Wednesday, June 4, 2008

Hot Fuzz (2007)

Sebuah lagi filem komedi/serius British. Mengapa dikatakan komedi/serius? Bagi penonton yang pernah menonton “Shaun Of The Dead” pasti biasa dengan genre sebegini. Mengisahkan mengenai Nicholas Angel (Simon Pegg) seorang polis kota London yang begitu cemerlang prestasinya dan berdedikasi sehinggakan tahap tangkapan dan kes yang diselesaikannya 400% berbanding dengan pegawa polis yang lain. Akibatnya, pegawai atasan yang berasakan prestasi Nicholas yang membawa “ancaman” kepada rakan sekerjanya yang lain, bertindak menghantar Nicholas untuk bertugas di sebuah kawasan yang aman, bebas jenayah dan boleh diakatakan agak bosan bernama Gloucestershire. Apabila sampai di kawasan tersebut, dia mendapat tahap jenayah di situ boleh dikatakan hampir tiada. Antara tugasan yang diterima yang paling menarik ialah merampas senjata dan periuk api bawah laut zaman Perang Dunia Ke-2 di dalam salah sebuah rumah penduduk di situ. Salah satu lagi kes yang diterimanya ialah kehilangan seekor angsa. Setelah beberapa hari berada di situ, bermula beberapa kejadian yang menyebabkan kematian beberapa penduduk di situ, Nicholas yang mula mengesyaki ianya merupakan kes pembunuhan mula melakukan penyiasatan, tetapi akibat daripada tempoh terlalu aman yang dilalui oleh penduduk di situ, mereka hanya menganggapnya kesemua kejadian tersebut ialah hanyalah kemalangan. Nicholas yang tidak berpuas hati menyiasan dan terus menyiasat dan akhirnya menemui kebenaran yang tidak masuk akal dan rahsia di sebalik kejadian-kejadian tersebut dan rahsia yang terpendam di pecan tersebut. Pelbagai aksi menarik dan kelakar yang terjadi yang mengingatkan kita kembali kepada filem-filem aksi polis yang lain seperti Point Break dan Bad Boys II yang dilakonkan semula sepanjang filem ini. Filem yang wajib ditonton bagi mereka yang gemarkan filem aksi membabitkan polis yang begitu obsess dengan tugasnya.

Skor 10/10
Pengulas: lati0s

Skor 8/10
Bentara

No comments: