di tawan ketika dijanjikan untuk menemuramah seorang suspected terrorist besar di situ menyebabkan si isteri menggerakkan seluruh jentera perisikan yang ada untuk menjejaki suaminya. Usaha si isteri telah menyebabkan satu gerakan besar-besaran oleh komuniti wartawan untuk menjaga kepentingan mereka. Sebilangan besar wartawan mati/hilang dalam menyediakan berita kepada umum setiap tahun dan sekarang adalah masanya untuk masyarakat global menjaga kepentingan mereka. In-depth tetapi masih jauh untuk menyaingi kehebatan The Killing Fields.

SKOR: 6/10

The Contractor (2007)

Aku mengharapkan filem penuh aksi tapi malangnya aksinya sangat kurang. Hingga menjadikan filem ini hampir menjadi sebuah drama. Welsley Snipe berlakon drama? Ah, jangan buat gila. Takkan menjadi. Filem ini buktinya. Filem yang cuba memberikan watak yang mendalam dan beremosi kepada Snipe seumpama memberikan watak yang sama kepada Arnie (Terminator). Kekalkan Snipe dengan full-blown action dan biarkan watak sebegini kepada pelakon yang lebih berupaya.

SKOR: 3/10

Saturday, October 18, 2008

Gone Baby Gone (2007)

Aku memang sucker ah drama macam ni. Drama misteri yang membuatkan kita tertanya-tanya. Siapa yang jahat, apa motif yang hanya pada penghujungnya dijelaskan. Ia membuatkan kita terpaku kat skrin nak mengetahui. Of course, jalan cerita kena bagus, kalau tak jadi fedup. Dalam sebuah town yang kecil, berlaku kidnapping anak kecil yang berakhir dengan tragedi. Disebabkan tak puashati dengan 'kelembapan' polis tempatan menyelesaikan misteri kehilangan tersebut, waris kepada si anak kecil telah membayar private investigator untuk tolong membongkar misteri kehilangan itu. Problemnya, ini kes major pertama PI tersebut kerana sebelum ini mereka sekadar menyelesaikan masalah domestik je, bukan criminal. Dalam keadaan yang naive ini, jaringan penipuan, ubah suai dan lawan prosedur pun berlaku yang diakhirnya meletakkan keputusan akhir kepada si PI. Ini untuk anak tersebut atau untuk dirinya sendiri?

SKOR: 9/10

AVPR: Aliens vs Predator - Requiem (2007)

Entahlah... macam kurang sikit jalan ceritanya. Even aksinya pun tak berapa best. Komplen aku ialah probably Predator yang dok lawan Alien tu nisbahnya tak munasabah. Predator sekor, Aliens melambak-lambak. Macam cerita Rambo la pulak. Hero sorang. Rasanya better the first one kot.

SKOR: 4/10


Michael Clayton (2007)

George Clooney kalau berlakon, biasanya best filemnya. Tak ketinggalan dengan filem ni yang mana Clooney dicalonkan sebagai pelakon utama terbaik Academy untuk tahun 2007. Filem berkisar seorang 'fixer' dalam hal mahkamah tersangkut dalam jaringan tipu muslihat undang-undang yang mencabar integriti beliau. Dalam masa yang sama beliau memerlukan bantuan berbentuk wang untuk membersihkan segala hutang piutang beliau akibat tersalah gamble membuka restoran yang merugikan. Yang mahu beliau menipu ialah sebuah organisasi terbesar di Amerika. Ending yang menarik juga jaringan plot yang jelas.

SKOR: 9/10

Monday, August 25, 2008

Sweet Sixteen (2002)

Nasib baik ada subtitle, kalau tak mampus tak paham pebende dituturkan. Filem Scottish yang memenangi anugerah Cannes (Best Screenplay 2002) ni agak memuaskan. Kisahnya, satu keluarga dengan pelbagai sejarah jenayah. Seorang anak yang menunggu kepulangan ibu yang dipenjara dan berharap dapat memberikan sesuatu yang menyenangkan ibunya. Problemnya, ibunya sangat attached dengan bapanya (juga penjenayah) dan hasrat si anak agar ibunya meninggalkan bapanya (yang dianggap punca segala malapetaka) dan hidup bersama beliau. Ironinya, si anak makin canggih, attached pula dengan bapak gangster tapi pulangannya lumayan dengan perlindungan dan apartment yang baru. Apabila tiba masanya si ibu keluar, sesuatu akan berlaku. Keesokannya pula hari jadi si anak yang ke-16. Harijadi itu menjadi titik tolak si anak, ke kiri atau ke kanan.

Skor: 8/10



sori trailer tak jumpa!

Sunday, August 24, 2008

Stand by Me (1986)

Klasik! First time aku tengok filem ni kat TV long time ago masa budak-budak lagi. Oleh kerana lupa apa cerita sebenar, sewa balik dan tonton. Beberapa sahabat yang mendengar bisik-bisik mengenai seorang pemuda dibunuh dan dicampak bersebelahan dengan landasan keretapi di satu kawasan tak jauh dari kampung mereka. Disebabkan mau dianggap sebagai 'berani' dan 'hero' kerana menjumpai mayat tersebut, mereka berpakat untuk hiking ke spot itu. Kalau naik kereta dekat je tapi sebab mereka semua bawah umur, hiking untuk menjadi satu hike yang panjang, 2 hari satu malam. In the end, menjadi hero tidak lagi menjadi matlamat tapi nilai persahabatan itu yang terlebih penting. Ramai pelakon handalan sekarang ni jadi famous pasal filem ni antaranya Kiefer Sutherland dan River Phoenix. Oh ye, ini adaptasi dari Stephen King tau!

Skor: 9/10

Running with Scissors (2006)

Filem coming of age. Antara feveret genre i like! Konflik yang menyelubungi seorang anak, biasanya berkaitan dengan konflik keluarga dan bagaimana si anak cuba untuk menghadapi masalah tersebut. Filem ini, begitulah cuma situasinya agak eccentric. Ibunya seorang poet wannabe yang dirawat oleh shrink yang sangat-sangat pelik. Si anak pulak termasuk sekali dalam huru-hara. Tambah pulak, si anak gay. Aduh... pening dan kelam kabut. Base yang menarik cuma dipamerkan terlampau bercelaru. First half, aku tertidur sebab tak faham. Kena sambung malam esoknya.

Skor: 6/10

Saturday, August 23, 2008

Beowulf (2007)

Satu pembaharuan dari segi teknik animasi, iaitu "performance capture". Aku pun tak tau apa bendanya, malas nak explore. Cuma dari segi pandangan mata kasar (dan TV cheapo aku), ianya dalam lingkungan kualiti filem Shrek. Lebih kurang macam tu. Yang outstanding maybe kerana at first, wife aku ingatkan ni orang betul, rupa-rupanya bila dia pandang lagi sekali, eh, animasi rupanya (yeap, dia sibuk buat cheesecake masa tu dan tak berapa minat filem bunuh-bunuh ni). Well, at least ia boleh mengelirukan. Jalan ceritanya OK, diambil dari mitos purba mana ntah pasal sorang pahlawan ni yang boleh bunuh monsters. In the end, dia bunuh monster dalam diri dia sendiri (literally). Not bad.

Skor: 7/10

Friday, August 22, 2008

This Is England (2006)

There is something magnetic dengan filem berlandaskan subculture punk dan oi yang menyebabkan ia menjadi tema filem yang popular. Ingat Romper Stomper dan American History-X? Muziknya bukanlah menjadi tema sebenar tetapi kehidupan golongan ini yang selalu dikritik oleh filem 'sendiri' sebagai kelompok yang berfikiran sempit terutamanya bab perkauman ni. Filem ini tak terkecuali berdasarkan situasi Britain di tahun 1980an, ketika pemerintahan Thatcher yang sibuk dengan propaganda peperangan Falklands. Golongan blue collar yang merasa mereka terbiar disebabkan keutamaan gomen kepada hubungan antarabangsa memerangkap seorang kanak-kanak yang kehilangan ayah, mati dalam peperangan Falklands tersebut. Terpengaruh dengan propaganda ultra-right wing (how irony, semuanya propaganda), kanak-kanak ini bakal dikejutkan dengan realiti kehidupan. Yang hidup ini bukan semudah membaca ABC. Bukan semudah makan, tidur, berak. Yang pasti, kehidupan itu suatu struggle dan semua orang perlu struggle untuk mendapatkan apa yang dihajatinya.

SKOR: 8/10

Severance (2006)

Premis filem UK sekarang ialah memperolok-olokkan genre filem kebiasaan. Ianya bukan spoofs tapi maybe 'another' version dari dataran Hollywood. Filem Severance ni pun boleh kata dalam kategori filem UK yang sama. Aksi gore, darah dan putus bahagian badannya sama seperti cereka Hollywood cuma diselitkan one-liner dan situasi cheeky yang seakan menyindir comrade di Hollywood. Well, at least depa buat something la kepada genre slasher yang dah basi ni. Malangnya aku dah agak tepu dengan filem sebegini. Menyewa DVD ini semata-mata kerana mahukan that British touch. Sesuai sangat la kepada peminat slasher movies yang dah di penghujung usia. Sinopsis filem? Cari kat imdb.com la...

SKOR: 7/10

No Reservations (2007)

Kecewa. Aku yang meminati makanan ni kecewa filem yang berkisar tentang kehidupan chef yang bercinta masa kerja ni tak best. Ia dibuat macam filem-filem jiwang gagal yang lain, cuma suasananya je dalam dapur. Lagipun aku rasa, Eckhart dengan Zeta-Jones ni takde chemistry ah. Rasa rugi je menyewa DVD ni.

Skor: 3/10

Rambo (2008)

"Live for nothing, or die for something..." (jap... nak gelak dulu muahahaha...)

Sori geng, bukan apa teringat zaman Rambo 80an dulu. Macho bebenor. Hero sangat-sangat. Kalau tengok filem ni dengan kawan-kawan aku, mesti jadi cerita kelakar punya la. Mengejek watak Rambo yang over-macho ni. However, filem ni nampak kurang sikit machonya (maybe Stallone yang dah umur 60 ni 'sedar'). So, instead of Rambo sorang je yang menyelamatkan situasi, beliau dibantu oleh sekumpulan mercenaries menyelamatkan satu kumpulan salvation army yang kena kidnap kat hutan belantara Burma. Oh ye, sekarang sudah jadi filem R18 disebabkan ultra-violence scene. Mayat hancur kena bom, kepala bersepai kena tembak etc... Aku agak enjoy tengok part tembak-tembak tu. Not bad overall.

SKOR: 7/10


Sunday, July 27, 2008

The Killing Fields (1984)

Filem yang memenangi beberapa anugerah Academy termasuk Best Supporting Actor oleh pelakon Haing S Ngor sebagai wartawan Dith Pran di Cambodia ini sungguh engaging (pelakon SouthEast Asia PERTAMA yang memenanginya)! Berdasarkan sebuah rencana New York Times yang memenangi hadiah Pulitzer, yang juga menceritakan pengalaman penulisnya, wartawan Sydney Schanberg ketika melaporkan tragedi abad lalu di Cambodia ketika pemerintahan Pol Pot. Dith Pran adalah seorang wartawan tempatan yang banyak menolong Sydney di Cambodia tetapi tersangkut di dalam pemerintahan kejam Pol Pot sedangkan Sydney begitu gusar akan keselamatan beliau selama 4 tahun mereka terpisah. Sungguh mencengkam jiwa melihat harapan Dith Pran terhadap keselamatan diri dan juga keluarganya (yang sempat dihantar keluar) tatkala menyabung nyawa di bawah genggaman rejim Pol Pot ni. REKOMENDED!!!!

Skor: 9/10


The Nanny Diaries (2007)

Aku rasa ramai yang ambik first degree but realize only later yang degree yang diambil tu atas dasar terpaksa/tak tahu/tak minat etc. Lastly, masuk kerja benda yang tak minat. Aktres menawan Scarlett Johansson berlakon sebagai graduan fresh yang keluar mencari kerja only to realize just that. Tiba-tiba dapat pula tawaran jadi nanny dengan gaji yang menawan. Sementara nak re-think about apa nak dibuat sebenarnya, beliau pun terima la. Tak sangka pulak kerja nanny macam tu je banyak memberi pengajaran kepada beliau. Not bad jalan ceritanya. Feel good ending.

Skor: 7/10



Death Proof (2007)

Cerita sidekick Planet Terror yang patutnya disiarkan secara beriringan (2 in 1) kat wayang-wayang tapi nampaknya tak berapa popular cara begini sebabnya panjang sangat. Anyway, kat Australia ni berjaya pulak dibuat begitu. Anyway term Death Proof ni telah berjaya aku guna masa naik kereta dengan member aku. Dia kata sekarang aku nak speed. Aku jawab, well, as long as this car is death proof! Heheheh... Scene paling brutal ialah masa kereta death proof ni langgar secara head on dengan mangsanya. Memang kena ulang tayang beberapa kali. Otherwise, cerita agak lembab dibandingkan dengan kembarnya Planet Terror.

Skor: 7/10

Tuesday, July 8, 2008

The Invasion (2007)

Remake dari filem Invasion of the Body Snatchers. Aku tak pernah tengok pun original. Maybe next time. Nak compare. Anyway, plot filem mengisahkan manusia yang mula berubah sifat (perangai) akibat dari jangkitan 'virus' yang datangnya dari angkasa lepas. Actually, manusia berubah menjadi baik, iaitu, manusia dijanjikan menjadi baik, tidak lagi bergaduh dan semua menjadi sepakat. Kata kunci: manusia hilang sifat manusianya. Mana nak pilih, hidup tanpa peperangan, sakit hati, hasad dan lain-lain sifat buruk tetapi bukan lagi 'manusia' ATAU hidup secara normal (memusnahkan bumi) sebagai manusia? Aku kata, you have to sacrifice, to be a human.

SKOR: 7/10


Friday, July 4, 2008

Planet Terror (2007)

Film go retro! Siap dengan reel calar, komposis warna tak betul (aku ingat contrast dan brightness yang sengaja dicelarukan) dan overdub yang 3rd grade.. Begitulah impian pengarahnya Robert Rodriguez, peminat filem-B. Aku pun ingat masa tahun 80an, sewa videotape cerita tembak-tembak yang cheesy dulu. Tapi bak kata Quentin Tarantino, filem-B dulu ada poster yang cantik, tapi bila masuk tengok, ianya tak dapat nak deliver sebab bajet kecik. So, kali ni depa nak buat filem macam tu tapi deliver sebab bajet besar. Filem memang cheesy la. Mengenai eksperimentasi government of the US dengan biological weapon went wrong, satu penempatan semua jadi zombie. Zombie memang stail kuno la, muka pecah, bernanah dan out-of-shape. Part gore, memang gore habis, kepala pecah, tangan kudung semua... Part menanah pecah tu memang aku sendiri seriau nengoknya. Geli eeeeee...

Oh ye filem ni supposed to be 'double-billed', maknanya ada lagi satu filem to accompany this. Iaitulah filem Death Proof (2007). Lagi 2-3 hari aku tengok. Yeaaa...

Skor: 9/10


Wednesday, July 2, 2008

Enduring Love (2004)

Sekali pandang pada cover DVD mati-mati ingat cerita romance. Tajuk pun agak menipu. Bila tengok, well, bila baca review kat mana-mana baru tau ni cerita thriller. Psychological. Cinematografi pun tip top. Scene pertama di padang rumput dimana orang ramai cuba menyelamatkan seorang budak yang 'terperangkap' dalam belon gas panas tu memang cantik sungguh cinematographynya. Especially bila salah seorang dari penyelamat tu jatuh dari belon. Gila cantik. Pengarah nampaknya suka menggunakan multiple angles untuk satu-satu scene. Tu yang nampak lain sikit tu. Sekejap long shot. Sekejap close shot. Otherwise, cerita psikologikal thrillernya boleh tahan la. Agak pening juga. Tapi cinematografinya akan compensate whatever kepeningan yang wujud masa menonton.

SKOR: 8/10

Monday, June 30, 2008

Gerry (2002)

Filem ni aku tengok majoritinya secara fast forward. Sebab? Plotnya hanya mengenai dua orang sahabat yang sesat ketika wildlife tracking dan sepanjang durasi filem hanya shoot gambar mereka berdua berjalan, berjalan dan berjalan. Mungkin kalau aku sabar sikit boleh menikmati cinematografi pemandangan yang cuba dihighlight oleh pengarahnya. Tapi kesabaranku takde malam tu. Lagipun tak logik, pada aku, sesat kat plain area. Boleh nampak bukit-bukit yang boleh jadi pedoman. Lain la kalau sesat dalam hutan, apa pun tak nampak. Ni sesat melampau-lampau sampai ke padang pasir apa cerita? So aku fast forward sampai ending yang dikatakan sebagai sadis. I wish ending tu boleh dinikmati sekali dengan sejam shoot on they walking. Mungkin so-called arthouse fan boleh layan.

SKOR: 4/10

Saturday, June 28, 2008

Cashback (2006)

Frust bercinta menyebabkan Ben Willis menjadi imsonia. Tidak boleh tidur. Untuk membuang masa tambahan 8 jam yang beliau tidak tidur, beliau bekerja part time di sebuah supermarket. Bila dah tak dapat tidur, realiti dan fantasi menjadi satu. Beliau tidak dapat membezakannya. Hinggalah beliau rasa beliau dapat mematikan masa. Dengan masa yang terhenti, berserta dengan bakat melukis beliau, beliau mula melukis watak-watak yang ada di dalam supermarket ketika masa itu terhenti. Tapi azab tak boleh tidur itu memang suatu azab. Beliau mengharapkan sesuatu akan berlaku yang boleh membuatkan beliau tidur kembali. Mungkinkah, Sharon, cashier supermarket itu menjadi kunci kepada pelepasan azab beliau?

Nice story line dan good cinematography. Scene di telefon terus ke atas katil yang dibuat in one shot itu sebenarnya memakan sehari pengambaran. Bandingkan dengan jumlah keseluruhan hari pengambaran; 27 hari. Sudah tentu shot telefon itu sesuatu yang menarik. Pasti anda akan ulang tayang shot tersebut beberapa kali.

SKOR 8/10


Thursday, June 26, 2008

Rush Hour 3 (2007)

Well, nak komen apa? Jalan cerita tak menarik. Kalau dah tengok Rush Hour 1 dan 2, aku rasa dah cukup la. Lawak Chris Carter pun dah tak best. Dulu masa tengok dia mengekek gelak sekarang nak senyum pun payah. Aku tak salahkan dia. Aku salahkan penulis skrip. In the end, bloopers kat end credit lagi best dari actual film. Kalau dah takde benda sangat nak tengok pi la tengok.

SKOR: 3/10

Southland Tales (2006)

Pening cerita ni. In fact, aku tak paham apa cerita. Well, jalan ceritanya OK tapi objektif aku tak dapat tangkap. Apa nak dikata, pengarahnya ialah Richard Kelly (Donny Darko). Filem Donny Darko pun susah nak tangkap apa cerita. Kisahnya mengenai USA post-nuclear war. Third world war to be exact. Dwayne Johnson - The Rock - adalah ahli politik yang tersepit antara government dan pemberontak neo-Marxist. Govenrment sibuk cari dia yang diculik, neo-Marxist sibuk nak gunakan dia untuk propaganda. Itu je la jalan cerita yang paham. Bila dah masuk bab time travel tu dah tak paham. Ending lagi la tak paham. Can somebody explain?

SKOR: 5/10

Sunday, June 22, 2008

Ayat Ayat Cinta (2008)

AYAT AYAT CINTA ialah satu kisah cinta yang di persembahkan dengan gaya Islamik dengan baik sekali. Pengolahannya benar2 menepati atau hampir dengan adaptasi novel karya Habiburrahman El Shirazy. Di mulakan dengan cerita FAHRI, seorang penuntut Al-Azhar di Mesir yang pada awalnya cuba menjadi insan contoh dgn watak seseorang yg mempunyai akhlak yg benar cuba untuk menolong semua orang yang didekatinya. Tetapi seolah-olah, jasa baik FAHRI itu memerangkapnya ke dalam cinta 4 penjuru. Di mulakan dengan keakraban FAHRI dengan MARIA, seorang penuntut Al-Azhar yang beragama Kristian dan juga teman sekelasnya NURUL telah mengheret FAHRi ke konflik percintaan tanpa beliau sedari. Kehadiran AISYAH pula yang menjadi highlight utama telah mengubah situasi dan kehidaran NOURA pula cuba meruntuhkan kebahagiaan.

Filem ini mengajak kita mengenal erti sebenar cinta dalam konteks islamiyah yang sememangnya perlu kita sedari. Ia seakan membuat saya kembali seketika mempelajari ilmu hakikat cinta dalam islam. Peribadi seorang lelaki dan perempuan muslim telah berjaya mencabar perasaan penonton. Nyata sekali watak AISYAH yg bersungguh sememangnya menyerlah sebagai seorang isteri dari keluarga berharta tetapi tetap taat kepada perintah suami dan keikhlasan MARIA untuk mengenali Islam secara jujur. suasana adat Taa'ruf dan juga Akad menjadi kita lebih ingin tahu. Konflik yang di paparkan juga seperti menyampai mesej seakan satu ujian dan dugaan Allah kepada hamba yang taat kepadaNYA. Kesimpulannya, ia berjaya menarik penonton jauh menuju keperibadian islam sejati dan ternyata tidak tunduk dengan gaya artistik barat. Recommended.

p/s: pastikan anda hampir dengan kotak tissue yang berisi.

SKOR: 9/10
Pengulas: Tormenized


Thursday, June 12, 2008

Lions for Lambs (2007)

Enam karektor utama yang berkaitan dengan tiga situasi:

1. Janine (Meryl Streep) seorang wartawan yang mendapat panggilan dari Senator Irving (Tom Cruise) terus dari biliknya untuk mendapat situasi terkini dengan plan kerajaan untuk War on Terror. Konfliknya samada Janine yang aktivis itu dapat menerima plan kerajaan yang nampak efektif tetapi kemungkinan berulang di Afghanistan sepertimana di Vietnam dahulu.

2. Profesor Mally (Robert Redford) yang memanggil student harapannya, Hayes (Andrew Garfield) yang semakin hari menjadi kurang berminat dengan kursus Politik Sains yang ditawarkannya. Debat di dalam bilik berkait dengan samada perlu aktivis politik untuk mengubah arus perdana dunia atau dibiarkan sahaja kerana apa sahaja effort yang dibuat, nothing will change?

3. Dua orang sahabat, bekas pelajar Prof. Mally, yang bukan sekadar berdebat di dalam kelas mengenai pentingnya arus perdana diubah tetapi mereka sendiri turun padang, menjadi askar di Afghanistan. Konfliknya ialah apabila mereka sekarang terkepung berdua di kelilingi Taliban.

Nota: Wahabi dan Syiah menjadi subjek sampingan, dibincang secara sekali lalu tetapi dapat difahami penonton yang mengerti.

SKOR: 9/10



No Man's Land (2001)

Peperangan itu selalunya penuh dengan muslihat dan konspirasi. Peperangan juga tidak kurang dengan kelucuan dan ironi. The latter is the subject of this movie. Persoalan yang dilemparkan, bagaimanakah survival anda sebagai pejuang bangsa dan negara apabila dua-dua musuh memerlukan satu antara lain, walaupun secara paksa? Dilemparkan bersama pasukan pengaman yang terikat dengan tanggungjawab 'mengamankan' dan juga publisiti media antarabangsa. Konflik bertukar kepada kelucuan dan ironi.

SKOR: 8/10

Trois couleurs: Bleu (1993)

Menyewa filem ini atas dasar curiosity. Filem yang bermula dengan warna biru dan berakhir dengan warna merah. Ditengah-tengahnya putih. Apa maknanya? Aku harap ko boleh explain kat aku. Aku pun tak paham. Anyway, filem ini filem berat. Dalam. But apa yang aku nampak, ia masuk jauh ke dalam seorang wanita yang menghadapi konflik jiwa apabila suami dan anaknya mati kemalangan kereta. Bertambah-tambah malang apabila mendapati selepas matinya suami, suami yang tercinta bermain kayu tiga. Siap ada anak luar nikah lagi huhuhu... Sesuai untuk penonton jiwa kacau.

SKOR: 7/10


Saturday, June 7, 2008

Chinatown (1974)

Filem Chinatown, gandingan beberapa nama besar di Hollywood, merupakan salah satu filem yang boleh dikatakan antara terbaik dan diingati di era 70-an. Ianya merupakan filem terakhir Roman Polanski di Amerika (dan pertama sejak pembunuhan isterinya Sharon Tate), dibintangi oleh Jack Nicholson sebagai seorang detektif bebas Jake Gittes dan aktres Faye Dunaway yang memegang watak sebagai Evelyn Cross Mulwray.

Cerita dimulakan apabila Jake Gittes didatangi oleh seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Evelyn Cross Mulwray yang meminta Jake untuk mengenai hubungan sulit suaminya dengan seorang perempuan yang lain. Selepas Jake Gittes dapat menjejaki dan berjaya menagkap gambar suami Evelyn, bersama dengan seorang perempuan yang lain dan menyiarkan gambar tersebut di dalam surat khabar. Apa yang mengejutkan selepas itu, Jake mendapat wanita yang mengupahnya untuk menyiasat mengenai Mr. Mulwray bukanlah isterinya. Kemudian, lebih mengejutkat lagi ialah selang beberapa kemudian Mr. Mulwray ditemui mati di salah sebuah empangan. Jake kemudian didatangi oleh Evelyn Mulwray yang sebenar yang mengupah Jake untuk menyiasat mengenai kematian suaminya. Kemudian bermulalah siri penyiasat Jake Gittes yang tidak menyedari bahawa betapa ‘dalam’ nya kes tersebut dan bakal memberi kesan terhadap hidupnya sendiri. Ianya membabitkan salah seorang konglomerat besar yang mengawal syarikat pembekalan air yang mempunyai hubungan secara langsung dengan Mulwray dan isterinya. Kemudian penonton dibawa dengan lebih dalam apabila mengetahui identiti sebenar perempuan yang kononnya menjalinkan hubungan sulit dengan Mr Mulwray. Plot yang boleh dikatakan agak perlahan namun mampu membuatkan penonton terus ingin mengetahui apakah yang terjadi akhirnya. Penamat cerita ini agak ‘dark’ dan mengejut dan penulis merasakan antara yang terbaik dalam genre penyiasatan/drama. Tidak keterlaluan ingin dinyatakan lagi sekali bahawa filem ini wajib ditonton oleh mereka yang menggemari genre seperti ini.

Skor 9/10
Pengulas: lati0s

Charlie Wilson's War (2007)

Sebuah filem yang berdasarkan kisah benar yang berlaku sekitar era penghujung perang dingin. Charlie Wilson (Tom Hanks), seorang ahli kongres Democratic di Texas yang satu hari terlihat sedutan melalui satu laporan wartawan di tv yang menunjukkan peperangan dan kesusahan dari segi kelengkapan senjata yang dialami oleh para pejuang mujahidin di Afghanistan yang menentang pihak Soviet ketika itu. Menyedari bahawa bantuan yang diberikan oleh Amerika kepada para pejuang ini amatlah sedikit, dengan menggunakan kuasanya sebagai ahli kongres, beliau mencadangkan bahawa bantuan sebanyak USD 5 juta yang sedia ada dinaikkan kepada USD10 juta. Di sebuah majlis keramaian yang dianjurkan oleh salah seorang rakan kepada Charlie, Joanne Herring (Julia Roberts), ketika mereka berdua membincangkan masalah ini, Joanne mencadangkan supaya Charlie pergi berjumpa dengan Presiden Pakistan Zia-Ul Haq (Om Puri) ketika itu untuk menanyakan secara terus apakah masalah yang masih lagi dihadapi oleh para pejuang Afghanistan walaupun bajet “covert operation” telah digandakan. Ketika berada di Pakistan, Charlie melakukan lawatan ke kem pelarian sempadan Pakistan-Afghanistan dan menyaksikan sendiri penderitaan mereka yang melarikan diri dari Afghanistan. Tersentuh dengan perkara tersebut, Charlie pulang ke Amerika dan berazam untuk menaikkan lagi bajet bantuan kewangan kepada tentera mujahidin di Afghan. Ketika dalam usaha itulah dia bertemu dengan agen CIA , Gust Avrakotos (Phillip Seymour-Hoffman), seorang yang bermulut lancang dan tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh orang lain. Gandingan mereka bedua telah mendatangkan hasil di mana akhirnya bantuan yang bermula dari USD 5 juta akhirnya telah melonjak sehingga mencecah USD 1 billion. Akhirnya, hasil daripada bantuan yang diberikan akhirnya turut sama membantu scara tidak langsung gerakan anti-komunisme di seluruh dunia yang akhirnya perlahan-lahan membawa kepada kejatuhan Soviet Union dan secara langsung menamatkan Perang Dingin. Di babak-babak terakhir filem ini, dapat disaksikan bahawa setelah membantu Afghan menentang Soviet, Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja negara tersebut di dalam kekecohan era pasca-perang. Di babak terakhir, ketika Charlie Wilson diraikan kerana taktiknya yang membawa kepada kejatuhan Soviet, walaupun gembira dengan keadaan tersebut, berasa kurang senang dengan sikap Amerika Syarikat yang tidak mahu campur tangan lagi dengan Afghanistan dan risau mengenai masa depan dan akibat dari tindakan tersebut.

Kepada mereka yang gemarkan cerita-cerita yang membabitkan konspirasi dan kisah-kisah perangai “busuk” US, filem ini amatlah disarankan untuk menonton filem ini. Gandingan Tom Hanks, Philip Seymour-Hoffman dan Julia Roberts pasti tidak akan mengecewakan anda.

Skor : 8/10
Pengulas: lati0s

Skor: 7/10 (Bentara)


Friday, June 6, 2008

Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street (2007)

Pasangan Tim Burton (pengarah) dan Johnny Depp (pelakon) kembali dengan filem ke-6 mereka bersama. Vibe Gothic yang famous dengan Tim Burton tetap dikekalkan dan jalan cerita yang seperti fairy-tale juga dikekalkan. Pembaharuan kali ini ialah filem ini berbentuk muzikal. Muzikal? Ya, muzikal. Muzikal yang brutal. Tidak seperti filem muzikal yang biasa, mempunyai jalan cerita yang biasanya berakhir dengan happy ending; filem ini dipenuhi dengan adegan pembunuhan yang brutal. Gore and blood!

En Depp melakonkan watak seorang 'barber' yang telah dirampas isteri dan anak perempuannya oleh Hakim (Alan Rickman) yang juga seorang womanizer. Setelah 15 tahun dipenjara atas kesalahan yang tidak ada, beliau kembali untuk membalas dendam.

Caranya? Dengan menggunakan pisau cukur. Ketika mencukur janggut dan kumis pelanggannya.

Dibantu oleh seorang wanita yang menjual pie daging di bawah kedai cukurnya. Simbiosis berlaku apabila mayat yang telah dibunuh itu digunakan oleh wanita tersebut sebagai inti kepada pie daging yang dijualnya.

Yeap, sekali perati dari kotak DVD, seperti cerita fairy-tale. Tetapi ini adalah filem Saw dan Kill Bill dari sudut kamera arahan Tim Burton. Anda telah diberi amaran!

SKOR: 8/10

Thursday, June 5, 2008

The Darjeeling Limited (2007)

Mengisahkan tentang 3 adik beradik Whitman (Jason. Adrien & Owen) yang mengharungi perjalanan jauh melalui keretapi di tanah India untuk bertemu dengan ibu mereka yg telah menjadi rahib di pergunungan Himalaya. Seterusnya mereka sedar bahawa perjalanan itu sebenarnya membuatkan mereka lebih ingin tahu utk mengenal diri sendiri. Di mulakan dengan satu filem pendek hubungan antara salah seorang adik beradik whitman dengan seorang gadis yg tidak berkesudahan dan plot tersebut dihidangkan dengan aksi ranjang keduanya. Ia di sambung dengan filem penuh yang lebih menutarakan perjalanan 3 beradik tersebut. Dapat dilihat juga pergolakan dalam perhubungan yg akhirnya membuahkan ikatan persaudaraan yang lebih kukuh. Plot cerita bersambung-sambung antara babak-babak baru yang boleh di katakan segar di setap perjalanan. Pelbagai budaya kaum india di ceritakan sebaiknya dan di adaptasikan dengan acuan barat yang lebih bersifat komedi.

Enak di tonton. Worth it.

SKOR: 7.5/10

Pengulas: Tormenized

SKOR: 6/10
Bentara

Wednesday, June 4, 2008

The Lives of Others (2006)

BRAVO!!! Ini filem memang berhak menjadi pemenang Anugerah Akademi bagi tahun 2007 bagi kategori Best Foreign Language Film of the Year. Pada mulanya aku agak sangsi melihatkan durasi filem yang mencecah 130 minit untuk sebuah drama, sudah pastinya aku tak tahan nak menunggu sampai habis filem.

Ternyata sangkaan aku meleset. Kerana sepanjang durasi filem, I was hooked!

Filem ini membawa kita sekitar tahun 80an, tatkala East Germany masih lagi menganut fahaman sosialis. Ketika itu, unit perisik negara, Stasi, aktif merisik rakyat mereka sendiri, mencari bukti jika ada di antara rakyat mereka yang menjadi pembelot negara.

Enter frame, seorang nasionalis, juga seorang Stasi, yang ditugaskan untuk merisik seorang pengarah teater yang disyaki menjadi pembelot. Rumah pengarah tersebut di'wire' keseluruhannya untuk mendapatkan bukti. Beberapa hari si Stasi ini mendengar setiap perbualan pengarah tersebut dengan aweknya, menimbulkan pula sangsi terhadap apa yang difikirkannya 'benar'. Sistem yang dianutinya ternyata tidak adil dan menyeleweng.

Persoalannya sekarang, bukti sudah ada untuk mendakwa si pengarah, tetapi jauh di lubuk hati si Stasi ini, anutan terhadap negaranya pun menjadi goyah. Beliau terpaksa memilih samada bersama dengan anutannya ataupun mengakui bahawa sistem yang dianutinya itu menindas. Cuma apabila dipilih yang kedua, nyawa beliau sendiri akan terancam atas dasar mengkhianati negara.

Sebuah drama yang intense! Highly recommended!

SKOR: 10/10