Showing posts with label fiksyen sains. Show all posts
Showing posts with label fiksyen sains. Show all posts

Tuesday, October 4, 2016

Shin Godzilla (2016)

Pengarah: Hideaki Anno, Shinji Higuchi
Pelakon: Hiroki Hasegawa, Yutaka Takenouchi, Ishihara Satomi
Tarikh tayang: 22 September 2016
Pengedar: TGV Pictures
IMDBwww.imdb.com/title/tt4262980/

Ulasan:

Belum pernah lagi dalam hidup saya, mengulang filem yang sama di pawagam sebanyak 3 kali.

Bukan senang nak tampilkan kelainan memandangkan sudah ada banyak filem Godzilla sebelum2 ni tapi nampaknya penulis dan pengarah, Anno Hideaki berjaya. Kisah bagaimana kerajaan mahu mengendalikan bencana, cuma bencana tersebut dalam bentuk........kaiju!

Walaupun banyak cakap tapi ianya seimbang dengan aksi, puas jugalah dengan aksi-aksi dalam filem ni. Pun begitu, sesetengah part bercakap mungkin patut dikurangkan.

Special effects-nya bagus tetapi tidaklah mampu menandingi Hollywood. Perlu ke menandingi Hollywood? Menjadi diri sendiri adalah lebih baik. Pun begitu, ada part yang saya rasa diorang tak patut guna CGI kerana nampak 'terlalu tak real'.

Design Godzilla adalah design yang sama dengan versi asal 1954 dan sengaja dibuat tidak realistik seperti mata yang tidak berkedip (ada berkedip sekali) supaya mempunyai ciri-ciri seekor kaiju, sekaligus dapat dibezakan dengan versi Hollywood 2014 yang secara terang-terangan disebut sebagai seekor 'haiwan' dalam dialog "this animal and others like it, consume radiation as a food source". Versi Hollywood adalah lebih realistik.

Lakonan aktres Satomi Ishihara sebagai utusan Presiden Amerika tak menjadi dan cacat kerana bahasa Inggerisnya yang pelat sedang beberapa aktor berjaya bercakap bahasa Inggeris dengan baik.

Masih dengan watak yang dilakonkan Ishihara, terdapat helah yang bijak di situ apabila watak utusan untuk Presiden Amerika adalah seorang yang berketurunan Jepun. Ini adalah bertujuan supaya watak utama tetap diberikan kepada pelakon tempatan, dan bukannya orang luar.

Overall, puas hati. Setiap kali pergi, hall panggung tu mesti tak ramai orang. Orang Malaysia tak biasa dengan Godzilla. Sesetengahnya ada yang bersifat double standard, bila Hollywood buat dia boleh terima, bila org lain buat dia kata "bohonglah cerita ni". Walhal ianya subjek yg sama : Godzilla.

Di Jepun, filem ni adalah filem yang paling banyak/kerap ditonton dalam tempoh 50 tahun. Box officenya sudah memecahkan rekod.

Skor: 8.5/10

Muhamad Fikri Sahriman

Attack The Block (2011)

Pengarah: Joe Cornish
Pelakon: Jodie Whittaker, John Boyega, Alex Esmail, Franz Drameh, Leeon Jones, Simon Howard, Luke Treadaway, Jumayn Hunter, Nick Frost
Tarikh tayang: 23 Jun 2011
Pengedar: PLATINUM PICTURES SDN BHD
IMDBwww.imdb.com/title/tt1478964/

Ulasan:

Minat series Netflix - Strangers Thing? Boleh tengok filem ni.  Mengisahkan sekumpulan remaja yang bermasalah selalu buat kacau kawasan kejiranan dia orang. Masalah lagi besar selepas mereka membunuh alien yang datang entah dari mana jatuh dari langit sewaktu mereka merompak awek nurse dan secara tak langsung menjadi team mate melawan alien tersebut .Hujan meteor jatuh di block mereka membawa kepada lagi banyak alien "big alien gorilla wolf motherf*cker". Alamak macam mana ni!!.

Sebuah film Sci-fi menarik. Sila tonton.

Skor: 8/10

Mizie Caesar

Monday, September 26, 2016

Morgan (2016)


Pengarah: Luke Scott
Pelakon: Kate Mara, Anya Taylor-Joy, TobyJones, Rose Leslie, Boyd Holbrook, Michelle Yeoh
Tarikh tayang: 1 September 2016
Pengedar: 20th Century Fox
IMDBwww.imdb.com/title/tt4520364/

Ulasan:

Filem debut arahan Luke Scott yang bapanya juga produser filem ini mengisahkan Lee Weathers (Kate Mara) sebagai risk-management consultant untuk sebuah syarikat korporat menjalankan tugasnya untuk memantau prestasi Morgan, yakni manusia artificial ciptaan sekumpulan saintis dan memutuskan untuk menamatkan projek tersebut atau tidak. Filem yang dah banyak kita tengok, dari Species, Splice sehingga yang latest remarkable filem ialah Ex Machina... seperti sudah biasa kita tengok , jalan cerita pun sama sahaja.
Walaubagaimanapun, filem ni bolehlah dipuji sebagai filem pertama arahan Luke kerana nampaklah dia berpotensi sebagai pengarah harapan baru. Morgan lakonan Anya Taylor Joy (The Witch) memang sesuai dengan dia, karisma yang ditunjukkan nampak jelas, begitu juga Kate Mara, Paul Giamatti memang wow... Lakonan yang lain semuanya ok, plot juga ok, cuma patut boleh dibuat dengan baik lagi. Paling bagus adalah hand to hand combat yang ditunjukkan dalam filem ini. Overall adalah sebuah filem yang agak bagus, cuma belum cukup. Tajuk yang sepatutnya untuk filem ni ialah 'Morgan vs Weathers'. Haha...

SKOR: 7/10


Sunday, September 18, 2016

Project Almanac (2015)


Pengarah: Dean Israelite
Pelakon: Jonny Weston, Sofia Black-D’Elia, Ginny Gardner, Patrick Johnson
Tarikh tayang: 29 Januari 2015
PengedarUNITED INTERNATIONAL PICTURES 
IMDBwww.imdb.com/title/tt2436386/

Ulasan:

Selesai tonton di HBO. Macam manalah filem hebat ni boleh terlepas pandang dari aku! Hahahha! The best time travel movie ever!!  Untuk genre found-footage movie la.

Mengisahkan 5 orang BFF menjumpai sebuah time machine yang masih belum sempurna, ditinggalkan oleh salah seorang bapa mereka.. dan mula menyempurnakan alat tersebut hingga berjaya.

Plot bermula apabila mereka mula merentasi masa hanya satu hari sebelum, dan berjaya merentasi masa 3 bulan serta 10 tahun sebelum. So, apa yang dilakukan mereka ketika merentasi masa? Ianya hanyalah perkara-perkara simple seperti menang loteri, pikat awek, dan pergi ke konsert VVIP. Tapi nak tau apa bala yang bakal terjadi bila dia orang lakukan semua ni ?? Siapa yang belum tonton, kena try! Sungguh superb!!!

Walaupun plot serta time travel dia orang terlalu simple, ianya cukup logik bagi aku! Jika aku sendiri dapat machine tu, sure aku akan buat apa yang mereka ni buat. Hahaha,  tak perlu travel jauh-jauh bagai. Buat simple-simple sudah, asalkan enjoy!! Hehehehe. Cuma dari segi kualiti teknikal production untuk kategori found footage movie, ia nampak terlalu mengarut. Kerana:
1. Kualiti found footage film ni terlalu berkualiti tinggi, dengan setup light serta visual yang terlalu cantik hingga tidak kelihatan seperti kamera recording biasa.
2. Kualiti audio untuk found footage terlalu clear. Takkan dia orang pakai wireless mic all the time kot?
3. Cara recording kamera yang nampak dibuat-buat.

Overall konsep dan olahan plot filem ni sumpah superb! Serta ending yang cukup perfect! Tertanya-tanya aku pasal dua kamera yang dia jumpa. Bukan patut satu kamera je ke yang patut ada?? Selamat menonton!

P/s : Oh last!! The best scene ever!! Bila mereka beli pass VVIP now di eBay dan travel 3 bulan sebelum untuk pergi ke konsert kegemaran mereka mengunakan pass tersebut. Sumpah best!! Maybe feeling aku je kot rasa best camtu.

SKOR: 9.5/10

Wednesday, August 26, 2015

Jurassic World (2015)

Pengarah: Colin Trevorrow
Pelakon: Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Nick Robinson, Vincent D'Onofrio, Ty Simpkins, Judy Greer, Omar Sy, B. D. Wong, Irrfan Khan
Tarikh tayang: 11 Jun 2015
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES (Malaysia)
IMDB: www.imdb.com/title/tt0369610/

Ulasan:

WARNING *Jangan baca review ni sebab saya tak suka movie ni. So, saya tulis banyak spoiler. lol.*

1. Popcorn fluff yang sangat bodoh tapi fun.
2. Hollywood yang takkan serik untuk meng'cast'kan watak perempuan sebagai satu simbol seks sahaja. Tidak releven dan tidak mungkin lebih daripada itu. Apabila kritikan filem difokuskan hanya kepada perdebatan antara kebodohan dan tidak logik akal watak perempuan berlari dalam kasut tumit tinggi, kita harus berhenti dan tanya, apakah justifikasi isu politikus 'gender' dalam filem ini? Perempuan yang bekerjaya dan pintar, tidak cukup. Ia perlu menjadi objek yang seksi. Sebab tu ada sorang je watak perempuan dalam tu. Watak lain yang bodoh: ibu dua beradik yang 'terhukum' kerana berjawatan tinggi (bercerai), nanny yang tidak reti-reti guna handphone untuk mencari dua beradik yang hilang hanya dijadikan objek baling-baling.
3. Selepas 22 tahun Jurassic Park 'menggegarkan' pawagam dengan skrip penceritaan yang sangat fresh dan seolah-olah 'hopeful' kepada perkembangan teknologi masa depan,  Jurassic World pula hanya membuktikan evolusi selera box office menampakkan kemalasan penulisan yang sibuk nak buat franchise.
4. Walauapapun, ia tidaklah sebodoh yang saya sangkakan. Ia sebenarnya cukup bijak, seperti watak Claire:  perempuan bijak (tapi jangan lupa dia seksi) cakap, dari segi marketing, masyarakat sekarang memerlukan ciptaan yang tak masuk akal, tapi lebih besar, lebih ganas!! Kerana pengunjung (penonton cinema/orang zaman sekarang) senang hilang fokus tapi mudah terhibur sebab akan ada franchise (banyak lagi duit perlu dikutip).

* Tapi Jurassic World dari segi struktur senibina, sangat mengangumkan sebagai melaksanakan impian 'spare no expense" John Hammond.

SKOR: 4/10

Ida Psychedelic

Tomorrowland (2015)

Pengarah: Brad Bird
Pelakon: George Clooney,Hugh Laurie, Britt Robertson, Tim McGraw, Judy Greer
Tarikh tayang: 21 Mei 2015
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES (Malaysia)
IMDB: www.imdb.com/title/tt1964418/

Ulasan:

'Imaginative, creative, purely brilliant'

Esok, Ape itu esok? Ya, kita semua tahu esok adalah hari seterusnya untuk hari ini, itu secara tersurat. Bagaimana dengan yang tersirat? Ramai antara kita ada konsep dan idea tersendiri berkenaan hari esok. Tomorrowland mengingatkan saya pada Meet The Robinsons, berkenaan konsep masa depan, kerana ada sedikit homage di dalam cerita ini. Masa kita semua berumur 8 tahun, bagaimana kita menggambarkan masa hadapan? Kereta terbang? Manusia tinggal di bulan? Cerita ini menunjukkan betapa sesebuah harapan boleh mengubah masa depan. Tak kira sekecil zarah sekalipun, ia tetap mampu mengubah. Cerita ini juga menunjukkan perbandingan antara optimistik dan pesimistik. Cerita ini juga mempersoalkan kenapa kita berhenti bermimpi atau berimpian. Masa kita umur 7 tahun apa yg kita impikan? Masa depan yang bagaimana kita angankan? Itu semua yang pernah kita harapkan untuk menjadi kenyataan. Namun, semakin kita meningkat dewasa semakin kita berhadapan dengan realiti. Kita berhadapan dengan pelbagai pilihan yang akan mengubah masa hadapan dunia yang kita tinggal sekarang. Cerita ini menyatakan some possibilities tak harus dipersoal tapi dikagumi. Itu yang memisahkan antara pesimis dan optimis; jurang perbezaan antara dewasa dan kanak-kanak yakni apabila sesuatu yang positif dipersoal dan dikecam sehingga menjadi sesuatu yang negatif. Akhir kata, kalau nak tengok filem ini, tengok sebagai anda yang berumur 9 tahun, bukan diri anda yang dewasa. Recommended for those dreamers and who dare to dream and imagine the possibility.

SKOR: 8/10

Nazher Khan

Tuesday, August 25, 2015

Absolutely Anything (2015)

Pengarah: Terry Jones
Pelakon: Kate Beckinsale, Robin Williams, Simon Pegg
Tarikh tayang: 20 Ogos 2015
Pengedar: Rainfilm Sdn Bhd
IMDB: www.imdb.com/title/tt1727770/

Ulasan

Apa yang saya suka :
1. Ada nama besar di dalam arena siri TV komedi UK seperti Joanna Lumley (Patsy Stone, Ab Fab), Meera Syal (Smeeta Smitten, Goodness Gracious Me), Sanjeev Bhaskar (Sanjeev Kumar, The Kumars) dan tak perlu di sebut tapi kebanyakan orang tahu iaitu Monty Python.
2. Ada babak-babak yang 'poking fun' politik Amerika dan stereotype orang Australia. Lawak kalau anda tahu kisah politik Amerika dan biasa dengan stereotype orang Australia.
3. Watak Kate Beckinsale tak mencabar langsung. Kadang-kadang mukanya macam malas berlakon. Mungkin tiada 'chemistry' yang kuat dengan Simon Pegg.
4. Terry Jones mengambil masa lebih 20 tahun untuk menulis skrip ini. Tidak dapat tidak, ada terasa aura 'Monty Python' di dalam filem ni. Tak gua tak kisah sebab gua memang suka 'Monty Python'!
5. Kapal angkasa 'The Hitchhiker's Guide To The Galaxy' lagi lawa rasanya.

Apa yang saya tak suka :
Ini merupakan filem terakhir Robin Williams yang ditayangkan. Serious, babak akhir bikin gua menangis mengenangkan ironi kisah kehidupan Robin Williams yang diterjemahkan ke dalam babak tersebut. Tipulah kalau takde yang sebak! Mak ko hijau! Disebabkan saya peminat Simon Pegg dan Monty Python, saya bagi 3 bintang.

SKOR: 6/10

Shorty Traveler

Thursday, September 18, 2014

The Maze Runner (2014)



http://www.imdb.com/title/tt1790864/

Sejak kebelekangan ini, filem remaja atau dikenali sebagai filem Young Adult,YA menjadi genre kegilaan Hollywood untuk meraih pulangan. Genre yang kebiasaannya diadaptasi dari novel bersiri ini mula mekar dengan francais Harry Porter, diikuti dengan Chronicles of Narnia sehingga lahir filem-filem baru seperti Hunger Games, Divergent, The Giver. Tidak dinafikan filem sebegini diambil dari karya novel remaja yang bermutu. Namun demikian akibat dari kekerapan filem ini cuba disogok oleh Hollywood, ia telah menyebabkan penonton seperti sudah boleh membaca resepi asas filem sebegini. Kebiasaannya filem ini akan bercerita tentang dunia asing, remaja terpilih yang akan menyelamatkan keadaan dan disusuli pengembaraan yang menarik ditemani dengan beberapa halangan sebelum mencapai misi terakhir dalam ceritanya.

The Maze Runner iaitu filem terbaru genre ini merupakan hasil karya dari pengarah baru Wes Ball. Diambil dari novel bersiri popular Amerika, filem ini masih lagi mengekalkan resepi tipikal filem remaja cuma temanya diberi sedikit kelainan dengan mengadunkan tema filem Lord of the Flies, Hunger Games, dan sedikit tema filem horror The Cube.

Plot - Mengisahkan Thomas yang mendapati dirinya terperangkap dalam sebuah lingkaran Maze yang besar bersama sekumpulan komuniti remaja lain. Beliau yang kehilangan memori seperti remaja yang lain, cuba mencari jalan keluar dari penjara maze tersebut disamping berusaha untuk menyesuaikan diri hidup bersama dalam komuniti itu. Berbekalkan mimpi yang menjadi pembayang kepada permasalahan yang dihadapinya, Thomas dan rakan-rakan remaja yang lain berusaha mencari jawapan dan jalan keluar dari penjara Maze tersebut.

Storytelling - Secara peribadinya, saya melangkah masuk ke pawagam tanpa memberi harapan yang tinggi cuma jauh disudut hati mengharapkan resepi filem sebegini dapat memberi kelainan. Pada permulaan cerita, filem ini berjalan dengan baik. Penonton dapat merasakan mood misteri filem ini dengan banyak persoalan yang timbul untuk diselesaikan protagonist. Sesuai dengan tajuk filem, rupabentuk Maze yang ditonjolkan sangat menakutkan dan misteri. Walau bagaimanpun, Maze sebagai subjek dalam penceritaan tidak dikembangkan dengan baik. Ia wujud sekadar pelengkap cerita. Siapa yang membinanya. Apa tujuannya. Atau bagaimana hubungan maze dengan watak seperti tidak ditekankan dengan baik. Jika kita ambil filem seperti The Ruins dan The Cube, subjek utama sangat ditekankan dalam penceritaan. Walaupun tujuan dan asal kejadian dijadikan misteri, namun hubungan subjek dengan watak sangat ditekankan. Filem ini hanya gemar memberi penekanan pada MAZE RUNNER bukan Maze itu sendiri. Dengan itu, elemen misteri pada subjek kelihatan tidak kuat. Semakin hampir ke penghujung cerita, filem ini menjadi semakin hambar.

Akibat dari penekanan pada watak dan bukan elemen misteri, filem ini cuba memberi fokus pada konflik antara protagonist dan antagonist yang pada saya sangat membosankan. Konflik yang wujud nampak tidak semulajadi dan sangat tipikal. Seperti kebiasaan filem remaja Hollywood, watak Thomas yang boleh dikatakan 'The Chosen One' secara kebetulan telah menjadi orang pertama yang berjaya mengatasi penjara Maze ini setelah bertahun-tahun dicuba oleh remaja yang lain. Setelah melepasi lingkaran Maze itu, jawapan kepada segala persoalan yang dihadapi Thomas dan rakan-rakan akhirnya terjawab. Namun, sebagai penonton, jawapan itu pada saya sangatlah hambar. Tujuan Maze itu wujud adalah tidak logik dan kelakar. Bagi melawan satu penyakit misteri yg menyerang otak manusia ketika itu, Maze itu dicipta bertujuan untuk mengasah minda manusia agar dapat mengatasi penyakit itu. Hmmmm. Begitulah ceritanya. Ibaratnya untuk mengatasi masalah penyakit AIDS, seseorang harus dihumban ke dalam loji kumbahan selama beberapa tahun dengan harapan dapat meningkatkan daya tahan bagi melawan virus HIV. Bunyi macam tidak munasabah dan kelakar bukan. Tidak cukup dengan itu, filem ini diakhiri dengan babak tipikal oleh seorang wanita teknokrat yang memberi arahan "bersedia untuk pusingan ke-2". Kononnya hendak memberitahu penonton akan ada filem sequel untuk mengembangkan lagi franchais filem ini. Saya tergelak kecil di dalam panggung ketika itu seolah-olah sedang menonton filem sequel Resident Evil.

Character development - Watak Thomas sebagai protagonist dikembangkan agak baik tetapi ia nampak sedikit tipikal dengan gaya ala-ala 'the chosen one' yang beriya-iya mahu menjadi hero dalam keadaan tempat yang asing baginya tanpa menyiasat terlebih dahulu sebelum bertindak. Watak antagonist, Gally pula agak sedikit hambar dimana wataknya wujud adalah untuk menghalang segala tindak tanduk Thomas tanpa motivasi yang kuat. Konflik antara mereka nampak tidak semulajadi apabila Gally membenci Thomas dalam segala segi tanpa penilaian yang kukuh sehinggakan ia diluahkan oleh Thomas dalam filem "kenapa engkau benci sangat pada aku". Watak-watak lain seperti Alby dan Minho dikembangkan sebagai pembantu kepada Thomas mencapai misinya.

Skrip dan lakonan - Skrip bagi filem ini agak biasa. Ia sesuai untuk tontonan remaja. Lakonan bagi watak utama juga agak biasa cuma lakonan bg watak Newt yang bersifat seperti org dewasa seperti tidak kena. Watak antagonist, si Gally juga seperti tidak kena dan agak sedikit kaku. Apa yang ketara, lakonan watak-watak tambahan dalam filem ini nampak seperti pak pacak yang dibayar untuk menjadi kayu. Mungkin pengarahnya sibuk memberi tumpuan kepada pelakon utama sehingga terlupa untuk memberi tumpuan kepada watak-watak tambahan.

Muzik dan lain-lain - Muziknya adalah tipikal filem hollywood. Filem misteri sebegini yang sepatutnya diadun dengan muzik minimal seperti biasa ditemani dengan muzik epik hollywood di setiap babak. Babak aksinya agak baik walaupun kelihatan banyak efek kamera bergoncang. Cinematografinya juga agak baik.

Kesimpulannya, The Maze Runner cuba menjanjikan sesuatu yang baru kepada filem bersiri remaja. Namun ia masih lagi tidak dapat lari dari tipikal filem remaja. Walaupun pengakhiran ceritanya agak sedikit hambar, namun agak awal bagi menilai filem ini sehingga sekuelnya keluar. Itupun bergantung kepada kutipan positif filem ini. Jika kutipannya teruk,jangan diharap sekuel kedua akan menyusul. Bagi mereka yang inginkan filem seperti The Hunger Games, filem ini sesuai untuk anda. Jika anda mahu merasakan pengalaman seperti terperangkap dalam lingkaran Maze, jangan tunggu lagi. Bergegas ke pawagam berhampiran dengan segera.


Official Site:
20th Century Fox Official FB Page: www.facebook.com/foxmovies.my

My Blog:
http://moviememoirsandmemorabilia.blogspot.com/
Movie Memoirs and Memorabilia

SKOR: 4/10

Tuesday, July 30, 2013

Pacific Rim (2013)


http://www.imdb.com/title/tt1663662/


Monster dari perut bumi??what?yaaaa…satu perkara yg tak pernah terfikir. Tapi itulah yang cuba diolah oleh Guillermo Del Toro dalam wayang gambar ini. Lahirnya banyak ‘Kaiju’ atau monster/resaksa dari perut bumi melalui satu pintu atau terowong di dasar lautan Pasifik. Dan sebenarnya resaksa ini adalah macam pemusnah kepada penduduk bumi hingga apabila semua tiada, barulah ‘penghuni baru’ akan ambil alih dan tinggal di bumi.Lebih kurang macam tulah. Sekurang-kurangnya bukanlah saja-saja resaksa ni wujud, tapi ada motif. Bukan sebab cerita zaman batu ker atau sebab cicak kecik kena radioaktif jadik besar(mcm Godzilla) tapi monster2 ini memang ada tujuan untuk mengamuk.

Penduduk bumi pula nak melawan Kaiju dengan mencipta robot besar yang dipanggil Jaeger yang dikawal sepenuhnya oleh manusia menerusi persefahaman otak yang serasi. Aksi lawan balik ini dipanggil 'drift',risikonya jika pasangan tak dpt kawal emosi,parahhh..Kaiju dan Jaeger bagai musuh yg amat ketat yg sering bertemu di gelanggang umpama gusti WWE dan tanpa disedari masing2 juga membaca strategi dan mengubah skill masing2..walau prtembungan tidak banyak ditonjol pengarah, mungkin kerana tidak mahu terlalu over atau menjimat pengisian cerita,teman tidak tahu,tetapi agak tidak puas menyaksikan pergaduhan robot dan resaksa.Kecuali prtembungan antara robot Gipsy Danger kendalian Mako dan Raleigh Becket versus dua ekor Kaiju pada tiga suku wayang ini berjalan. Itu agak hebat hinggakan 2 robot utama i.e Cherno Alpha & Crimson Typhoon, telah musnah menentang 2 ekor kaiju yg super ganas kategori 4. Striker Eureka,Jaeger utama kendalian duaberanak, juga hampir2 musnah apabila berlaku pembekuan kuasa elektrik..biasala penonton mcm teman mmg tamak..nak semuanya beraksi padat(actionpack) tp ada penonton lain yg tak suka brlaku banyak kemusnahan(destruction).citarasa lain-lain.

cerita ini tiada hero.smua pihak main peranan trmasuk komander perang, Stacker yg tidak kurang hebatnya menggambarkn beliau bkn setakat boleh mnjadi pemimpin malah mampu kendalikan Jaeger seorangdiri dan menjadi legenda! Kehilangan abang kpd dua beradik Becket pd babak awal serta kematian keluarga Mako Mori menjadikan mereka kemudiannya bergabung untuk membalas dendam walau pada peringkat ujian,brlaku kejadian kritikal hampir memusnahkn pengkalan. Dua org saintis, Newton dan Hermann macam penyeri cerita ini dgn lawak kelakar mereka yg bersahaja cukup utk tidak memboringkan cerita berat sebegini.

Berbeza dengan robot Transformer,robot Jaeger lebih tampak asli dr segi prtarungan.dan pertembungan mereka dengan monster Kaiju yang bermuka ganas,muka bagi sakit hati,dan bergaya ego, amat adil,tidak berat sebelah.Impak kecederaan dan kerosakan amat ketara(tangan putus, badan cedera kena tembus,kena lambung,hentak,libas dgn ekor sampai bersepai komponen dsb) memuaskan hati.Idak ler mcm Transformer yg asyik nak hebattt dan hensem sahaja.hehehe.senjata dan skill yg digunakan juga ada pelbagai nama ,kerap disebut-sebut sebelum digunakan,mengingatkan teman pd ceritera anime robot jepun yg ada kawalan yg sama dr dalam kepala robot .dan semestinya impak pertarungan kedua2 gergasi ini memberi bunyi-bunyian yang menggegarkan halwa telinga, gegar urat jantung, pekikan resaksa yg maha dahsyat, boleh menyebabkan penonton girang hingga ada yg bertepuk tangan di depan kami dan bunyian boleh meletupkan speaker jika sinema pakai surround cap ayam!soundblast yg wajib dilayan pula di rumah kelak pada waktu siang untuk memberi kedengkian kepada jiran tetangga.bila dvd blueray dah keluar nanti wajib beli.

Keseluruhan cerita ini pada teman cukup enjoy dan setiap minit terisi dengan padat,plot cerita yg ada motif (kerana setiap babak ada maksud tersendiri jika ditonton betul2), dan jika ada sekuel slps ini nanti, pasti ditunggu.Ianya umpama gabungan naskah Godzilla(dr sudut monster & destruction),Ultraman(dr sudut pertarungan),Transformer dan anime robot jepun spt Gundam(dr sudut robotik). Cuma rasa terkilan sikit Jaeger2 lain (yg telah disebut di atas) kurang diketengahkan, juga kurangnya penonjolan bantuan2 unit perang spt jet pejuang,kereta kebal dan dr kekuatan ketenteraan(jika ada lebih nampak kuat perang antara human versus monster), dan jika ada satu aksi pertarungan waktu siang nampak lebih menarik dgn pantulan cahaya trhadap badan,besi buruk Jaeger dan resaksa.Itu cuma pndapat teman shj.

Well,sementara semua menunggu kemunculan Godzilla 2014(maybe), Pacific Rim boleh menjadi salah satu filem hit bagi 2013 ini dan pada teman cukup untuk mengisi kekontangan filem gergasi/monster yang mantap yg dilihat sudah lama sepi sejak akhir2 ini.Terima kasih del Toro dengan genre yg disajikan!
Ulasan oleh Yop
 SKOR:8/10

Sunday, March 24, 2013

Cloud Atlas (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1371111/

Katakanlah apa yang anda mahu katakan tetapi filem ini terlampau tinggi cita-citanya; menganyam beberapa sekuens yang berkait tetapi menyebabkan otak letih berfikir yang akhirnya meninggalkan anda tertanya-tanya.

SKOR: 6/10

Looper (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1276104/

Filem time-travel dengan tema pembunuhan sudah banyak kali dibuat. Sebaik mana garapan tersebut menjadi persoalan. Looper memberi nafas yang sedikit baru tetapi motifnya tidak lari banyak dengan filem Back To The Future, hanya ini bukanlah filem komedi.

SKOR: 7/10

Monday, June 25, 2012

Men in Black 3 (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1409024/

Alamak. Saya mengharapkan lebih banyak aksi dari makhluk asing tetapi kali ini ia lebih kepada drama. Agak mengecewakan.

SKOR: 6/10

Iron Sky (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1034314/

Filem ini bermula dengan baik tetapi kita menjadi kurang sabar selepas 30 minit filem berjalan. Tetapi scene parodi Hitler di dalam kamar kempen politik itu memang tak boleh tahan kena gelak juga.

SKOR: 7/10

Chronicle (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1706593/

Menggunakan teknik kamera handheld ala-Blair Witch Project yang sangat efektif. Jalan ceritanya pun memang menarik. It is almost make believe tolak scene akhir yang kembali kepada Hollywood.

SKOR: 8/10

Sunday, January 15, 2012

Melancholia (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1527186/

Filem yang power. Tapi sesiapa boleh explain metodologi dan falsafah di sebalik separuh masa pertama filem ini?

SKOR: 8/10

Friday, November 11, 2011

Rise of the Planet of the Apes (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1318514/

Kalau ikutkan, Planet of The Apes mengenai manusia jatuh di planet Ape. Yang ini, Ape di bumi pula seolah-olah ambil kuasa dunia. Ada siapa-siapa boleh tolong bagi faham?

SKOR: 7/10

Sunday, October 2, 2011

Super 8 (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1650062/

Sepatutnya jadi filem kult tetapi makhluk asingnya tidak se-cute ET. Jalan cerita dah bagus (juga efeknya).

SKOR: 8/10

Thursday, August 11, 2011

Limitless (2011)


Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1219289/

Alangkah bagusnya kalau pil ini wujud (tanpa side effects). Tapi, tak bagus juga. Bayangkan semua orang jadi genius. Apa akan jadi pada dunia ni?

SKOR: 8/10

Friday, May 6, 2011

The Man from Earth (2007)

Rujukan:  http://www.imdb.com/title/tt0756683/

Bravo *tepuk tangan*. Tak sangka dengan dialog dan ruang tamu saja sudah cukup untuk jadi sebuah sains fiksyen yang cerdik. Tapi kena tahan dengar dialog je la. Kalau anda meminati dialog mencabar dan sedikit akademik, dipersilakan menonton. Kalau tak tahan, kira rugi la tak tengok.

SKOR: 8/10

The Road (2009)



Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt0898367/

Viggo Mortensen dan pelakon kanak-kanak yang tidak dikenali. Suasana post-nuclear war yang mana manusia dah jadi nafsi-nasfi - hang-hang, aku-aku. Sampai tahap, cannibalism. Watak utama sebagai ayah bersama anak bermusafir ke arah selatan untuk mencari tempat yang lebih sesuai untuk memulakan hidup baru. Ya - jalan kaki.

 All the dramas are here. Melancholic, atmosphere dan emotions. Tapi ending tergantung la pulak!

SKOR: 6.5/10