Wednesday, June 4, 2008

Crank (2006)


Filem aksi yang tidak memberi peluang kepada watak utamanya Chev Chelios (John Stathan) untuk berehat sepanjang filem ini. Filem ini bermula dengan Chev yang bangun dan mendapatinya sesuatu yang tidak kena dengan badannya. Kemudian dalam keadaan terhoyong-hayang dia terjumpa sekeping DVD bertajuk "f**k You" dan mendapati bahawa musuhnya Verona, telah menyuntik sejenis dadah yang dipanggil "Beijing Cocktail" yang mampu membunuh Chev dalam masa sejam. Apabila mengetahui keadaan tersebut, Chev bergegas lari keluar dari apartment dan masih tidak tahu apa yang perlu dibuatnya. Lalu dia cuba menghubungi Dr Miles, salah seorang kawannya untuk bertanyakan apa yang harus dibuatnya namun gagal. Dalam kekalutan dan kepeningan, dia sampai ke tempat dia mendapatkan bekalan kokain dan menyerang rakannya sendiri untuk memastikan adrenalin sentiasa mengalir dalam sistem badannya. Setelah Chev beredar dari situ, Dr Miles akhirnya menghubunginya dan mengesahkan bahawa untuk memastikan Chev dapat terus bergerak buat sementara, dia harus pergi ke hospital untuk mendapat sejenis ubat pengganti kepada adrenalin, dan dalam perjalanan ke hospital, beberapa buah kereta polis mula mengejarnya. Setelah mendapati apa yang dikehendakinya, Chev segera melarikan diri seperti orang kurang siuman sepanjang perjalanan nya di Los Angeles. Sejurus kemudian Dr. Miles menghubunginya lagi sekali untuk bertanyakan keadaan. Lebih memburuk kan keadaan ialah Chev telah menyuntik terlebih dos dari apa yang disuruh oleh Dr. Miles, dan kemungkinan akan mempercepatkan lagi tindak balas "Beijing Cocktail" tersebut. Chev yang mula berasa akan "kalah" dalam perjuangannya melawan maut mencuri sebuah motosikal polis dan bergegas lari ke rumah teman wanitanya. Dia membawa teman wanitanya keluar dari rumah tersebut. Dalam perjalanan , mereka singgah di sebuah restoran untuk bersarapan, Chev mula berasa lemah dan mengajak teman wanitanya melakukan hubungan seks di hadapan khalayak ramai. Sejurus kemudian Chev mnerima panggilan telefon yang memberitahu beliao kedudukan Verona. Belum sempat "klimaks", Chev bergegas pergi ke tempat yang diberitahu dan mengucapkan selamat tinggal kepada teman wanitanya. Pelbagai peristiwa yang berlaku selepas itu dan apakah nasib yang diterima oleh Chev akhir cerita ini? Penulis berasakan eloklah penonton sendiri melihatnya kerana sudah banyak "spoiler" diberikan dalam review kali ini. Filem yang amat direkemenkan kepada mereka yang dahagakan filem aksi yang boleh dikatakan bijak, non-typical dan kurang skali menggunakan CGI.

Skor: 8/10
Pengulas: lati0s

No comments: