Wednesday, May 28, 2008

Cloverfield (2008)

Filem yang menarik. Menggabungkan teknik Blair Witch Project (guna kamera handheld) dan Godzilla. Jalan ceritanya mudah iaitu raksasa menyerang Pulau Manhattan! Cuma disebabkan gaya seperti filem ambil sendiri, maka kesannya luarbiasa. Sekelompok kawan berparti pada suatu malam di dalam sebuah apartment apabila tiba-tiba berlaku sedikit gempa. Ingatkan gempa bumi, rupa-rupanya serangan raksasa! Subjek mudah apokaliptik diadaptasi dengan sebab yang paling ridiculous! Disebabkan special effectsnya dibuat menerusi camera handheld, ianya dilihat seperti benar-benar berlaku. Ingat cerita Blair Withc Project?

SKOR: 9/10


American Gangster (2007)

Berdasarkan kisah benar suatu ketika dahulu tatkala organized crime rules the USA (sekarang tak ke?). Mengisahkan naik-jatuh kehidupan seorang gangster kulit hitam Frank Lucas (Denzel Washington) daripada seorang balaci kepada ketua gangster yang digeruni. Sukses beliau yang utama ialah kerana beliau seorang yang low-profile dan mendapatkan bekalan dadah direct dari sourcenya. Namun kegemilangan beliau tidak lama apabila organisasi beliau menjadi target organisasi gangster yang lain; tak lupa juga, pihak polis. Walaupun majoriti polis disponsor oleh organized crime sendiri tetapi masih ada yang ikhlas; seperti Detektif Ritchie Roberts; yang diselek secara peribadi oleh autoriti USA untuk membenteras kegiatan dadah yang dilihat sebagai musuh negara no 1 ketika itu.

Gaya arahan Ridley Scott amat berkesan sekali dengan karektor building terhadap dua watak utama filem ini. Teringat cerita Heat (Pacino/DeNiro) yang amatlah bestnya. Adegan brutal pun boleh tahan.

SKOR: 8/10

The Last Time (2006)

Dah lama tak tengok Brendan Fraser dan Michael Keaton berlakon. Dapat jumpa DVD depa berdua berlakon kira nasib baik ah. Cuma ada kekurangan besar. Cerita kurang menyengat hahahaha... Malas aku nak review.

Ted Ryker is the top salesman in the New York office of a business machine company; the corporate stock lives by quarterly sales numbers, the competition is keen, and the economy may be in a downturn. Ted's company is marking time until a new product is ready - probably in a few months. Into the mix comes a new hire, a callow Midwesterner named Jamie, who's come East with his fiancée Belisa. Ted's a cynic - with a failed love in his past; he's profane, he's a lousy team player. He watches Jamie flounder, failing with presentation after presentation. Then, Ted finds a mutual attraction to Belisa. Where can this end?


SKOR: 5/10

Mr. Brooks (2007)

Siapa sangka, seorang jutawan dan dermawan juga adalah seorang pembunuh bersiri? Itulah dilemma En Brooks (Kevin Costner) kita ni. Tapi dia membunuh bukan nak glamer ke apa, cuma ketagih. Gian. Malangnya sekali dia bunuh tu, En. Smith (Dane Cook) sudah nampak. En. Smith ni pun satu hal gak. Dia ugut En Brooks dengan cara pelik, "Aku akan senyap dengan syarat ko bawak aku pi tengok ko bunuh orang". Dua-dua psycho. At the same time, Detektif Atwood (Demi Moore) agak cerdik dan hampir berjaya mengenalpasti pembunuh siri misteri ini. Namun, perjalanan tenang En. Brooks sebagai pembunuh berjaya menjadi kelam kabut apabila didapati bahawa anak perempuannya juga telah membunuh seorang kawannya di sekolah. Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Pening pening... so camana agaknya En. Brooks nak mensetelkan En. Smith si pengugut, Detekrif Atwood si penyiasat dan anak daranya si pembunuh?

SKOR: 7/10

Monday, May 19, 2008

Abre Los Ojos (1997)

Lu orang dah nengok cerita Vanilla Sky (Tom Cruise)? Haaa... ini la filem original. Vanilla Sky "inspired" dari filem ni. Aku pun tak ingat jalan cerita Vanilla Sky (lama dah, tak ingat) samada sama betul dengan filem ni atau ada ubah sikit. Sebab ikut kata inspired tu, tak copy semua la kan?

Cuma jangan terpengaruh dengan cover DVD dengan Penelope Cruz tayang body tu sebagai filem romantik la. Ada la elemen romantik tu tapi sebenarnya ni filem fiksyen sains. Malah, gua ingat, ada macam filem The Matrix. Entah-entah The Matrix pun dapat idea dari filem ni.

Gua tengok filem ni memang kepala gua celaru sikit nak paham. Macam nak paham, tapi tak paham. Kejap macam realiti, kejap macam mimpi. Gua pun tak tau mana satu betul.

Yang betulnya, filem ni memang buat lu tertanya-tanya. Sampai kat ending baru lu paham. Ooooooo... macam tu, lu kata kat diri lu sendiri.

Gua rekemen ah cerita ni. Banget!

SKOR: 9/10


Shattered Glass (2003)

Filem ni memberi pengajaran kepada gua yang buat tesis ni. JANGAN BUAT FIKSYEN apabila tulisan lu berdasarkan atas fakta!

Hero Star Wars ni berlakon sebagai seorang reporter muda yang berjaya. Dah la berjaya, disukai ramai pulak dalam ofis. Everything looks good until one day, artikel yang dia tulis rival majalah sudah check. Pergi check source, semuanya tak ada. Meaning, tak wujud. Si editor yang mula nak backing jadi suspicious je.

Rupa-rupanya mamat ni sudah tipu 27 dari 41 artikel yang dia tulis kat majalah ni. Gila. Dah la majalah ni reputasi dasyat. Menulis atas FACTS!!!

Ala, macam penulis majalah Mestikah jugak la. Cuma Mestikah ni bukan sorang je penulis yang tipu... hehehe paham-paham je la. Oh ni filem ini berdasarkan kisah benar... macam Mestikah jugak hehehe...

SKOR: 7/10

Spoorloos aka The Vanishing (1988)

Lama dah aku cari filem ni. Suatu ketika dulu aku konon minat la arthouse filem ni so habis aku geledah internet nak cari filem-filem art ni. Terjumpa DVD ni in Criterion. Tapi tak juma versi biasa (Criterion mahal wooo). Sekali boleh jumpa pulak kat rental. Apa lagi. Terus sewa.

Sangka aku ini adalah cerita seram (hantu) rupa-rupanya tidak. Cerita suspen/drama macam tu. Ala-ala Hitchcock (aku main taram je ni). Filemnya slow, building karektornya agak mantap tapi ending, fuh... bini pun geleng kepala.

Ada remake by Hollywood dengan tajuk The Vanishing jugak, tapi ikut kata imdb.com, endingnya ending happy. Tak macam ori. Ending sadis.

Apa yang sadis? Kena tengok sendiri la. Memang berbaloi!

Rex and Saskia are on holiday, a young couple in love. They stop at a busy service station and Saskia disappears. Rex dedicates the next three years trying to find her. Then he receives some postcards from her abductor, who promises to reveal what has happened to Saskia. The abductor, Raymond Lemorne, is a chilling character to whom Rex is drawn by his intense desire to learn the truth behind his lovers disappearance. The truth is more sinister than he dared imagine.
SKOR: 9/10


Sunday, May 18, 2008

Black Snake Moan (2006)

Rasanya kalau tengok poster dan tagline filem ni je mesti rasa filem erotik. Well. it's not. Mungkin ada satu dua aksi erotik tetapi the gist of the film tidak begitu. Lazarus (Samuel L. Jackson) ialah seorang konservatif yang menghadapi masalah besar apabila isterinya curang dengan rakan sekampung. Apabila Rae (Christina Ricci) dijumpai oleh beliau terdampar di hadapan rumahnya, hidup beliau berubah. Apabila disiasat, rupa-rupanya Rae juga menghadapi masalahnya sendiri. Rae = gila seks. Segala masalah Rae diselesaikan dengan seks. Tak kira siapa. Kata seorang yang pernah menidurinya, Rae akan tidur hatta dengan kayu sekalipun apabila ketagihannya datang. Lazarus is very determined to solve Rae's problem, kata orang putih. Sekarang apa cerita, Lazarus yang kecundang ke atau Rae yang menang (sama je makna tu). Saja je aku letak ayat provokatif macam tagline. Sebenarnya otak lu orang ni kuning ah.

SKOR: 7/10

I Am Legend (2007)

Filem apokaliptik sentiasa menarik minat aku. Dan pelbagai jenis sebab musabab telah difilemkan. Ada yang berkenaan dengan natural disaster, penyakit, peperangan bahkan serangan dari makhluk asing. Filem ini mengambil dasar virus yang menyerang populasi manusia hasil dari side effect dari imunisasi kanser gone wrong. Manusia yang infected, bertukar menjadi agresif. Keagresifan itu memakan rasional dan tolak ansur. Dengan lain perkataan, mereka menjadi seperti zombie. Menyerang apa sahaja yang bergerak. Cuma kelemahannya, pigmen kulit mereka menjadi begitu sensitif terhadap cahaya UV. Apabila terdedah kepada matahari contohnya, mereka boleh mati.

Enter Robert Neville (Will Smith), seorang doktor yang immune terhadar virus tersebut. Beliau menyangka bahawa hanya beliaulah seorang manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Namun harapan tetap ada, beliau menghantar frekuensi radio untuk menyatakan bahawa masih ada manusia lagi yang hidup.Dihabiskan waktu siang dengan menjelajah buang masa di sekitar bandar New York tetapi pada malamnya, tatkala zombies berkeliaran, beliau mengecutkan diri dalam persembunyian.

Filem ini bolehlah dikategorikan sebagai filem zombie, tetapi karektor building Will Smith memberati, yang menjerumuskan filem ini ke dalam kategori drama. Cuma apabila zombie tersebut dilakonkan ianya terlampau komikal. Menjadi superhuman dan boleh melakukan aksi yang manusia biasa tidak boleh buat.

A good view nevertheless.

SKOR: 8/10


Thursday, May 15, 2008

The Invisible (2007)

Nick Powell (Justin Chatwin) ialah seorang pelajar cemerlang sekolahnya, terutama dalam bidang literature. Walaupun ibunya agak mengongkong, tetapi masa hadapannya nampak cerah. Apabila bertembung dengan gangster sekolah Annie Newton (Margarita Levieva) - seorang tomboy - hidupnya bertukar menjadi bahaya. Apabila maklumat palsu ditelan oleh Annie, mengenai Nick sebagai seorang 'snitch' terhadap aktiviti jenayah Annie di dalam sekolah, Annie mengambil langkah nekad untuk membelasah Nick. Malang bagi Nick, beliau cedera parah dan koma dan dibiar terdampar di pinggiran hutan. Cuma roh Nick terawang-awang di atas bumi kerana beliau belum mati. Tinggal lagi usaha roh Nick untuk menyelamatkan diri sendiri sebelum beliau sendiri mati akibat terdampar tak sedar diri di dalam hutan. Manusia boleh hidup 3 hari je tanpa air? Namun harapan nampak cerah kerana ada seorang yang menyedari akan kewujudan roh Nick. Cuma manusia tersebut ialah Annie! Mahukah Annie kasihan atau menyelamatkan diri sendiri yang boleh menyebabkan beliau dipenjara seumur hidup?

SKOR: 8/10

Just Like Heaven (2005)

Dr. Elizabeth Masterson (Reese Witherspoon) ialah seorang doktor muda yang berjaya. Dalam peak karier beliau, beliau menghadapi eksiden yang menyebabkan beliau menjadi koma. Koma dalam interpretasi filem ini ialah, beliau belum mati sedangkan rohnya berada di dalam dunia, tidak faham apa yang terjadi kepadanya. Enter frame David Abbott (Mark Ruffalo), seorang yang kecewa disebabkan kematian isterinya, yang menyewa di rumah Elizabeth (disewakan rumahnya kerana waris Elizabeth tidak meletak harapan Elizabeth akan kembali sedar). Sedangkan Elizabeth sekali sekala muncul di dalam rumah David menyangka bahawa beliau masih menjadi penyewa rumah yang sah. Perasaan takut dan geram David bertukar menjadi kasih apabila mengetahui keadaan sebenar Elizabeth yang koma. Kenapa dan mengapa hanya David yang dapat melihat Elizabeth hanya akan terjawab di akhir filem ini.

SKOR: 7/10



Friday, May 9, 2008

Chain of Fools (2000)

Filem komedi ini mengisahkan tentang seorang tukang gunting rambut malang, Thomas Kresk (Steve Zahn) yang melihat nasibnya seolah-olah akan berubah apabila seorang pencuri licik, Avnet (Jeff Goldblum) masuk ke dalam kedai guntingnya. Dia terdengar tentang bicara Avnet tentang duit syiling purba yang dicuri Avnet dan sedang dalam perbincangan untuk bertukar milik dengan nilai jutaan dollar. Mulanya takut, tetapi apabila secara tak sengaja beliau tercucuk mata gunting ke tengkuk Avnet, takut menjadi berani kerana duit syiling tersebut sekarang berada di tangannya. Nampak mudah? Mungkin tidak. Bermula dari pembunuhan itu, rantaian peristiwa malang satu demi satu menimpa Thomas. Persoalannya, semakin malangkah nasib Thomas atau penghujungnya baik untuknya?

Gaya filem nampak ada potensi namun ada macam ruang kosong sepanjang jalan cerita. Yang pasti, karektor Mikey (Elijah Wood) sebagai pembunuh upahan berusia 17 tahun agak memberikan lebih 'colour' kepada jalan cerita.

SKOR: 6/10

Wednesday, May 7, 2008

The WILHELM Scream

Aku terjumpa dua kali berkenaan dengan Wilhelm Scream ni masa bukak trivia filem kat imdb.com. First aku tak ingat filem apa tapi aku perasan perkataan Wilhelm Scream ni cuma aku tak ambil peduli.

Dan kejap tadi aku bukak trivia filem The Invisbile (2007) keluar lagi Wilhelm Scream ni. Ditulis...

WILHELM SCREAM: About 25 minutes into the movie, when a guy gets thrown in a swimming pool.

Pelik? Aku pun pelik... pebende Wilhelm Scream ni? Aku buat google sikit.

Rupa-rupanya Wilhelm Scream ni adalah satu jenis rakaman jeritan yang digunakan direcycle oleh banyak filem. Asalnya dari Distant Drum (1951). Zaman tu memang overdub dilakukan kat studio selepas habis shooting. So scene seorang askar masa tengah mengharung paya dibaham dek buaya. Masa ni lah overdub jeritan tu dibuat.

So, jeritan tu di archive oleh studio.

Bila ada filem baru nak overdub, diorang malas nak rakam balik jeritan, depa pergi kat archive dan pakai la jeritan ni balik.

Tak perasan, rupa-rupanya banyak dah filem dok recycle jeritan ni. Tapi ada sorang yang perasan.

Yang perasan ialah Ben Burt, peminat sound efek. Dia perasan yang banyak filem dok guna jeritan yang sama. Bila ni dah diketahui umum dan rasa macam ada aura kult, banyak filem pulak yang selit jeritan ni.

Hehehe... kelakar. Overdub jeritan yang kult!

Baca sini http://www.hollywoodlostandfound.net/wilhelm.html

Lepas tu tengok kompilasi jeritan Wilhelm Scream kat bawah...





Tuesday, May 6, 2008

No Country for Old Men (2007)

Siapa tak kenal Coen Brothers, tak payah bicara tentang filem. Nasib baik aku tau hehehe... Ini adalah filem ultimate adik beradik ni yang akhirnya memenangi 4 anugerah Academy Awards termasuk Best Picture. Jadi, filem ini adalah mustahak!

Llewelyn Moss (Josh Brolin) adalah seorang mamat biasa di Texas yang berada di dalam tempat dan masa yang salah. Semasa beliau pergi memburu di tengah padang separa pasir di Texas, beliau terjumpa sekelompok manusia yang mati tatkala melakukan urus niaga dadah. Masalahnya beliau mengambil duit dadah yang terdampar di situ yang berjumlah 2 juta US dollar. Akibat dari itu, beliau telah diburu oleh pembunuh ganas, Anton Chigurh (Javier Bardem) yang bukan saja membunuh atas upah tetapi juga membunuh atas dasar prinsip. Memang ganas Anton ni. Langsung Anton mengecohkan town kecil tersebut dengan pembunuhan ngeri tanpe belas yang memeningkan Sherif Ed Tom Bell (Tommy Lee Jones).

Yang pasti, hidup Llewelyn is not the same anymore. Pembunuh yang menjejaki beliau sekarang bukan mahukan dia mati atas dasar upah tetapi atas dasar prinsip. It's you or me, one must die. Gitu la kiranya.

Gaya filem Coen Brothers ni memang unik. Nak cerita pun tak tau. Nak experience, kena tengok sendiri. Aku pasti, lepas ni pastinya korang akan cari filem-filem lain arahan adik beradik ni. Aku rekemen Miller's Crossing dan Fargo.

Anton Chigurh: What's the most you ever lost on a coin toss.
Gas Station Proprietor: Sir?
Anton Chigurh: The most. You ever lost. On a coin toss.

(scene berdebar-debar)

SKOR: 9/10

Next (2007)

Nicholas Cage ialah seorang ahli silap mata yang menggunakan keupayaan psikik beliau yang boleh melihat masa hadapan selama 2 minit bernama Cris Johnson. Sekali-sekala beliau menggunakan keupayaan beliau untuk berjudi. Pintarnya beliau, main sekali-sekala supaya tidak disyaki oleh sesiapa. Namun seorang agent FBI lakonan Julian Moore (Agent Callie) telah lama memerhati keupayaan Cris. Agent Callie perlukan khidmat Cris untuk membantu membenteras plot teroris yang mahu melancarkan serangan nuklear. Tapi Cris ni kira macam anarchist gak la lebih-lebih lagi beliau dah jumpa buah hati idaman kalbu. At the same time pulak, teroris pun tau yang FBI maukan khidmat Cris so diorang pun plan nak bunuh Cris ni. Plot OK la tapi maybe Nicholas Cage boleh stop berlakon cerita aksi macam ni. Tak berapa kena. Patut dia berlakon cerita macam Adaptation tu.

SKOR: 6/10

Hitman (2007)


Filem adaptasi dari videogame ini walaupun dari luar nampaknya menarik tetapi... pada aku terlampau gamely. Ini filem Rambo tapi ditukar wajah sikit. Agent 47 ialah seorang pembunuh upahan yang telah dididik untuk membunuh sejak dari kecil lagi. Basically, dia dilatih supaya show no mercy. Apabila seorang gadis enter frame, show no mercy dia cair sikit. Nak pulak awek tu cun dan begitu mudah mendedahkan asetnya. Lain dari tu, Agent 47 ni tak tertembak walau sebutir peluru walaupun berhadapan dengan puluhan musuh (kan macam Rambo). Scene tembak menembak pun takde la menarik sangat cuma filem ni nak bergantung kepada kemachoan Agent 47 tapi pada aku tak macho sangat pun. Plot aku rasa tak penting. Kalau nak buang masa, atau dah takde cerita nak tengok, boleh la tengok filem ni.

SKOR: 5/10


Friday, May 2, 2008

Breach (2007)

Filem yang diambil dari kisah benar ini menceritakan tentang khianat dalaman paling besar dalam sejarah US, yang menyebabkan pelbagai rahsia perisikan bocor dan nyawa yang terbang. Atas tangan seorang yang sangat dipercayai yang pada mulanya beliau dianggap penyelamat. Robert Hanssen (Ryan Cooper) adalah agen FBI senior yang menjawat jawatan tertinggi di bahagiannya. Pada masa yang sama beliau adalah pembelot. Apabila mula disedari oleh FBI sendiri, FBI menghantar seorang rookie, Eric (Ryan Phillippe) untuk mengintip. Masalahnya Robert sangat peka; dia kan ke perisik veteran sedangkan Eric pula budak mentah. Namun saingan agak sengit dalam perlumbaan untuk melihat siapa yang jatuh dahulu; si pembelot atau si patriot. Walaupun tak se-grand filem taat-belot ala The Departed, tetapi ini bukan fiksyen tetapi berdasarkan kepada fakta sebenar.

SKOR: 6/10

Find Me Guilty (2006)

Vin Diesel yang terkenal sebagai pelakon aksi melakonkan watak yang agak berat. Mujur. Jika tidak, beliau akan sangkut dalam genre aksi seperti Steven Seagal. Aku agak skeptikal akan beliau melakonkan seorang mafia di dalam ruang mahkamah. Tetapi ternyata beliau melakonkan dengan baik sekali. Jackie DiNorscio (Van Diesel) adalah orang kanan organisasi mafia di New Jersey. Pihak berkuasa dalah bertahun-tahun mengumpul maklumat dan bukti akhirnya berjaya membawa kesemua orang-orang penting Mafia ke dalam mahkamah untuk diadili. Jackie yang merasakan beliau teraniaya oleh peguam sendiri mengambil keputusan untuk membela diri sendiri dengan keputusan yang mengejutkan, even kepada pendakwa sendiri. Diambil dari kisah benar Jackie sendiri (yang meninggal ketika filem difilemkan); ini adalah sesi mahkamah paling panjang dalam sejarah US, mengambil masa hingga dua tahun untuk selesai.

SKOR: 7/10