Friday, May 2, 2008

Breach (2007)

Filem yang diambil dari kisah benar ini menceritakan tentang khianat dalaman paling besar dalam sejarah US, yang menyebabkan pelbagai rahsia perisikan bocor dan nyawa yang terbang. Atas tangan seorang yang sangat dipercayai yang pada mulanya beliau dianggap penyelamat. Robert Hanssen (Ryan Cooper) adalah agen FBI senior yang menjawat jawatan tertinggi di bahagiannya. Pada masa yang sama beliau adalah pembelot. Apabila mula disedari oleh FBI sendiri, FBI menghantar seorang rookie, Eric (Ryan Phillippe) untuk mengintip. Masalahnya Robert sangat peka; dia kan ke perisik veteran sedangkan Eric pula budak mentah. Namun saingan agak sengit dalam perlumbaan untuk melihat siapa yang jatuh dahulu; si pembelot atau si patriot. Walaupun tak se-grand filem taat-belot ala The Departed, tetapi ini bukan fiksyen tetapi berdasarkan kepada fakta sebenar.

SKOR: 6/10

No comments: