Lama tak tengok drama yang in-depth macam ni. Filem yang menceritakan mengenai Joel Barrish (Jim Carrey) yang pada satu hari terserempak dengan Clementine Kruczynsk (Kate Winslet) dalam keretapi ketika dalam perjalanan pulang. Secara tidak disedari, mereka tertarik terhadap diri masing-masing walaupun mempunyai personaliti berbeza. Secara tidak disedari, mereka pun mula menjalinkan hubungan sesama mereka. Apa yang menarik ialah, 2 tahun yang lalu mereka adalah sepasang kekasih yang telah berpisah kerana perselisihan faham, dan Clementine mengambil keputusan untuk mengupah Lacuna Inc. , syarikat yang menawarkan perkhidmatan memori seseorang yang ingin melupakan sesuatu. Joel yang kecewa apabila mengetahui bahawa Clementine telah melakukan perkara itu, turut pergi ke situ untuk melakukan perkara yang sama. Jadi bermulah episod percubaan perkerja syarikat Lacuna Inc memadam memori Joel. Di dalam keadaan separuh sedar, Joel mula menyesali dan bertindak untuk melawan semula proses pemadaman memori itu ketika di dalam "mimpi" nya dan cuba untuk lari sejauh mana yang boleh untuk mengelakkan memorinya diubah. Kita dibawa melihat kehidupan Joel dan Clementine sepanjang 2 tahun hubungan mereka dan sebab-sebab berlakunya perselisihan faham antara mereka. Turut dipaparkan beberapa memori pelik dari zaman kanak-kanak Joel, kerana cuba sedaya upaya untuk tidak menghilangkan memori Clementine. Akhirnya, Lacuna Inc. berjaya juga untuk melakukan tugas tersebut.
Babak akhir filem ini menunjukkan semula babak2 awal dan mereka mengetahui semula mengenai perhubungan lampau mereka. Keliru dan tertanya-tanya, Joel dan Clementine, mungkin kembali bersama, atau tidak, terpulang kepada penonton untuk menentukannya.
Bagi aku, lama tak tengok cerita romance, yang diselitkan dengan sedikit unsur komedi dan sains fiksyen, bukannya seperti KEBANYAKAN filem romantik/komedi yang dilambakkan oleh Hollywood. This is a intelligent and beautiful story and needs your full attention from beginning until the end. A great performance from Mr. Jim Carrey... eventhough I'm lil' bit annoyed with Kate Winslet's character.. menggelabah.. Heh..
Score : 9/10
Pengulas: lati0s

1 comment:
errr...siapa ada dvd The Science Of Sleep?
Post a Comment