Sunday, April 6, 2008

Blades of Glory (2007)

Dua jaguh sirkit ice skater dunia; Jimmy (Jon Heder) dan Chazz (Will Ferrell) telah diharamkan untuk bertanding selama-lamanya disebabkan insiden pergaduhan mereka semasa bertarung di peringkat antarabangsa. Disebabkan oleh itu mereka menjadi manusia biasa yang mencari rezeki dengan odd-job. Apabila peminat fanatik Jimmy memberitahu bahawa pengharaman tersebut hanya untuk persembahan solo dan bukan persembahan duet, Jimmy cuba mencari pasangan sesuai - tanpa menyangka - Chazz adalah calonnya. Kini, harapan mereka bergantung kepada bagaiman mereka perlu melupakan perselisihan silam dan dibantu skil mereka oleh jurulatih, yang mempunyai senjata rahsia dalam bentuk aksi "Iron Lotus" untuk meletakkan mereka kembali sebagai jaguh dunia - cumanya, inilah pasangan lelaki pertama dalam kategori duet yang 'biasanya' adalah duet lelaki-wanita. Jon Heder melakonkan watak "nerd" beliau yang biasa sedangkan Will Ferrel juga melakonkan watak "outrageous" beliau yang biasa. Namun, lawak yang disajikan boleh tahan juga.

SKOR: 6/10

No comments: