Michael Mann mengekalkan elemen gloomy dan moody tersebut dalam filem arahan beliau ini. Tambahan pula filem ini hampir melangkau dua jam (tolak seksyen kredit di akhir filem) dan ini memerlukan toleransi dan konsentrasi yang lebih untuk penulis menonton filem ini. Sukacita dimaklumkan bahawa mood penulis agak tenang dan dapat lekat di hadapan skrin sepanjang durasi itu.
Sonny (Colin Farrell) dan Ricardo (Jamie Foxx) adalah dua detektif Miami 'mewah' (dengan kereta Ferrari?) yang sangat dedikasi dengan tugas mereka. Operasi asal mereka untuk menangkap bapa ayam bertukar menjadi menangkap bapa dadah apabila khidmat mereka diperlukan oleh unit membenteras dadah. Itupun kerana, 'informant' mereka terlibat sama yang berakhir dengan kematian informant dan keluarga beliau. Kematian informant tersebut seolah-olah terlampau penting hingga menyebabkan mereka 'masuk campur'.
Operasi tempatan mereka bertukar menjadi antarabangsa. Dari Miami ke benua Amerika Selatan. Mereka menyamar menjadi pakar logistik dalam penyeludupan dadah ke dalam USA. Cuma masalahnya mereka 'muka baru' dan ini menyebabkan raja dadah, Montoya (Luis Tosar) mencurigai mereka tetapi akhirnya menggunakan khidmat mereka disebabkan 'masalah' yang dihadapi oleh Montoya dengan khidmat logistik yang sebelumnya.
Jalan cerita filem ini linear dan kita boleh mengagak apa yang akan terjadi seterusnya. Mungkin ini jalan cerita yang mengikut asas siri TV asal, mengekalkan konsep yang mudah dan pada masa yang sama menyerlahkan watak Sonny dan Ricardo yang macho. Scene tembak menembaknya pun tidak begitu menarik dan boleh dikatakan biasa sahaja. Penampilan Gong Li sebagai love interest dan musuh Sonny tidak begitu menolong untuk membuatkan plot filem ini lebih baik.
SKOR: 6/10
Pengulas: Bentara
No comments:
Post a Comment