Friday, May 2, 2008

Find Me Guilty (2006)

Vin Diesel yang terkenal sebagai pelakon aksi melakonkan watak yang agak berat. Mujur. Jika tidak, beliau akan sangkut dalam genre aksi seperti Steven Seagal. Aku agak skeptikal akan beliau melakonkan seorang mafia di dalam ruang mahkamah. Tetapi ternyata beliau melakonkan dengan baik sekali. Jackie DiNorscio (Van Diesel) adalah orang kanan organisasi mafia di New Jersey. Pihak berkuasa dalah bertahun-tahun mengumpul maklumat dan bukti akhirnya berjaya membawa kesemua orang-orang penting Mafia ke dalam mahkamah untuk diadili. Jackie yang merasakan beliau teraniaya oleh peguam sendiri mengambil keputusan untuk membela diri sendiri dengan keputusan yang mengejutkan, even kepada pendakwa sendiri. Diambil dari kisah benar Jackie sendiri (yang meninggal ketika filem difilemkan); ini adalah sesi mahkamah paling panjang dalam sejarah US, mengambil masa hingga dua tahun untuk selesai.

SKOR: 7/10



No comments: