Blog ini adalah blog ulasan rasmi untuk group facebook "MOVIE ADDICT" (https://www.facebook.com/groups/movvie.addict/). Dalam bahasa rojak, mahupun bahasa standard.
Wednesday, May 28, 2008
American Gangster (2007)
Berdasarkan kisah benar suatu ketika dahulu tatkala organized crime rules the USA (sekarang tak ke?). Mengisahkan naik-jatuh kehidupan seorang gangster kulit hitam Frank Lucas (Denzel Washington) daripada seorang balaci kepada ketua gangster yang digeruni. Sukses beliau yang utama ialah kerana beliau seorang yang low-profile dan mendapatkan bekalan dadah direct dari sourcenya. Namun kegemilangan beliau tidak lama apabila organisasi beliau menjadi target organisasi gangster yang lain; tak lupa juga, pihak polis. Walaupun majoriti polis disponsor oleh organized crime sendiri tetapi masih ada yang ikhlas; seperti Detektif Ritchie Roberts; yang diselek secara peribadi oleh autoriti USA untuk membenteras kegiatan dadah yang dilihat sebagai musuh negara no 1 ketika itu.
Gaya arahan Ridley Scott amat berkesan sekali dengan karektor building terhadap dua watak utama filem ini. Teringat cerita Heat (Pacino/DeNiro) yang amatlah bestnya. Adegan brutal pun boleh tahan.
No comments:
Post a Comment