Tuesday, April 8, 2008

Botched (2007)

Nasib malang berada di tempat yang tak sepatutnya. Komedi brutal dan ganas ini mengisahkan tentang seorang perompak Inggeris, Ritchie (Stephen Dorf) yang diarahkan oleh bossnya merompak satu keluarga kaya di Rusia. Beliau dibantu oleh dua perompak tempatan. Ketika turun dari penthouse si kaya dengan lif, mereka terperangkap di tingkat misteri (tingkat 13) bersama dengan beberapa karektor lain yang bersama di dalam lif. Untuk menyelamatkan diri, mereka menjadikan orang di dalam lif itu sebagai tawanan mereka. Mereka tidak menyedari bahawa ada orang lain yang merancang mereka untuk terperangkap di tingkat 13 yang tidak dihuni oleh sesiapa pun. Muncul pembunuh ganas yang mahukan kesemua mereka mati. Adegan bunuh memang brutal; kepala dikerat, tengkuk ditikam, tangan dipotong etc. Disebabkan adanya elemen komedi di dalam filem ini, ia menjadikan seram menjadi kelakar. Takut disamping nak ketawa. Fikirkan Evil Dead.

SKOR: 6/10


No comments: