Thursday, May 15, 2008

Just Like Heaven (2005)

Dr. Elizabeth Masterson (Reese Witherspoon) ialah seorang doktor muda yang berjaya. Dalam peak karier beliau, beliau menghadapi eksiden yang menyebabkan beliau menjadi koma. Koma dalam interpretasi filem ini ialah, beliau belum mati sedangkan rohnya berada di dalam dunia, tidak faham apa yang terjadi kepadanya. Enter frame David Abbott (Mark Ruffalo), seorang yang kecewa disebabkan kematian isterinya, yang menyewa di rumah Elizabeth (disewakan rumahnya kerana waris Elizabeth tidak meletak harapan Elizabeth akan kembali sedar). Sedangkan Elizabeth sekali sekala muncul di dalam rumah David menyangka bahawa beliau masih menjadi penyewa rumah yang sah. Perasaan takut dan geram David bertukar menjadi kasih apabila mengetahui keadaan sebenar Elizabeth yang koma. Kenapa dan mengapa hanya David yang dapat melihat Elizabeth hanya akan terjawab di akhir filem ini.

SKOR: 7/10



No comments: