Pengarah lagenda David Cronenberg kembali lagi dengan filem terbaru Eastern Promises. Mood filem ini adalah lanjutan dari filem A History Of Violence. Mungkin kebetulan, Viggo Mortensen melakonkan watak utama untuk kedua-dua filem. Seorang bidan, Anna (Naomi Watts) menyiasat kematian seorang ibu muda semasa bersalin (anaknya selamat) melalui diari yang ditinggal olehnya. Masalahnya ia ditulis dalam bahasa Rusia. Dari clue yang ditinggalkan dalam diari tersebut Anna mendapat tahu riwayat hidup perempuan tadi menjurus kesebuah restoran kepunya kepala Mafia Rusia yang mana Nikolai (Viggo) menjadi 'bodyguard'. Walaupun tahu bahawa ini kerja bahaya dan gila, untuk mencari kebenaran dari ketua Mafia, Anna tetap meneruskannya. Cuma beliau tidak tahu, siapakah Nikolai sebenarnya dan kenapa Nikolai sendiri sangat 'minat' dengan bossnya. Cerita yang agak slow tetapi apabila berlaku babak pergaduhan, dijamin brutal dan gore!
SKOR: 7/10
No comments:
Post a Comment