Thursday, April 3, 2008

Fracture (2007)

Anthony Hopkins mengulangi persembahan terbaik beliau seperti di dalam filem The Silence Of The Lamb (TSOTL). Karektor yang sama; manusia cerdik tetapi kejam. Anthony Hopkins melakonkan watak Ted Crawford, seorang kaya pandai yang mengetahui bahawa isterinya berlaku curang. Beliau merancang satu pembunuhan yang pada mulanya beliau mengaku bersalah tetapi mengubah pendirian tatkala berada di dalam mahkamah. Willy Beachum (Ryan Gosling) merupakan pendakwa yang menyangka beliau akan menang mudah, sehinggalah berlakunya perubahan tersebut di dalam mahkamah. Sekarang Willy terperangkap dan nampak gaya Ted akan bebas dari tuduhan. Sesuatu perlu dilakukan oleh Willy, hook or by crook? Filem yang sangat menarik walaupun yang klasik tetaplah TSOTL.

SKOR: 8/10


No comments: