Blog ini adalah blog ulasan rasmi untuk group facebook "MOVIE ADDICT" (https://www.facebook.com/groups/movvie.addict/). Dalam bahasa rojak, mahupun bahasa standard.
Wednesday, April 16, 2008
Death at a Funeral Trailer (2007)
Siapa yang biasa dengan British comedy pasti akan puas hati dengan filem ini. British comedy = memasukkan semua kekelamkabutan sesuatu situasi imaginable dan mencetuskan humor disebaliknya. Daniel (Matthew Macfadyen) baru kematian bapanya dan dalam situasi berusaha membuat majlis sebelum pengebumian di rumahnya bersama dengan isteri dan ibunya. Yang dijemput hadir adalah rakan dan saudara rapat yang meriah dengan karektor sendiri. Majlis yang sepatutnya tenang menjadi kelam kabut apabila seorang midget datang membawa rahsia besar kepada Daniel bahawa ayahnya adalah kekasihnya - gay. Rahsia akan tersimpan dengan syarat dibayar sejumlah wang yang Daniel sendiri tidak memilikinya. Daniel menjadi pening, ditambah dengan watak-watak seperti, kawan yang datang dalam keadaan khayal dengan pil, isterinya yang mahukan booking rumah dibuat segera, paderi yang mahu majlis dijalankan dengan sevepat mungkin, pakcik yang grumpy, keranda yang terbalik; malah orang mati dalam majlis membuatkan kita tak kering gusi ketawa. Lama betul tak tengok filem komedi yang betul-betul membuatkan aku ketawa besar sambil cringe pada aksi-aksi kelakar yang menjijikkan.
SKOR: 8/10
Death At A Funeral, seperti mana tajuk movie ni sendiri berkisarkan mengenai kejadian-kejadian pelik yang berlaku terhadap ahli keluarga si mati sepanjang hari pengekebumiannya. Cerita ini dimulakan dengan adegan mayat si mati yang sampai di rumahnya tetapi rupanya pihak pengurusan mayat tersalah hantar mayat dan meminta maaf dan dengan pantas pulang kembali ke rumah mayat dan menghantar mayat yang betul. Tetapi apa yang lebih melucukan ialah perangai dan sikap mereka yang menghadiri pengekebumiannya termasuklah dua orang anaknya iaitu Daniel (Matthew Macfadyen), seorang suami yang baru ingin memulakan kehidupan baru dengan isterinya Jane (Keeyley Hawes) dan seorang lagi pula merupakan novelis terkenal yang bernama Robert(Rupert Graves). Pengkebumian itu juga turut dihadiri oleh sepupu kepada Daniel, Martha yang membawa teman lelakinya,Simon. Dalam perjalanan ke rumah di mana majlis tersebut diadakan, Martha yang singgah di rumah Troy(Mike Marshalls) untuk mengambil sesuatu, tersalah memberi "recreational drug" yang disangkanya Valium kepada teman lelakinya. Apabila sampai sahaja di rumah tersebut, Simon tidak dapat mengawal dirinya dan menimbulkan kekacauan sepanjang majlis tersebut. Ini ditambah pula dengan kehadiran seorang lelaki kerdil bernama Peter Dinklage yang mendakwa bahawa dia dan si mati merupakan pasangan "kekasih" dan membawa beberapa keping foto yang agak jijik untuk mengugut anak-anak si mati supaya memberinya wang sebanyak 15K Pound untuknya menutup mulut. Kemudian berlaku beberapa adegan menarik di mana Simon yang masih tidak dapat mengawal dirinya dan lari naik ke atas bumbung rumah dalam keadaan bogel disaksikan oleh semua orang yang hadir di situ. Perlu disaksikan juga bagaimana dua adik beradik ini "menyelesaikan" masalah mengenai lelaki kerdil tersebut. Walaupun menghadapi pelbagai masalah dan halangan, majlis pengekebumian itu berakhir juga dan segala masalah dapat diselesaikan.
Filem yang begitu menarik untuk ditonton. Komedi yang tidak memperbodohkan penonton seperti cerita-cerita lawak spastik yang datang dari Hollywood.
SKOR: 9/10
Pengulas: lati0s
Labels:
komedi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment