Saturday, June 7, 2008

Charlie Wilson's War (2007)

Sebuah filem yang berdasarkan kisah benar yang berlaku sekitar era penghujung perang dingin. Charlie Wilson (Tom Hanks), seorang ahli kongres Democratic di Texas yang satu hari terlihat sedutan melalui satu laporan wartawan di tv yang menunjukkan peperangan dan kesusahan dari segi kelengkapan senjata yang dialami oleh para pejuang mujahidin di Afghanistan yang menentang pihak Soviet ketika itu. Menyedari bahawa bantuan yang diberikan oleh Amerika kepada para pejuang ini amatlah sedikit, dengan menggunakan kuasanya sebagai ahli kongres, beliau mencadangkan bahawa bantuan sebanyak USD 5 juta yang sedia ada dinaikkan kepada USD10 juta. Di sebuah majlis keramaian yang dianjurkan oleh salah seorang rakan kepada Charlie, Joanne Herring (Julia Roberts), ketika mereka berdua membincangkan masalah ini, Joanne mencadangkan supaya Charlie pergi berjumpa dengan Presiden Pakistan Zia-Ul Haq (Om Puri) ketika itu untuk menanyakan secara terus apakah masalah yang masih lagi dihadapi oleh para pejuang Afghanistan walaupun bajet “covert operation” telah digandakan. Ketika berada di Pakistan, Charlie melakukan lawatan ke kem pelarian sempadan Pakistan-Afghanistan dan menyaksikan sendiri penderitaan mereka yang melarikan diri dari Afghanistan. Tersentuh dengan perkara tersebut, Charlie pulang ke Amerika dan berazam untuk menaikkan lagi bajet bantuan kewangan kepada tentera mujahidin di Afghan. Ketika dalam usaha itulah dia bertemu dengan agen CIA , Gust Avrakotos (Phillip Seymour-Hoffman), seorang yang bermulut lancang dan tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh orang lain. Gandingan mereka bedua telah mendatangkan hasil di mana akhirnya bantuan yang bermula dari USD 5 juta akhirnya telah melonjak sehingga mencecah USD 1 billion. Akhirnya, hasil daripada bantuan yang diberikan akhirnya turut sama membantu scara tidak langsung gerakan anti-komunisme di seluruh dunia yang akhirnya perlahan-lahan membawa kepada kejatuhan Soviet Union dan secara langsung menamatkan Perang Dingin. Di babak-babak terakhir filem ini, dapat disaksikan bahawa setelah membantu Afghan menentang Soviet, Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja negara tersebut di dalam kekecohan era pasca-perang. Di babak terakhir, ketika Charlie Wilson diraikan kerana taktiknya yang membawa kepada kejatuhan Soviet, walaupun gembira dengan keadaan tersebut, berasa kurang senang dengan sikap Amerika Syarikat yang tidak mahu campur tangan lagi dengan Afghanistan dan risau mengenai masa depan dan akibat dari tindakan tersebut.

Kepada mereka yang gemarkan cerita-cerita yang membabitkan konspirasi dan kisah-kisah perangai “busuk” US, filem ini amatlah disarankan untuk menonton filem ini. Gandingan Tom Hanks, Philip Seymour-Hoffman dan Julia Roberts pasti tidak akan mengecewakan anda.

Skor : 8/10
Pengulas: lati0s

Skor: 7/10 (Bentara)


No comments: