Wednesday, June 29, 2011

The Secret in Their Eyes (2009)


Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1305806/

Pemenang anugerah Academy untuk kategori filem foreign pada tahun 2009. Dan sememangnya layak. Plot utama yang menarik disamping sub plot yang menambah perisa. Endingnya memang kapow!

SKOR: 8.5/10

Tuesday, June 28, 2011

It Might Get Loud (2008)

Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1229360/

Banyak-banyak dokumentari muzik, tidak ada satu pun yang berkata tentang gitar melalui perspektif seorang gitaris. Bukan teknikal tetapi lebih kepada isi hati dan penjiwaan. Memaparkan tiga gitaris tersohor (The Edge U2, Jimmy Page LED ZEPPELIN dan Jack White WHITE STRIPES) yang berbeza cara permainan tetapi mempunyai satu tujuan - mendalami gitar sepertimana dikehendaki oleh gitar tersebut.

SKOR: 8/10

Monday, June 27, 2011

The Boondock Saints II: All Saints Day (2009)

Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1300851/

Apa punya merapu daa ini cerita. Mungkin kena tengok part 1 kerana biasanya sequel memang tak best dan jarang-jarang sequel yang best (macam Empire Strikes Back).

SKOR: 6/10

Sunday, June 26, 2011

Kontroll (2003)

Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt0373981/

Filem dari Hungary yang berjaya membawa elemen misteri, komedi dan drama, 3 dalam 1. Part kelakar, pasti anda mengekek ketawa (it happened to me), time misteri memang suspen, time drama memang emosi. Bravo!


SKOR: 8.5/10

The Reader (2008)

Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt0976051/

Kate Winslett berbogel. Tapi umur dah lanjut. Trend Hollywood memang macam ni rasanya, bila dah tua dan rasa macam nak artistik sikit (baca: tak laku), maka pendedahan tubuh badan jadi caturan. Disebalik ini, filem yang menarik yang mempersoalkan sejauh mana anda sanggup menyembunyikan aib anda? Sehingga membawa kepada nyawa?

SKOR: 7/10

Wall Street (1987)

Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt0094291/

Filem Oliver Stone yang membongkar kejahatan stock market jika ia berada di dalam tangan orang yang jahat. Apabila kaya, bukan berapa banyak duit yang dapat tetapi samada kalah (rugi) atau menang (untung). Jumlah tak kisah. Pasti membuka mata.

SKOR: 8/10

The Deer Hunter (1978)

Rujukan http://www.imdb.com/title/tt0077416/

Robert DeNiro dan Christopher Walken berganding bahu dalam filem yang memenangi 5 Academy Awards including Best Picture 1978. Pastikan anda bersabar dengan scene perkahwinan yang mengambil sepertiga masa dalam filem 3 jam ini. Selepas itu, bersedia untuk mendalami jiwa-jiwa yang dikacau oleh peperangan Vietnam.

SKOR: 8/10