Tuesday, August 30, 2011

Mongol: The Rise of Genghis Khan (2007)


http://www.imdb.com/title/tt0416044/

Rekemended!

SKOR: 8/10

Schultze Gets the Blues (2003)


http://www.imdb.com/title/tt0388395/

Artistik dan memerlukan ketahanan mental untuk mengharungi filosofi tersirat di belakang filem ini.

SKOR: 6/10

The Fog of War: Eleven Lessons from the Life of Robert S. McNamara (2003)


http://www.imdb.com/title/tt0317910/

Dokumentari yang menang Academy 2004. Mungkin agak membosankan jika kita tak kenal siapa beliau ni.

SKOR: 6/10

(500) Days of Summer (2009)


http://www.imdb.com/title/tt1022603/

Sekali sekala tengok filem jiwang yang not happy ending pun best jugak kan? Ni memang best, rasa diracik-racik hatiku hahah. Soundtrack filem memang BEST!


SKOR: 8/10

Saturday, August 27, 2011

Up and Down (2004)


http://www.imdb.com/title/tt0401488/

Filem Czech yang bermain dengan beberapa perasaan. Nak gelak ada, sedih ada, tepuk dahi ada. Kehidupan manusia marhaen.

SKOR: 7/10

Thursday, August 25, 2011

Paris, Je T'Aime (2006)


http://www.imdb.com/title/tt0401711/

16 shorts dalam masa 2 jam. Antara filem romantik paling best! Sangatlah rekomended!

SKOR: 9/10

Tuesday, August 23, 2011

Cadillac Records (2008)


http://www.imdb.com/title/tt1042877/

Muddy Waters, Rolling Stones... semua lagenda ini bermula dengan Chess Records. Filem sejarah muzik yang best.

SKOR: 8/10

W. (2008)


http://www.imdb.com/title/tt1175491/

Oliver Stone punya movie memang menggerakkan minda. In the end, rasa kesian kat Bush, Jr ni dan rakyat Amerika.

SKOR: 7/10

Sunday, August 21, 2011

The Conspirator (2010)


http://www.imdb.com/title/tt0968264/

Untuk movie buff yang juga historical buff dan juga courtroom drama buff, ini adalah filem untuk anda. Sangat baik jalan ceritanya juga aliran skrip. McAvoy pun sangat berkesan lakonannya.

SKOR: 8/10

Saturday, August 20, 2011

Employee of the Month (2004)


http://www.imdb.com/title/tt0362590/

Bukan versi 2006 lakonan Dan Cook yang boring tu. Ini lebih menarik. Cuba menuruti stail Coen Brothers tetapi gagal dalam olahan skrip yang longgar. Tetapi OK juga kalau minat twist pada ending.

SKOR: 7/10

Friday, August 19, 2011

From Hell (2001)


http://www.imdb.com/title/tt0120681/

Johnny Depp dengan watak yang menarik. Kisah Jack The Ripper dengan twist yang tak kurang menarik juga. Adaptasi dari graphic novel juga.

SKOR: 7/10

UHF (1989)


http://www.imdb.com/title/tt0098546/

Mungkin sebab Weird Al dapat berlakon filem ialah ketika ini album beliau agak meletup? Of course, nak mengenakan filem dengan muzik beliau, maka jadilah komedi slapstik. Siapa larat, boleh la layan.

SKOR: 5/10

Priest (2011)

http://www.imdb.com/title/tt0822847/

Adaptasi dari graphic novel yang "boleh la..." Plotnya seperti filem rebel kepada sistem fascist cuma ditukar kerajaan kepada gereja. Aksi pun tak seberapa. Vampire tak best langsung.

SKOR:6/10

Thursday, August 18, 2011

Your Highness (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1240982/

Pelakon komedi (Danny McBride) yang tak berapa lawak tapi cerita dah OK lawak. So tak berapa belen. Kalau takde komedi lain, boleh la layan. Tapi Natalie Portman tetap lawa.

SKOR: 6/10

The Love Guru (2008)


http://www.imdb.com/title/tt0811138/

"What is it you can't face?" hahaha... slapstick tapi acuan Mike Myers yang rule! I like!

SKOR: 8/10

Tuesday, August 16, 2011

Fragments (2008)

http://www.imdb.com/title/tt0948547/

Filem yang powerful. Character and emotional driven plot. Aku memang tenggelam dalam plot cerita ni. Superb.

SKOR: 8/10

Stone (2010)


http://www.imdb.com/title/tt1423995/

Edward Norton dan DeNiro. Apa lagi nak? Cuma kena sabar plot yang slow.

SKOR: 7/10

Sunday, August 14, 2011

Notting Hill (1999)


http://www.imdb.com/title/tt0125439/

Ahhh... sedang berjauhan dengan isteri memang boleh menangis tengok filem romance macam ni. Terbayang-bayang akan si dia. Julia Roberts memang superb!

SKOR: 8/10

Daredevil (2003)


http://www.imdb.com/title/tt0287978/

Ah ralat punya jalan cerita. Simple sangat. Tapi superhero dah best dah. Mungkin niat buat emosional macam Batman tetapi tak menjadi.

SKOR: 5/10

Die Another Day (2002)

http://www.imdb.com/title/tt0246460/

Pierce Brosnan sebagai Bond nampak macam tak kena. Mungkin juga kena kerana mengharapkan gaya romantik beliau tapi... masih tak kena. Mungkin pelakon Bond paling tak best. Aksi melampau dalam filem ni memang mengejutkan ( insulting).

SKOR: 6/10

Die Hard (1988)



http://www.imdb.com/title/tt0095016/

Blueprint filem aksi moden. Hero yang tak semena-mena, serangan teroris dan letupan di bangunan tinggi. Bruce Willis memang kena sangat dalam filem ni.

SKOR: 9/10

Reservoir Dogs (1992)




http://www.imdb.com/title/tt0105236/

Filem yang melonjakkan Quentin Tarantino. Status kult dah filem ini. Setting yang mudah tetapi dengan dialog yang besto.

SKOR: 8/10


V for Vendetta (2006)


http://www.imdb.com/title/tt0434409/

Sangat berfalsafah tetapi tidak meninggalkan elemen Hollywood. Jika franchise Batman gagal, ini adalah gantiannya.

SKOR: 9/10

Wanted (2008)


http://www.imdb.com/title/tt0493464/

Filem aksi yang menarik. Hampir menyerupai superhero movie. Imaginasi alternatif tentang turunnya wahyu kepada manusia (yang batil).

SKOR: 7/10

Rango (2011)


Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1192628/

Johnny Depp memang hebat. Boleh kata semua watak dah berlakon mungkin animasi ialah the last frontier. Beliau membawakannya dengan baik sekali. Filem koboi dengan watak binatang padang pasir. Genius!

SKOR: 9/10

Flash of Genius (2008)


Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1054588/

Lone ranger vs gergasi korporat memang suatu pertempuran yang epik. Walaupun takde darah yang mengalir, kepala putus tetapi semangat lone ranger memberikan inspirasi.

SKOR: 8/10

Intact (2001)


Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt0220580/

Untuk mereka yang suka tengok filem dengan jalan cerita yang susah nak faham. Banyak persoalan tak terjawab. Tapi idea filem ni boleh tahan.

SKOR: 7/10

Paul (2011)


Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1092026/

Ada yang tak berapa kena dengan lakonan Paul. Mungkin voice-over Seth Rogen tak sesuai. Dan, Simon Pegg macam kureng sikit dalam filem ni.

SKOR: 7/10

Thursday, August 11, 2011

Limitless (2011)


Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1219289/

Alangkah bagusnya kalau pil ini wujud (tanpa side effects). Tapi, tak bagus juga. Bayangkan semua orang jadi genius. Apa akan jadi pada dunia ni?

SKOR: 8/10

Extract (2009)


Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1225822/

Siapa peminat Jason Bateman? Saya! Lakonan selamba dan naif beliau menyebabkan kita tergelak. Salah seorang pelakon komedi yang tak nampak macam comedian.

SKOR: 8/10

A Prophet (2009)


Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1235166/

French film at its best. Camana orang Arab (yang ganas) berinteraksi dengan suasana di France. Rekomended!

SKOR: 8/10

Wednesday, August 10, 2011

Winter's Bone (2010)

Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1399683/

Drama berat redneck. Lakonan hebat. Gloomy dan atmospheric. Tapi bukan untuk semua terutama yang mahukan aksi/suspen.


SKOR: 7/10

Monday, August 8, 2011

Source Code (2011)

Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt0945513/

Sementara filem quantum physics dan alternate reality ini meletup tak tentu hala, ini adalah filem yang patut menjadi rujukan. Ada perasaan deja-vu seperti ini pernah ditonton sebelum ini tetapi tidak mengapa kerana ada keseronokan di dalam mengangankan realiti alternatif ini pada diri sendiri.

SKOR: 8/10

Four Lions (2010)


Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1341167/

Jangan terpedaya dengan suasana filem ini yang nampak murah pada 10 minit pertama. Sabar dan beri perhatian kepada dialognya. Dialognya kalau difahami membuatkan kita gelak mengekek. Menggunakan subjek yang agak sensitif tetapi diolah dengan baik sekali.

SKOR:9/10

3 Idiots (2009)


Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1187043/

Filem Bollywood sudah masuk ke Hollywood dengan merit. Tontoni filem ini dan kita akan dapat tangkap kenapa. Jalan cerita yang menarik dan lakonan yang superb. Ini semua dengan mengekalkan elemen Bollywood tanpa tolak ansur (tarian, nyanyian dan durasi filem lebih 2 jam).

SKOR: 9/10

Insidious (2011)

Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1591095/

Filem seram yang berkenaan dengan kerasukan (The Exorcist) dan gangguan supernatural (poltergeist) memang selalu menyeramkan jika dibuat dengan baik. Insidious menggabungkan kedua-duanya. Cerdiknya, ketika dipertengahan jalan cerita kita disogokkan dengan elemen humor (yang tersirat). Hampir serius tetapi mungkin tidak.

SKOR:8/10