Showing posts with label dokumentari. Show all posts
Showing posts with label dokumentari. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

Catfish (2010)


http://www.imdb.com/title/tt1584016/

Saya menonton Catfish: The TV Show terlebih dahulu sebelum menonton filemnya, Catfish, Sebuah dokumentari sebenar (kalau tidak benar pun, ia sangat meyakinkan) tentang penipuan personaliti di media sosial.

Filem dengan TV Series berbeza format sebab Nev (the victim) yang jadi hos. TV Series agak menarik bila kita dapat tengok macam macam jenis cerita tapi nampak tak real (because it TV. We need a permission to even broadcast a face of the catfisher).

Personally saya rasa filem ini sebuah dokumentari yang sangat berjaya membawa kita sekali untuk bersama sama merungkai misteri yang ada. Walaupun kita dah tahu ending dia by just reading the title of the movie, tapi still. What a ride.

Technically, filem ni nampak sangat raw. Its like watching a home video somehow. I love the way diorang tak guna screen capture dekat laptop but instead just point camera dekat laptop. Music selection pun kena dengan situasi.

Mungkin filem ni seronok ditonton sebab personaliti Nev tu sendiri yang cool hadap satu satu situasi. Plus the whole facebook family is really.... strange and too "dramatic" to be true.

SKOR: 8/10

Ashraff Mokhtar

Monday, February 13, 2012

The Weight of Chains (2010)



http://www.imdb.com/title/tt1789083/

Pembuka mata konflik yang melanda bekas negara Yugoslavia ini. Apakah kaitan konflik negara Serbia, Croatia dan Bosnia. Dan siapa dalangnya.


SKOR: 9/10

God Bless Ozzy Osbourne (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1785389/

Apsal la bab Jake E Lee pasti takde? Apa tak penting ke beliau? Kesian orang tua ni.

SKOR: 7/10

Enron: The Smartest Guys in the Room (2005)

http://www.imdb.com/title/tt1016268/

Capitalist sucks!!!

SKOR: 9/10

Thursday, January 26, 2012

Monday, January 23, 2012

Zeitgeist (2007)

http://www.imdb.com/title/tt1166827/

Apa kaitan Kristianiti dengan War on Terror? Kena tengok dan pikir.


SKOR: 8/10

Sunday, January 22, 2012

Sunday, November 20, 2011

Cane Toads: The Conquest (2010)


http://www.imdb.com/title/tt1568924/

Baru saya faham kenapa Australia begitu ketat tentang bawa serangga dan binatang masuk ke negaranya. Binatang yang hodoh ini sebenarnya mengganggu makhluk lain di Australia.

SKOR: 8/10

Tuesday, August 30, 2011

The Fog of War: Eleven Lessons from the Life of Robert S. McNamara (2003)


http://www.imdb.com/title/tt0317910/

Dokumentari yang menang Academy 2004. Mungkin agak membosankan jika kita tak kenal siapa beliau ni.

SKOR: 6/10

Tuesday, June 28, 2011

It Might Get Loud (2008)

Rujukan: http://www.imdb.com/title/tt1229360/

Banyak-banyak dokumentari muzik, tidak ada satu pun yang berkata tentang gitar melalui perspektif seorang gitaris. Bukan teknikal tetapi lebih kepada isi hati dan penjiwaan. Memaparkan tiga gitaris tersohor (The Edge U2, Jimmy Page LED ZEPPELIN dan Jack White WHITE STRIPES) yang berbeza cara permainan tetapi mempunyai satu tujuan - mendalami gitar sepertimana dikehendaki oleh gitar tersebut.

SKOR: 8/10

Saturday, May 23, 2009

Taxi to the Dark Side (2007)

Gambaran menarik mengenai sistem "keadilan" yang dipromosi oleh USA terhadap tahanan yang disyaki sebagai terrorist. Ia menggambarkan bagaimana USA yang dianggap sebagai negara liberal yang menjunjung hak-hak manusia kembali ke zaman kegelapan dimana yang disyaki tidak lagi diadili tetapi dipaksa untuk mengaku bersalah (lihat zaman memburu ahli sihir beberapa kurun yang lampau).

Oscarr-nominated director Alex Gibney (Enron: The Smartest Guys in the Room) investigates the torture and killing of an innocent Afghani taxi driver in this gripping probe into reckless abuses of government power. Disturbing and incisive, the Academy Awardr-winner Taxi To The Dark Side incorporates rare and never-before-seen images from inside the Bagram Air Force Base in Afghanistan and Abu Ghraib and Guantanamo Bay prisons into its exposure of the Bush administration's "global war on terror." This stunningly crafted narrative demonstrates how this one man's life and death symbolizes the erosion of our civil rights and how what it means to be an American has changed forever.

SKOR: 9/10

Thursday, May 14, 2009

Who Killed the Electric Car? (2006)

Dokumentari menarik. Kalau tak kerana konspirasi berkaitan minyak, kita dah tak payah risau bab kebersihan udara. Tetapi duit punya pasal, kereta elektrik 'dibunuh'! Kena tengok untuk mengetahui kelebihan kereta elektrik.

In 1996, electric cars began to appear on roads all over California. They were quiet and fast, produced no exhaust and ran without gasoline...........Ten years later, these cars were destroyed.

A lack of consumer confidence... or conspiracy?


SKOR: 9/10


Monday, March 26, 2007

Metallica: Some Kind of Monster (2004)

Apakah yang membuatkan seseorang itu, atau dalam kes ini, satu band ini menjadi raksasa? Adakah jualan keseluruhan album yang mencecah 85 juta unit seluruh dunia, ataupun ego yang melebihi segala ego yang ada? Kedua-duanya adalah jawaban yang betul dan ianya terjawab dengan DVD ini.

METALLICA, satu nama yang sudah memasuki semua lingkup ruang yang ada. Tiada tempat yang bebas dari nama ini. Baik yang tua maupun yang muda. Baik yang peminat setia, pembenci setia ataupun yang menyalah labelkan mereka sebagai pengasas muzik Black Metal. Semua kenal akan nama ini.

Persoalannya, sejauh manakah perkenalan itu?

DVD ini seolah-olah merangkap segala persoalan tentang band rock terbesar di dunia ini. Hubungan persahabatan bermula sejak album Kill Em All dengan persembahan kecil di pub-pub hinggalah melewati arena yang terbesar di dunia, etika sebagai satu band rock n roll, harapan golongan korporat untuk album batu yang bakal terjual sejumlah jutaan unit, krisis dalaman yang menghantui individu berkenaan dan, pelbagai lagi jenis persoalan (perkenalan); hampir terjawab dengan DVD ini.

Ini adalah dokumentari yang berkisar tentang pembikinan album St Anger yang samada percaya atau tidak mengambil masa hampir dua tahun untuk siap. Begitulah juga proses rakaman dokumentari ini mengambil masa yang sama. Dari permulaan studio yang dipilih di bangunan tentera, kemudian berpindah ke lokasi lain akibat vibe yang tidak selari dengan nafas Metallica, kita dibawa bersama untuk menikmati, hari-hari yang berlalu bersama mereka.

Produser dan orang tengah (seorang pakar motivasi, yang dilantik oleh label) menjadi ‘integral part’ di dalam Metallica. Walaupun ianya sebagai pelakon tambahan tetapi kemunculan mereka begitu penting sekali demi untuk siapnya album St Anger. Produser, Bob Rock juga meletakkan line bassnya dalam album ini sementara ‘pakar motivasi’ bertindak sebagai penyejuk bicara, juru runding dan tukang pujuk jika berlakunya perbalahan antara Lars dan Hetfield.

Hubungan persahabatan kadang-kadang boleh menjadi begitu ‘superficial’ seolah-seolah mereka tidak kenal-mengenal sesame sendiri walaupun berada di dalam sebuah band yang sama melebih 20 tahun akibat dari satu fitrah manusia, iaitu ego. Ego ini hampir memusnahkan band ini dan bagaimana ianya boleh menyebabkan kerosakan yang sebegitu besar, dapat dianalisis melalui DVD ini.

Manakan tidak, apabila menawarkan jawatan bassist sebagai pengganti Jason Newsted kepada Robert Trujillo, mereka meletakkan harga US$1 juta dengan selamba. Jika wang ringgit sudah tidak menjadi masalah lagi kepada mereka, bolehlah kita agak-agak ego mereka sebesar mana.

Namun di sebalik itu, masih kelihatan semangat yang mendalam dalam diri mereka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka kepada label yang mereka telah letakkan janji dan juga kepada peminat yang setia menunggu. Album St Anger, yang penuh dengan suka duka, termasuklah kehilangan hampir setahun Hetfield di dalam pusat pemulihan akhirnya terjual juga. Bolehlah dikatakan bahawa intipati album St Anger ini adalah kronologi kepada dua tahun pembikinannya dengan bayangan lebih dari 20 tahun evolusi band ini.

Konflik, suka duka, ego dan satu pencapaian adalah antara elemen yang boleh disimpulkan dalam DVD ini yang merungkai apa itu sebenarnya METALLICA!
SKOR : 9/10
Pengulas : Bentara