http://www.imdb.com/title/tt2321549/
Surprise Horror package of 2014.
Aku tak ingat pernah menonton filem genre horror dari Australia.
Sekiranya filem ini sememangnya filem horror pertama dari Australia
yang pernah aku tonton,maka ini adalah satu permulaan yang sangat baik.
The Babadook merupakan satu filem yang lain dari yang lain.
Ia bukannya satu filem yang baik, tetapi tersangat baik, sebuah filem yang bakal menjadi sebuah klasik cult satu hari nanti.
Jika anda menonton filem ini dengan harapan bahawa anda akan berasa
sangat takut, terperanjat beruk seperti ketika anda menonton filem
James Wan The Conjuring maka anda akan berasa hampa. Tetapi anda jangan
pulak fikir bahawa The Babadook ini bukan satu filem horror yang tak
bagus.
Haha, kalau anda mahu betul-betul mengapresiasikan filem
ini sebagai satu filem yang baik, kerana ianya sememangnya satu karya
yang baik, ikutilah tips aku yang berikut :
1. Jangan jadikan
James Wan sebagai barometer ekpektasi anda terhadap filem ini dan juga
filem-filem horror lain yang bukan filem James Wan. Mengapa? Jawapannya
ada di point nombor 2.
2. Kerana genre horror pun ada
genre-genre-nya. Filem Babadook ini telah diarahkan oleh direktor wanita
dari Australia bernama Jennifer Kent.
Jadi style filem ini
sangatlah anti-James Wan, kerana filem ini lebih menjurus kepada
saikologikal thriller dengan tema-tema emosi seperti kerinduan,
penyatuan semula dan juga rasa bersalah terhadap orang-orang yang
tersayang. Ingin sekali aku highlight di sini, dunia horror 'does not
revolve only around James Wan' Banyak orang yang aku rasa telah menjadi
terlalu pro James Wan sehingga lupa bahawa terdapat karya-karya horror
lain yang juga baik, contohnya filem ini.
Okay, bagi mereka yang belum menonton filem ini, sedikit sinopsis :
Filem ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Samuel(Noah
Wiseman) yang takutkan 'monster' yang berkeliaran di rumahnya.
Ibunya(Essie Davis), seorang janda setelah kematian bapanya dalam satu
kecelakaan, sudah kepenatan dengan ketakutan anaknya yang tak rasional
itu. Tetapi lama-kelamaan si ibu pula menjadi tidak stabil dari segi
saikologi dan akhirnya benar-benar percaya bahawa memang benar ada
monster di rumah mereka.
Kesimpulannya, karya Jennifer Kent ini
sungguh mengujakan kerana ianya beroperasi dengan gaya yang tidak
konvensional, dengan stail yang aneh. Syabas kepada puan direktor filem
ini kerana walaupun The Babadook merupakan filem arahannya yang pertama,
ianya telah diolah dengan begitu kreatif sekali. Jarang sekali aku
menonton filem horror dengan falsafahnya yang tersendiri tetapi pada
masa yang sama 'quite scared the shit out of me' walaupun dengan efek
spesial yang minimal.
Pujian harus juga diberikan kepada Noah
Wiseman dan Essie Davis yang telah menghidupkan watak anak dan ibunya
dengan begitu expert sekali,
Walaupun kebanyakan screen time
dipenuhi dengan babak-babak mereka berdua sahaja, dan adakalanya
bersama-sama dengan Encik Babadook, namun lakonan yang memukau sekali
berjaya engaged dan menakutkan aku (sedikit hehe).
Dan aku ingin
juga menyentuh tentang endingnya yang aneh, tetapi aku fikir telah
disengajakan sebegitu rupa supaya menjadi ending yang 'bizzare'.
Walaupun endingnya itu pasti tidak disukai oleh audiens mainstream,
namun pada aku ianya adalah satu masterstroke yang bakal menjadikan
filem ini sebagai satu filem status cult.
Jadi, aku amat merekomendasikan filem ini buat tontonan movie addicts semua, terutama sekali those 'horror aficionados'.
SKOR: 9/10