Wednesday, October 22, 2008

Rendition (2007)

Natijah dari tragedi 9/11 ialah Amerika mengetatkan sistem keselamatan di dalam negara mereka. Antara lain, membuat undang-undang seperti ISA di Malaysia; tahanan tanpa bicara. Semata-mata atas maklumat perisikan yang apabila diimplement tangkapan itu, bermakna maklumat itu 100% betul, seperti maklumat yang divine. Kita dibawa kepada sebuah keluarga bahagia yang mana si suami seorang Muslim dari Mesir. Ketika pulang dari sebuah konferens di Afrika Selatan, beliau telah ditahan oleh perisikan Amerika kerana 'terlibat' dengan pengeboman berani mati di Mesir. Segala maklumat perjalanan beliau ke Afrika Selatan dipadamkan menyebabkan keluarganya panik dan keliru dengan kehilangan beliau. Objek filem ini mudah; menyorot kepada sistem tangkap tanpa bicara dan kenapa ia dianggap sebagai paling efektif. Namun itu adalah subjektif, terpulang kepada siapa yang berkuasa dan siapa yang menjadi mangsa.

SKOR: 7/10

No comments: