Thursday, April 3, 2008

Bug (2006)

Penarik utama aku mahu menonton filem ini adalah semata-mata kerana pengarahnya, William Friedkin. Pada yang tak tahu, beliau adalah pengarah filem paling seram, The Exorcist. Ternyata, filem Bug ini mempunyai touching beliau terutamanya, slow pace movie. Seperti filem The Exorcist, part yang betul-betul seram hanya berlaku setelah sejam masa berlalu. Cuma dalam filem ini, the real story starts dalam 20 minit terakhir. Itu pun terlampau slow. Dan sad to say, tak berapa seram pun. Eh, ini bukan filem seram rupanya tetapi kisah seorang mania yang menyangka beliau menjadi eksperimen kerajaan US. Dalam masa yang sama beliau membawa teman wanitanya sama menjadi mania. Ingat tragedi Guyana, Rev. Jones? Begitulah kekuatan mental seseorang boleh membawa orang lain menghancurkan diri sendiri. Rasanya itulah motif filem ini.

SKOR: 6/10


No comments: