Sunday, May 13, 2007

Hitch (2005)

Berapa ramai antara kita yang menghadapi masalah untuk meluahkan perasaan kepada 'love interest' kita yang kita sebenarnya mahukan dia? Ini bukan persoalan baru. Ini persoalan yang wujud sejak manusia wujud lagi. Kita merasakan sesuatu terhadap si dia dan sangat yakin bahawa beliaulah manusia yang kita mahu kongsi hidup bersama tetapi bagaimana hendak melakukan 'langkah' pertama?

Alex 'Hitch' Hitchens (Will Smith) pakar dalam menjawab persoalan ini, teori dan praktikal. Beliau merupakan konsultan kepada permasalahan ini dan nampaknya bisnes beliau sangat maju; menggambarkan betapa ramainya penduduk New York yang 'clueless' apabila berhadapan dengan masalah ini. Bukan itu sahaja, khidmat Hitch hanyalah melalui mulut ke mulut, dari klien yang lama kepada klien yang baru, tidak menggunakan iklan konvensyenal melalui media dan sebagainya. Ini menyebabkan status beliau menjadi seolah-olah urban legend dan misteri beliau dikejar oleh media terutamanya media picisan (seperti Harian Metro dan Mastika).

Klien terkini Hitch ialah Albert (Kevin James) yang merupakan seorang salah seorang board of directors yang memegang amanah harta seorang jutawan wanita, Allegra (Amber Valletta). Buah hati Albert bukanlah orang kebanyakan tetapi bosnya, Allegra! Cuma masalahnya Albert, walaupun memegang posisi yang tinggi tetapi beliau adalah manusia biasa, merasa rendah diri dan tidak konfiden. Dan pada status Allegra, beliau hanyalah manusia kebanyakan.

Hitch muncul dan merancang situasi, plan dan tindakan untuk Albert memulakan langkah. Sebenarnya langkah-langkah tersebut hanyalah untuk 'menonjolkan' Albert di pandangan Allegra. Walaupun Hitch sebenarnya memegang prinsip 'first impression is important' namun Albert tidak dapat menyembunyikan dirinya yang sebenar, hatta pada first impression pun.


Pada masa yang sama, Hitch mula jatuh cinta. Walaupun memegang prinsip lone ranger, tetapi fitrah manusia memang tidak boleh dinyahkan lantas beliau sendiri memulakan langkah pertama. Siapakah love interestnya? Sudah tentu penulis sensasi sebuah tabloid picisan Sara (Eva Mendes), yang selama ini memang tertanya-tanya siapakah Hitch sebenarnya. Cuma mereka saling tidak mengenali diri lawan masing-masing dan kasih sayan yang berputik adalah ikhlas.

Hinggalah percintaan antara Albert dan Allegra menjadi public, kekecohan berlaku. Bisnes Hitch sebenar terbongkar dan beliau bukan lagi menjadi urban legend dan Eva mengesyaki yang kasih sayang Hitch pada dirinya adalah sebagai satu manipulasi dan bukan ikhlas. Nampak gaya Hitch nak tak nak, perlu membetulkan keadaan. Atau, adakah Hitch sendiri menjadi seperti klien-kliennya yang terdahulu, pasrah dan membiarkan ianya berlalu sahaja?

Walaupun Will Smith adalah watak utama dalam filem komedi ini tetapi Kevin James yang sebenarnya mencuri perhatian penonton dengan lakonan yang bersahaja dan lenggok badan yang menggelikan hati. Plot yang agak original berserta dengan lawak ayng bersahaja membuatkan filem ini suatu yang agak segar.

SKOR: 8/10
Pengulas: Bentara

No comments: