Saturday, March 29, 2008

Employee of the Month (2006)

Politiking cashier? Itulah yang berlaku apabila seorang gadis jelita tiba di Super Club hypermart. Zack seorang pekerja ala-kadar tercabar dengan pekerja bulanan (17 bulan berturut-turut), Vince; dalam usaha mereka berdua untuk memikat gadis tersebut, Amy. Semuanya bermula apabila file Amy mengatakan bahawa beliau telah dibuang kerja akibat "obssessed" dengan pekerja bulanan. Berebutlah Zack dan Vince dengan taktik-taktik kotor selama sebulan untuk mendapatkan tempat sebagai pekerja terbaik bulanan. Jika korang familiar dengan filem Office Space dan Clerks, sudah tentu korang akan menyukai filem ini. Aku menyukainya sehinggakan hampir semua sections dalam Special Features aku tengok. Suatu yang jarang-jarang aku lakukan.

SKOR: 8/10


No comments: