Sunday, March 30, 2008

Plane Dead (2007)

Kita memang tidak sunyi dengan filem berbentuk zombie. Namun semuanya (kecuali beberapa filem) menggunakan situasi yang sama, iaitu manusia yang dijangkiti virus yang kemudiannya menyerang manusia yang terperangkap; samada di dalam kampung, bandar dan sebagainya. Yang belum ada mungkin, di dalam kapalterbang yang sedang terbang 30,000 kaki dari paras bumi. Inilah sedikit kelainan yang ada. Namun logiknya banyak yang tidak. Antara lain, zombie yang seolah-olah boleh berfikir dengan situasi aci nyorok. Sudah kalau jalan ceritanya diteruskan dengan zombie yang menyerang semberono akan menyebabkan filem ini berakhir dalam masa 15 minit saja. Tetapi disebabkan zombie yang boleh 'berfikir' filem ini boleh ditarik hingga ke 90 minit. Seperti biasa, kita disajikan dengan darah, otak bersepai, tangan putus dan pelbagai jenis kematian yang kreatif.

SKOR: 5/10

No comments: