Monday, October 27, 2008

Jumper (2008)

Asas filem ni memang tak logik. Dan tidak diexplain juga kenapa. Beberapa manusia istimewa yang mempunyai kuasa untuk teleport di mana sahaja ia suka. Sekejap bangun di New York, sarapan di Paris, bersantai di Hawaii dan malamnya di Jepun. Oleh sebab kuasa yang istimewa, mudah sahaja mereka melanggar undang-undang bahkan batas-batas kemanusiaan. Antaranya, merompak dan hilang dan hidup senang lenang dengan hasil rompakan tersebut. Namun bak kata pemburu manusia Jumper ini, semuanya pasti ada consequences. Muncul pula golongan pemburu, yang bukan sahaja tau kewujudan mereka malah mengerti benar kelemahan mereka untuk memusnahkan mereka. Aksi yang hebat tapi plot yang lemah.

SKOR: 6/10

5 comments:

mahhass said...

Yep, memang absurd, bodoh dan tak masuk dek akal tapi ia 'seronok' dan senang, edgy, dan bagi aku, filem ini mencapai objektif keseronokan itu. Jangan pulak ada yg tertanya2 ada ke manusia luarbiasa macam tu? ahahaha

mutakalim said...

best cerita ni.. walaupun banyak benda yg tak logik. patutnya kalau hero tu ada kuasa seperti itu, dia patut duduk kat tengah hutan, bukannya kat hotel hingga memudahkan orang trace dia... entah lah..

Abdul Rahman said...

salam perkenalan abg ben, sorry la ni xde kene mengena dgn posting abg ni. cerita ni pon blum tgk lg.

pasal dvd mallrats tu mmg sy tgh mencari kt sini. mmg nak cari yg ori. hmm, klu nak tolong belikan kt sana rasanya mcm ok juga klu x menyusahkan. tapi sy x pasti plak cmna kos penghantarannya. haha. ape2 pon, sy try cari kt sini dulu. nnti klu jalan dh buntu, insyaallah sy btau abg ben.

[S]itie [B]Um [B]Um said...

best citer ni..

eddeved said...

errrr...ada manusia macam ni, dalam Quran pun ada sebut pasal manusia special macam nih...surah An Naml, cerita macam mana seorang manusia boleh alihkan mahligai dalam sekelip mata...omputih dah kaji banyak dah pasal fizik, macam superstring theory, multivere, omniverse...kita sebagai orang beriman patut percaya kepada benda ghaib sebab nampaknya omputih lagi percaya benda-benda yang kita kata tak logik (memang tak logik pun) nih...