Wednesday, May 28, 2008

Mr. Brooks (2007)

Siapa sangka, seorang jutawan dan dermawan juga adalah seorang pembunuh bersiri? Itulah dilemma En Brooks (Kevin Costner) kita ni. Tapi dia membunuh bukan nak glamer ke apa, cuma ketagih. Gian. Malangnya sekali dia bunuh tu, En. Smith (Dane Cook) sudah nampak. En. Smith ni pun satu hal gak. Dia ugut En Brooks dengan cara pelik, "Aku akan senyap dengan syarat ko bawak aku pi tengok ko bunuh orang". Dua-dua psycho. At the same time, Detektif Atwood (Demi Moore) agak cerdik dan hampir berjaya mengenalpasti pembunuh siri misteri ini. Namun, perjalanan tenang En. Brooks sebagai pembunuh berjaya menjadi kelam kabut apabila didapati bahawa anak perempuannya juga telah membunuh seorang kawannya di sekolah. Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Pening pening... so camana agaknya En. Brooks nak mensetelkan En. Smith si pengugut, Detekrif Atwood si penyiasat dan anak daranya si pembunuh?

SKOR: 7/10

No comments: