Wednesday, April 16, 2008

Half Nelson (2006)

Filem yang menominate Ryan Gosling sebagai aktor terbaik untuk filem Academy Awards namun tumpas kepada Forest Whitaker (The Last King Of Scotland). Makcik-makcik pasti sukakan beliau sebab mukanya yang babyface hahaha... Anyway, Ryan memegang watak seorang cikgu sekolah bernama Dan dan mengajar subjek Sejarah. Cara beliau mengajar sangat disukai oleh pelajarnya kerana cara yang lain dari biasa sikit; banyak mengarahkan pelajarnya memakai otak instead of being spoon-fed. Walaupun begitu baik di dalam sekolah, tidak begitu diluarnya. Beliau mempunyai inner-demon sendiri yang diterapikan dengan penyalahgunaan dadah. Ia menjadi rahsia beliau sehingga pada suatu ketika beliau teroverdose didalam tandas sekolah yang kemudiannya disaksikan oleh pelajar di dalam kelasnya, Drey (Shareeka Epps). Maka berlakulah hubungan rapat antara cikgu dan anak murid. Cikgu yang merasa bertanggungjawab atas apa yang dilihat oleh anak muridnya, dan anak murid yang confuse kenapa cikgunya boleh jadi begitu. Sebuah drama yang mengajar kita tentang "one mistake does not make a man."

SKOR: 7/10

No comments: