Thursday, April 10, 2008

Stay (2005)

Thumb up! Sebuah filem avant-garde dari pengarah filem Stranger Than Fiction, Marc Forster. Teknik penggambaran yang menarik dan pelik berserta dengan jalan cerita yang nonlinear digabungkan dalam satu filem yang dilakonkan dengan baik sekali. Dr. Sam Foster (Ewan McGregor) menggantikan rakannya yang bercuti untuk sesi terapi bersama Henry (Ryan Gosling) yang mengalami masalah mental. Beliau mendengar dan melihat sesuatu yang ganjil, menyebabkan beliau tidak tahu mana khayalan dan mana realiti. Oleh kerana tidak tahan dengan keadaan tersebut, Henry mengambil keputusan untuk membunuh diri dalam masa 3 hari, di hadapan Sam. Ini menyebabkan Sam bertekad untuk menyelamatkan Henry dari melakukannya. Dibantu oleh aweknya, Lila (Naomi Watts), mereka cuba menyelesaikan misteri di sebalik keadaan Henry tersebut. Ia sampai mengganggu kesihatan mental Sam sendiri. Dapatkah Henry mencari, yang manakah realiti dan manakah fantasi? Dan mengapakah disebabkan Henry, Sam sendiri seolah-olah dijangkiti masalah jiwa Henry?

Ending memang superb! Antara ending paling twisted pernah aku tengok. RECOMMENDED!

SKOR: 9/10

No comments: