Saturday, June 28, 2008

Cashback (2006)

Frust bercinta menyebabkan Ben Willis menjadi imsonia. Tidak boleh tidur. Untuk membuang masa tambahan 8 jam yang beliau tidak tidur, beliau bekerja part time di sebuah supermarket. Bila dah tak dapat tidur, realiti dan fantasi menjadi satu. Beliau tidak dapat membezakannya. Hinggalah beliau rasa beliau dapat mematikan masa. Dengan masa yang terhenti, berserta dengan bakat melukis beliau, beliau mula melukis watak-watak yang ada di dalam supermarket ketika masa itu terhenti. Tapi azab tak boleh tidur itu memang suatu azab. Beliau mengharapkan sesuatu akan berlaku yang boleh membuatkan beliau tidur kembali. Mungkinkah, Sharon, cashier supermarket itu menjadi kunci kepada pelepasan azab beliau?

Nice story line dan good cinematography. Scene di telefon terus ke atas katil yang dibuat in one shot itu sebenarnya memakan sehari pengambaran. Bandingkan dengan jumlah keseluruhan hari pengambaran; 27 hari. Sudah tentu shot telefon itu sesuatu yang menarik. Pasti anda akan ulang tayang shot tersebut beberapa kali.

SKOR 8/10


4 comments:

mahhass said...

Haha aku suka filem ni. Kau perasan tak, 'insomnia' tu sebenarnya sexual desire mamat tu, dlm erti kata lain, dia 'kegersangan' seks ;) haha memang best & original.

zulazahari said...

Wow, menarik filem nie, kat Malaysia ada ker filem nie? Mungkin CD pirate ada kot.

BENTARA said...

mahhas,

tapi dia dapat tidur balik tu bukan pasal seks pun. Aku rasa, dia ni kena 'dicintai' kembali. Seks tu side effect je kot.

----------
zulzahari,

tak tau la ada ke tak. Tapi selalunya cerita 'tak' box office ni susah nak cari pirate.

eddeved said...

aku ada dvd pirate nih...aku langsung tak faham apa point cerita nih...