Saturday, June 7, 2008

Chinatown (1974)

Filem Chinatown, gandingan beberapa nama besar di Hollywood, merupakan salah satu filem yang boleh dikatakan antara terbaik dan diingati di era 70-an. Ianya merupakan filem terakhir Roman Polanski di Amerika (dan pertama sejak pembunuhan isterinya Sharon Tate), dibintangi oleh Jack Nicholson sebagai seorang detektif bebas Jake Gittes dan aktres Faye Dunaway yang memegang watak sebagai Evelyn Cross Mulwray.

Cerita dimulakan apabila Jake Gittes didatangi oleh seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Evelyn Cross Mulwray yang meminta Jake untuk mengenai hubungan sulit suaminya dengan seorang perempuan yang lain. Selepas Jake Gittes dapat menjejaki dan berjaya menagkap gambar suami Evelyn, bersama dengan seorang perempuan yang lain dan menyiarkan gambar tersebut di dalam surat khabar. Apa yang mengejutkan selepas itu, Jake mendapat wanita yang mengupahnya untuk menyiasat mengenai Mr. Mulwray bukanlah isterinya. Kemudian, lebih mengejutkat lagi ialah selang beberapa kemudian Mr. Mulwray ditemui mati di salah sebuah empangan. Jake kemudian didatangi oleh Evelyn Mulwray yang sebenar yang mengupah Jake untuk menyiasat mengenai kematian suaminya. Kemudian bermulalah siri penyiasat Jake Gittes yang tidak menyedari bahawa betapa ‘dalam’ nya kes tersebut dan bakal memberi kesan terhadap hidupnya sendiri. Ianya membabitkan salah seorang konglomerat besar yang mengawal syarikat pembekalan air yang mempunyai hubungan secara langsung dengan Mulwray dan isterinya. Kemudian penonton dibawa dengan lebih dalam apabila mengetahui identiti sebenar perempuan yang kononnya menjalinkan hubungan sulit dengan Mr Mulwray. Plot yang boleh dikatakan agak perlahan namun mampu membuatkan penonton terus ingin mengetahui apakah yang terjadi akhirnya. Penamat cerita ini agak ‘dark’ dan mengejut dan penulis merasakan antara yang terbaik dalam genre penyiasatan/drama. Tidak keterlaluan ingin dinyatakan lagi sekali bahawa filem ini wajib ditonton oleh mereka yang menggemari genre seperti ini.

Skor 9/10
Pengulas: lati0s

No comments: