Siapa tak kenal Coen Brothers, tak payah bicara tentang filem. Nasib baik aku tau hehehe... Ini adalah filem ultimate adik beradik ni yang akhirnya memenangi 4 anugerah Academy Awards termasuk Best Picture. Jadi, filem ini adalah mustahak!
Llewelyn Moss (Josh Brolin) adalah seorang mamat biasa di Texas yang berada di dalam tempat dan masa yang salah. Semasa beliau pergi memburu di tengah padang separa pasir di Texas, beliau terjumpa sekelompok manusia yang mati tatkala melakukan urus niaga dadah. Masalahnya beliau mengambil duit dadah yang terdampar di situ yang berjumlah 2 juta US dollar. Akibat dari itu, beliau telah diburu oleh pembunuh ganas, Anton Chigurh (Javier Bardem) yang bukan saja membunuh atas upah tetapi juga membunuh atas dasar prinsip. Memang ganas Anton ni. Langsung Anton mengecohkan town kecil tersebut dengan pembunuhan ngeri tanpe belas yang memeningkan Sherif Ed Tom Bell (Tommy Lee Jones).
Yang pasti, hidup Llewelyn is not the same anymore. Pembunuh yang menjejaki beliau sekarang bukan mahukan dia mati atas dasar upah tetapi atas dasar prinsip. It's you or me, one must die. Gitu la kiranya.
Gaya filem Coen Brothers ni memang unik. Nak cerita pun tak tau. Nak experience, kena tengok sendiri. Aku pasti, lepas ni pastinya korang akan cari filem-filem lain arahan adik beradik ni. Aku rekemen Miller's Crossing dan Fargo.
Anton Chigurh: What's the most you ever lost on a coin toss.
Gas Station Proprietor: Sir?
Anton Chigurh: The most. You ever lost. On a coin toss.
(scene berdebar-debar)
SKOR: 9/10
No comments:
Post a Comment