Sunday, April 20, 2008

Match Point (2005)


"The man who said "I'd rather be lucky than good" saw deeply into life. People are afraid to face how great a part of life is dependent on luck. It's scary to think so much is out of one's control. There are moments in a match when the ball hits the top of the net, and for a split second, it can either go forward or fall back. With a little luck, it goes forward, and you win. Or maybe it doesn't, and you lose."

Kata-kata awal, yang diungkapkan oleh pelakon utama, Chris Wilton (
Jonathan Rhys Meyers) diawal filem ini begitu bermakna tatkala tirai menutup filem ini. Beliau adalah seorang bintang tenis yang meninggalkan sirkit pertandingan kerana benci suasana di padang dan mengambil keputusan untuk menjadi jurulatih peribadi. By chance, beliau kenal dengan seorang kaya, Tom Hewett (Matthew Goode), yang mempunyai seorang adik perempuan, Chloe (Emily Mortimer). Hubungan Chris dan Chloe berakhir dengan perkahwinan. Walaupun begitu, Chris telah terpikat dengan tunang Tom bernama Nola (Scarlett Johansson). Oleh kerana tarikan kepada Nola lebih kuat maka berlakulah hubungan sulit di belakang Chloe.

Tapi sampai bila ye tak, nak sorok bangkai. Nola makin mendesak agar Chris meninggalkan Chloe. Cuma ada satu problem, kalau Chris tinggalkan Chloe, maka dia terpaksa meninggalkan kehidupan mewah sebagai menantu kepada seorang yang tersangat kaya. Nampak gaya, Chris terpaksa menyelesaikan masalah ini dengan memilih samada Nola (cinta sebenar) ataupun Chloe (cinta tak benar tapi dengan kekayaan); by hook or by crook!

Filem arahan Woody Allen yang terkenal dengan eccentricity ini begitu menggamit aku yang menontonnya. Walaupun mengambil masa hampir 2 jam (yang juga merupakan filem terpanjang Woody), namun semuanya berbaloi apabila kita dihidangkan dengan ending yang begitu menusuk jantung; ala Mystic River. Dan untuk juadah penutup, aku mengulangi intro filem tersebut, kata-kata Chris yang make sense. Bravo!

p/s: Nominated for
Best Writing dan Original Screenplay Academy Awards 2006.

SKOR: 9/10

No comments: