Wednesday, April 23, 2008

Fear X (2003)

Masalah filem ini ialah kerana atmosphere yang cuba menyelubungi filem ini seolah-olah ianya filem horror sedangkan ianya tidak. Soundtrack dan effect dalam filem ini seperti itu menyebabkan kita rasa terconfuse.Walaupun ramai yang mengatakan ending seperti tiada ending, tapi aku merasakan kita perlu sedikit aware tentang apa yang diperkatakan untuk memahami siapa yang bersalah dalam filem ini, walaupun seperti yang tidak diharapkan oleh karektor utamanya; Harry (John Turturro), "aku mahu tahu mengapa walaupun aku tidak akan mengetahui siapa". Seperti kebanyakan mangsa, Harry mahu tahu kenapa isterinya mati dibunuh di dalam parking lot sebuah pusat membeli-belah; iaitu tempat dimana beliau bekerja sebagai seorang pak guard. Ianya nampak seperti sebuah senseless killing. Pencarian pembunuh misteri itu menjadi suatu obsesi. Obsesi itu bertukar menjadi clue yang membawa beliau semakin hampir kepada kebenaran yang dicari.

Lakonan John Turturro sangat baik walaupun pengarah tersilap dalam beberapa aspek pengambaran, atau mungkin terlampau mahukan ia menjadi artistik.

SKOR: 5/10

No comments: