Thursday, April 10, 2008

Intolerable Cruelty (2003)

Coen brothers mempunyai trademark tersendiri apabila mereka bikin filem. Antara yang aku perasan ialah soundtrack 'country' mereka dan juga keperluan mereka terhadap twist di dalam filem. Miles (Clooney) ialah seorang peguam penceraian yang berjaya dan majoriti kes beliau telah menyelesaikan masalah pembahagian harta isteri-suami dengan signifikan buruk kepada yang didakwa; bankrupsi. Apabila suami Marilyn (Jones) enter frame untuk menyelesaikan masalah penceraian beliau, Miles tercabar akan kecantikan Marilyn. Nyata, Marilyn mengahwini orang kaya semata-mata ingin bercerai supaya beliau mendapat bahagian yang besar dan bebas selepas itu. Makin lama Miles terpesona walaupun beliau tahu, hubungan dengan Marilyn boleh menyebabkan beliau juga papa kedana. Persoalannya, siapa yang akan menang? Miles atau Marilyn? Sebuah komedi romantika yang cuba mengatakan bahawa sampai mana kemewahan itu memuaskan seseorang. Atau cukupkah dengan apa yang ada.

SKOR: 7/10


No comments: