Friday, March 28, 2008

Ratatouille (2007)

Remy, seekor tikus kampung yang mempunyai skil menakjubkan, iaitu mengetahui rahsia tentang betapa 'sedap'nya makanan. Pada waktu, puaknya memakan apa saja yang boleh dicekau (maklumlah, tikus), Remy sangat memilih apa yang mahu dimakannya. Bukan saja itu, beliau mempunyai skil mengadun bahan-bahan untuk menjadikan sesuatu makanan itu sedap, dengan daya hidunya. Apabila Remy tercampak ke bandar Paris, barulah beliau dapat menikmati erti makanan sebenar (Paris sebagai bandar elit makanan). Apabila berganding dengan chef apprentice secara eksiden, mereka menggemparkan scene makanan Paris sebagai revivalist of excellent cooking. Persoalannya, sejauh mana manusia dapat menerima masakan yang dimasak oleh seekor tikus?

SKOR: 8/10

No comments: