Lu orang dah nengok cerita Vanilla Sky (Tom Cruise)? Haaa... ini la filem original. Vanilla Sky "inspired" dari filem ni. Aku pun tak ingat jalan cerita Vanilla Sky (lama dah, tak ingat) samada sama betul dengan filem ni atau ada ubah sikit. Sebab ikut kata inspired tu, tak copy semua la kan?
Cuma jangan terpengaruh dengan cover DVD dengan Penelope Cruz tayang body tu sebagai filem romantik la. Ada la elemen romantik tu tapi sebenarnya ni filem fiksyen sains. Malah, gua ingat, ada macam filem The Matrix. Entah-entah The Matrix pun dapat idea dari filem ni.
Gua tengok filem ni memang kepala gua celaru sikit nak paham. Macam nak paham, tapi tak paham. Kejap macam realiti, kejap macam mimpi. Gua pun tak tau mana satu betul.
Yang betulnya, filem ni memang buat lu tertanya-tanya. Sampai kat ending baru lu paham. Ooooooo... macam tu, lu kata kat diri lu sendiri.
Gua rekemen ah cerita ni. Banget!
SKOR: 9/10
2 comments:
bro..
klu ade cte best2 kgsi la..
mne nak cri citer2 cmnie..
nk dwnload..makan tahun la..
flem-filem omputih sekarang ni dah mula terbukak kepada elemen-elemen fizik yang ghaib...aku tak tgk lagi filem ni, cuba browse fast forward aje sebab jalan cerita, style dan semua benda sama dengan Vanilla Sky...tapi aku lagi suka Vanilla Sky sebab watak millionaire tu memang seksa jiwa raga aku tgk..."kosong"..."empty"...filem ni pergi lebih jauh dari akal konservatif sebab dia mempersoalkan kewujudan Allah SWT...ada part-part yang lebih tersasar kepada pandangan "atheism"...yang mana mereka mengatakan perasaan tu semua artificial, tak ada makna...tak LOGIK...boleh di "kilang" kan macam buat minuman berkarbonat untuk mass consumerism...ini filem atheist yang cuba menafikan kewujudan Tuhan...dan sekali lagi mereka GAGAL meyakinkan aku...untuk tidak percaya Tuhan...makin aku percaya Tuhan lagi ada...sebab "kekosongan" watak millionaire tu ialah "kelemahan" manusia...maka jika manusia itu lemah, sudah pasti ada kuasa yang mampu "melemahkan" manusia itu...he he he! Laa hau la walaa Quwwata Illa Billahil Aliyyul Adhiiim!
Post a Comment