Friday, November 28, 2014

13 sins (2014)


http://www.imdb.com/title/tt2059171/

Tanpa membaca review dan sinopsis terlebih dahulu,saya telah dengan selambanya memperjudikan diri saya utk menonton filem ini.tanpa sebarang klue,ceritanya tentang apa,boleh saya katakan disini filem ini worth a shot.masih consider filem bajet rendah,ternyata filem ini berjaya memberi surprise yg besar utk saya.

Sinopsis ringkas
Filem ini menceritakan seorang pemuda mat salih yg bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita berkulit gelap telah dibuang kerja gara gara satu kesalahan kecil.beban kewangan yang melampau dengan menyara adiknya yang cacat mental dan ayah yg nyanyuk dan perkauman membuatkan dia menerima satu cabaran berbentuk 'game' yang bakal menyaksikan beliau jika berjaya menghabiskan permainan tersebut bakal bergelar jutawan.akan tetapi permainan yang bakal dimainkan oleh beliau bukan lah sebarang permainan.permainan itu jugak bakal memerangkap beliau dan membuatkan beliau menjadi kejam sekejamnya jika inginkan permainan terus dimainkan.
Terus terang saya katakan film dr australia ini sgt baik dr segala segi.ada jugak adegan2 yg bakal menutup mata.endingnya walau pun predictable tetapi masih menghiburkan.harus diingat ianya bkan utk tontonan penonton cilik disebabkan adegan2 'evil' nya.

SKOR: 8.5/10 

 Kain Kapan

Wreck-It Ralph (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1772341/

Sebenarnya saya terdetik nak mengulas filem ni mungkin sebab baru-baru ni menonton Big Hero 6. Lagipun masa filem ni keluar dulu saya belum join group ni lagi. Apa yang saya ingin sampaikan adalah ulasan peribadi serta kenapa saya bagi Wreck-It Ralph 5/5.

Faktor kedua, sebagai seorang yang mengalir gaming dalam darah, filem ini benar-benar memang untuk kami. Lawak berkaitan konsep respawn point, extra lives, glitches, dan entah berapa banyak references berkaitan tajuk yang mungkin hanya gamers tahu dan suka (Aerith lives!), filem ini memang didedikasi untuk gamers. Dengan isu kedai arked yang satu masa dulu cuma 20 sen sekali main. Zaman Street Fighter II dan entah berapa banyak klon dan modnya (Shoryuken keluar 5 biji hadoken). Filem ini sangat menggamit memori. Saya sangat teruja ketika mengulang tonton berkali-kali sekadar untuk mencari semua cameo dan references, filem ini penuh dengan itu. Seorang gamers wajib menonton filem ini kerana memang filem ini tribute untuk gamers. Namun itu hanya faktor kedua.

Faktor pertama. Walaupun anak saudara saya berusia 6 tahun juga menggemari cerita ini, kalau kena pada situasi dan kondisi, filem ini boleh memberi impak yang sangat kuat kepada orang dewasa. Seandainya watak Vanellope menjadi contoh kepada kanak-kanak dengan membawa elemen bakat, cita-cita dan harapan, watak Ralph pula kena tepat kepada orang dewasa. Ralph mengajar erti penerimaan. Saya rasa mungkin ada antara kita yang pernah melalui situasi Ralph at least somewhere in this life. Di mana kita mempersoalkan tindakan kita, bagaimana kita melihat diri kita sendiri, perkara yang pernah kita buat, benar atau tidak, patut atau tidak, serta penerimaan kita terhadap diri kita sendiri. Kenapa kita diletakkan dalam situasi berkenaan dan kenapa kita mengambil keputusan tertentu. Personally, something happened to me in 2012 and that thing broke me mentally. Saya mula mempersoalkan segala tindakan up to that point. So ketika melihat Ralph, saya nampak diri saya sendiri. Saya rasa tak dapat dinafikan antara scene yang paling kuat dalam sejarah filem Disney di mana Ralph terpaksa mengambil tindakan extreme untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan walaupun tindakannya itu membuatkan dia dibenci oleh Vanellope, satu-satunya orang yang baik dengannya ketika itu. Okay I admit, I cried during that scene. But in the end, itulah mesejnya. Selain itu, apa yang berlaku pada Ralph juga menjadi tamparan kepada kita tentang bagaimana kita melayan orang lain terutamanya orang yang pada pandangan kita bermasalah. Bagaimana penduduk setempat melayan Ralph yang mengotori tangannya sendiri sebagai watak jahat hanya kerana memang dia dijadikan untuk berperanan demikian semata-mata untuk memastikan game Fix-It Felix itu berjaya. Walhal mereka tak sedar semuanya sebahagian dari sistem kehidupan mereka sendiri, tanpa Ralph mereka semua tiada gunanya. Kalau pada awal lagi mereka tidak melayan Ralph macam sampah, Ralph tidak akan tertekan sedemikian. The whole messages yang buat cerita ni cantik. Anak-anak dan orang dewasa menggemarinya dari sudut yang berbeza.

Sekian saja untuk filem ini.

"I'm bad and that's good. I will never be good and that's not bad. There's no one I'd rather be than me."

SKOR: 10/10

Gen Fujita



Sunday, November 23, 2014

Orphan (2009)



http://www.imdb.com/title/tt1148204/

Agak lama aku tak memberi 'apa-apa' di sini. Aku cuma ingin guna dua ayat untuk filem ini.

Sebagai sebuah filem thriller, ia sebuah fun thriller yang gemar untuk selamat, tanpa perlu twist 'wow!' factor yang sangat wow dan mungkin kerana ada filem thriller lain yang lebih menggugah rasa.

Namun, merealitikannya di realiti lebih thriller bagi aku kerana, mungkin ada Esther di rumah kita yang dalam diam telah mempergunakan seluruh kepercayaan kita kerana, aku teringat ungkapan ini, di akhir zaman, banyak ibu yang bakal melahirkan tuannya, dan tanpa sindrom seperti Eshter pun, mungkin ada Esther disebalik pintu bilik itu.

SKOR: 6/10

Hatta Kain Kapan

The Babadook (2014)



http://www.imdb.com/title/tt2321549/

Surprise Horror package of 2014.

Aku tak ingat pernah menonton filem genre horror dari Australia.

Sekiranya filem ini sememangnya filem horror pertama dari Australia yang pernah aku tonton,maka ini adalah satu permulaan yang sangat baik.

The Babadook merupakan satu filem yang lain dari yang lain.

Ia bukannya satu filem yang baik, tetapi tersangat baik, sebuah filem yang bakal menjadi sebuah klasik cult satu hari nanti.

Jika anda menonton filem ini dengan harapan bahawa anda akan berasa  sangat takut, terperanjat beruk seperti ketika anda menonton filem James Wan The Conjuring maka anda akan berasa hampa. Tetapi anda jangan pulak fikir bahawa The Babadook ini bukan satu filem horror yang tak bagus.
Haha, kalau anda mahu betul-betul mengapresiasikan filem ini sebagai satu filem yang baik, kerana ianya sememangnya satu karya yang baik, ikutilah tips aku yang berikut :

1. Jangan jadikan James Wan sebagai barometer ekpektasi anda terhadap filem ini dan juga filem-filem horror lain yang bukan filem James Wan. Mengapa? Jawapannya ada di point nombor 2.

2. Kerana genre horror pun ada genre-genre-nya. Filem Babadook ini telah diarahkan oleh direktor wanita dari Australia bernama Jennifer Kent.

Jadi style filem ini sangatlah anti-James Wan, kerana filem ini lebih menjurus kepada saikologikal thriller dengan tema-tema emosi seperti kerinduan, penyatuan semula dan juga rasa bersalah terhadap orang-orang yang tersayang. Ingin sekali aku highlight di sini, dunia horror 'does not revolve only around James Wan' Banyak orang yang aku rasa telah menjadi terlalu pro James Wan sehingga lupa bahawa terdapat karya-karya horror lain yang juga baik, contohnya filem ini.

Okay, bagi mereka yang belum menonton filem ini, sedikit sinopsis :

Filem ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Samuel(Noah Wiseman) yang takutkan 'monster' yang berkeliaran di rumahnya. Ibunya(Essie Davis), seorang janda setelah kematian bapanya dalam satu kecelakaan, sudah kepenatan dengan ketakutan anaknya yang tak rasional itu. Tetapi lama-kelamaan si ibu pula menjadi tidak stabil dari segi saikologi dan akhirnya benar-benar percaya bahawa memang benar ada monster di rumah mereka.

Kesimpulannya, karya Jennifer Kent ini sungguh mengujakan kerana ianya beroperasi dengan gaya yang tidak konvensional, dengan stail yang aneh. Syabas kepada puan direktor filem ini kerana walaupun The Babadook merupakan filem arahannya yang pertama, ianya telah diolah dengan begitu kreatif sekali. Jarang sekali aku menonton filem horror dengan falsafahnya yang tersendiri tetapi pada masa yang sama 'quite scared the shit out of me' walaupun dengan efek spesial yang minimal.
Pujian harus juga diberikan kepada Noah Wiseman dan Essie Davis yang telah menghidupkan watak anak dan ibunya dengan begitu expert sekali,

Walaupun kebanyakan screen time dipenuhi dengan babak-babak mereka berdua sahaja, dan adakalanya bersama-sama dengan Encik Babadook, namun lakonan yang memukau sekali berjaya engaged dan menakutkan aku (sedikit hehe).

Dan aku ingin juga menyentuh tentang endingnya yang aneh, tetapi aku fikir telah disengajakan sebegitu rupa supaya menjadi ending yang 'bizzare'. Walaupun endingnya itu pasti tidak disukai oleh audiens mainstream, namun pada aku ianya adalah satu masterstroke yang bakal menjadikan filem ini sebagai satu filem status cult.

Jadi, aku amat merekomendasikan filem ini buat tontonan movie addicts semua, terutama sekali those 'horror aficionados'.

SKOR: 9/10

Edmond Dantes

Wednesday, November 19, 2014

Catfish (2010)


http://www.imdb.com/title/tt1584016/

Saya menonton Catfish: The TV Show terlebih dahulu sebelum menonton filemnya, Catfish, Sebuah dokumentari sebenar (kalau tidak benar pun, ia sangat meyakinkan) tentang penipuan personaliti di media sosial.

Filem dengan TV Series berbeza format sebab Nev (the victim) yang jadi hos. TV Series agak menarik bila kita dapat tengok macam macam jenis cerita tapi nampak tak real (because it TV. We need a permission to even broadcast a face of the catfisher).

Personally saya rasa filem ini sebuah dokumentari yang sangat berjaya membawa kita sekali untuk bersama sama merungkai misteri yang ada. Walaupun kita dah tahu ending dia by just reading the title of the movie, tapi still. What a ride.

Technically, filem ni nampak sangat raw. Its like watching a home video somehow. I love the way diorang tak guna screen capture dekat laptop but instead just point camera dekat laptop. Music selection pun kena dengan situasi.

Mungkin filem ni seronok ditonton sebab personaliti Nev tu sendiri yang cool hadap satu satu situasi. Plus the whole facebook family is really.... strange and too "dramatic" to be true.

SKOR: 8/10

Ashraff Mokhtar

Green Street Hooligans (2005)


http://www.imdb.com/title/tt0385002/

For once, watching an elijah wood movie that made me forget he was frodo. the movie is about a group of hardcore west ham united football fans that go beyond what normal fans would do, kinda reminds me of our high school football team rivalries, almost exactly the same instances, cheering, teasing, jeering, escalading to arguing, scuffling and an invitation to a group fight to settle it once and for all. by then the real result of the football game was irrelevant. however in this movie things go a little beyond that where different 'firms' try to out do each other in terms of putting down their rival teams. on the surface, some would think this movie is to glorify violence and mob mentality, but in essence it is about pride, envy, revenge and the importance of family. even though elijah woods is in the starring role, but really the story is about the green street elite, their history and their rivals. gives you insight to what goes on among english football fans beyond the stadium. 

SKOR: 7/10
  
Rosen Irwan

The Bag Man (2014)


http://www.imdb.com/title/tt2212008/

John Cusack and Robert De Niro, two of my favourite actors so i just had to watch this. its quite interesting and has three of my favourite elements in a movie, everything happens in one night, a twist and a happy ending. the movie is about de niro hiring cusack to carry a bag and meet him in a room 13 at a motel in the middle of nowhere with one condition, never look in the bag. when he reaches there he meets the motel owner and later a prostitute, a midget and a one-eyed black guy, and then things get interesting. apparently everyone including the town sheriff and his officers are all after the same bag. at the same time the prostitute is seeking refuge from her pimp with cusack. the action is not bad and there's some suspense. most of the time you'll be wondering what's the next thing that will go against him, so many hurdles to get over in one night. ultimately he succeeds and then the contents of the bag is revealed, and then comes the twist. 

SKOR: 7/10

Rosen Irwan

Big Hero 6 (2014)


http://www.imdb.com/title/tt2245084/

Peminat animasi Jepun pasti akan suka filem ini, tentang satu robot yang besar tapi mesra.

Tuan direktor Christopher Nolan pasti bengang bagaimana filem tentang seorang budak lelaki dan robot comelnya berjaya menendang Intersteller ke tempat kedua kutipan box office di Amerika.
Tidak seperti filem Frozen yang antara formula-formula kejayaannya ialah watak-watak tuan puteri, lagu-lagunya yang mega dan dunia dongeng,

Big Hero 6 mengambil risiko dengan mengetengahkan watak protaganis yang 'nerd', langsung tiada lagu dalam filem ini dan sebuah cerita jujur yang menggunakan keindahan saat-saat senyap sebagai formulanya yang sungguh brilliant sekali.

Bagi mereka yang telah menonton filem ini, yang juga pernah menonton filem-filem anime Jepun pasti akan faham apabila saya katakan bahawa formula utama filem berhati besar ini adalah cara penceritaannya yang tenang, tidak laju.

Terdapat 'pause' yang panjang semasa babak hero Hiro Hamada (Ryan Potter) and robotnya Baymax duduk di satu tempat yang tinggi di awan tanpa berkata apa-apa. Aku tidak pernah menonton babak-babak yang sebegitu di dalam filem animasi buatan Amerika yang selalu memenuhi setiap babak dalam filem animasi mereka dengan aksi, dialog atau lagu.

Sewaktu aku sedang berada di dalam panggung wayang, tiba-tiba aku terfikir tentang watak-watak robot yang ada di dalam filem-filem seperti Robocop dan Terminator yang merupakan robot-robot yang ganas.

Tetapi watak Baymax sama sekali satu watak yang baik dan lemah lembut, mengingatkan aku tentang Totoro satu watak daripada filem anime Jepun yang epik My Neighbour Totoro. Dan pengaruh anime Jepun aku rasa tidak berakhir di situ. Babak Baymax terbang atau apabila Baymax berlawan juga ada rasa aura anime di situ.

Kesimpulannya, filem Big Hero 6 ini adalah satu filem fusion yang menggabungkan unsur-unsur Timur dan Barat dengan bijak sekali.

Pada pendapat aku, filem ini cuba untuk keluar dari norma-norma filem  animasi buatan Amerika yang biasa kita tonton. Ceritanya juga agak menyentuh jiwa, tentang nilai-nilai kekeluargaan, persahabatan, kegigihan dan tentang membuat perkara yang betul, sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Aku amat merekomendasikan filem ini kepada semua movie addicts.

SKOR : 8.5/10

Edmond Dantes

Wednesday, November 5, 2014

Rocket Science (2007)


http://www.imdb.com/title/tt0477078/

"It's not rocket science" - ayat yang biasa kita dengar dipertuturkan untuk merujuk kepada sesuatu yang mudah, tak sesusah mana. Jadi, judul 'Rocket Science' yang tertera besar-besar pada filem ini sudah tentu lah memberi bayangan kepada kita perihal kesukaran yang dihadapi protagonis cerita, Hal Hefner. Hal seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, pemalu, tak ada self confidence, dan punya banyak masalah. Lagi teruk bila benda itu dizahirkan terang-terang dengan kelemahan diri dia yang paling ketara iaitu gagap - hendak menuturkan sebaris ayat ringkas saja sudah sesukar Matematik Tambahan bagi dia.

Jadi kau bayangkanlah sendiri macam mana payahnya bagi Hal, bilamana dia pada suatu hari direkrut oleh gadis yang dia minat untuk menyertai persatuan debat sekolah mereka. Gadis itu tak lain adalah Ginny Ryerson (lakonan Anna Kendrick), seorang bintang debat sekolah tingginya yang baru kehilangan ketua persatuan dan pasangan debat dia, Ben - selepas gagal dalam satu pertandingan di peringkat daerah. Ginny sedari awal adalah obsesi Hal, 'the girl next door' yang jadi idaman hormon remaja beliau. Persoalan yang sama bermain dalam minda Hal dan audiens; apa yang Ginny nampak pada mamat ini? Namun benda tak masuk akal itulah yang jadi cebisan harapan buat Hal dan kita semua, samada terhadap perhubungan dia dengan Ginny mahupun hidup Hal secara keseluruhannya. Tapi itu semua sebelum kebenaran memukul kepala Hal bersekali dengan kepala audiens lah.

Filem ini menampilkan antara lakonan awal Anna Kendrick yang best, watak dia paling  mengingatkan saya kepada watak lakonannya dalam Up in the Air - yang bijak, kejam, dan agak fakap. Seperti kebanyakan filem dengan tema 'coming of age', Rocket Science adalah filem tentang pergolakan, konflik dalaman dan kekeliruan remaja ketika fasa peralihan menjadi dewasa. Namun ia bukan naskhah yang cliche, walaupun isi yang hendak disampaikan mungkin lebih kurang sama dengan apa yang kita dapat daripada Clueless, tapi ia disampaikan dengan gaya yang berat (ya, ianya komedi, tapi komedi dengan sipi tragedi) menjadikan ianya sebuah filem yang lebih memberi kesan berbanding dilihat cuma sebagai hiburan.

SKOR: 7/10
Hamidi Zakaria

Open Grave (2013)


http://www.imdb.com/title/tt2071550/

"Open Grave" dimulakan dengan menunjukkan watak utama terjaga di sebuah lubang yang dipenuhi mayat tanpa sebarang memori bagaimana dia sampai ke sana.

Apabila dapat melepaskan diri dari lubang itu,dia ternampak sebuah rumah yang berhampiran dengan hutan di mana   disitu dia terjumpa dengan 5 orang yang dalam keadaan takut dan juga mengalami kehilangan memori.

Walaupun pada mulanya,kecurigaan terhadap diri masing masing menyelubungi mereka tetapi mereka mengambil 


risiko dengan memberi laluan kepada kesedaran bahawa mereka perlu bekerjasama untuk terus hidup.

"Open Grave" menyajikan sebuah teka-teki bagaimana perilaku kita jika diberi peluang untuk mencipta semula diri kita? Dan jika kita kehilangan memori,walaubagaimana pun caranya , apakah memori itu masih milik kita?inilah elemen yang dapat kita rasai dalam filem ini jika kita menjiwai watak utama yang menderita amnesia.Tetapi filem ini akhirnya seolah-olah lebih berminat untuk mengejutkan kita daripada memprovokasi kita secara falsafah.Di sini kita dikejutkan dengan kedatangan "zombi"(sebenarnya bukan zombi yg macam kita sangkakan).

Bagaimana mereka mereka itu menjadi seperti 'zombi'?dan akhir sekali bagaimana enam orang yang tidak dikenali itu mungkin atau mungkin tidak terlibat dengan kejadian 'zombi' berkenaan, masih menjadi misteri filem ini sehingga pengakhiran filem.Ya filem ini berakhir dengan penuh persoalan.
Pada saya filem ini sangat bagus dari segi penceritaannya.pembikinan filem yang sebegini harus dibelakangi

dengan 'crew' pengambaran yang bagus.tetapi sayangnya filem ini seolah olah seperti melepaskan batuk di tangga.walau apa pun,saya masih 'enjoy' dengan filem ini.

SKOR: 6/10

Kain Kapan

Thale (2012)


"Thale" menceritakan kisah dua orang yang kerjanya membersihkan mayat untuk hidup.seorang pro berpengalaman sementara seorang lagi 'rookie' yang asyik muntah.suatu hari,mereka terjumpa seorang gadis pelik mempunyai ekor (yang telah dipotong) dalam tab mandi yang penuh dengan susu.Daripada cuba untuk menyakiti,rogol atau mengeksploitasi gadis tersebut seperti yang kita jangkakan,mereka melakukan yang terbaik untuk membuat gadis tersebut gembira dan selesa sementara menunggu rakan mereka yang lain sampai.Dalam pada itu, mereka mendedahkan kebenaran yang tersembunyi antara satu sama lain dan menyelesaikan masalah antara mereka.

Hingga saat ini,filem ini agak bagus dengan membawa sedikit momentum ketegangan walaupun agak 'draggy'.Misteri "Thale" tidak dirungkai tetapi saya mengandaikan ianya ada sangkut paut dengan 'norse mythlogy'.ini dapat diagak apabila datangnya watak yang mereka gelar sebagai "Huldra Hunter".tetapi watak itu datang dan pergi dengan sekelip mata dengan begitu sahaja.agak tak berpuas hati tetapi ini bukan filem saya!

"Thale" adalah filem dengan idea yang boleh dikatakan 'awesome' jika digarap dengan sepenuh hati.Jujur saya katakan yang saya menyukai naskah dari denmark ini akan tetapi tidak akan mengulang tontonnya lagi atau berfikir tentangnya.

SKOR: 6/10
Kain Kapan

Dollah Superstar (2014)


Dollah Superstar mengingatkan aku pada Tomok. Beliau menempuhi fasa kedewasaan maskulin walaupun terpaksa melalui fasa komersialisasi 'Mangga'. Namun, bukan mudah sebenarnya untuk Tomok mengikis imej jambu dan sweet innocent yang saban tahun mengekori dirinya (walaupun setelah menang OIAM). Hinggalah beliau bergabung dengan band Hard Rock Modread, membentuk Manifesto dan menyertai Versus 2, baru beliau kelihatan bebas dari parut komersialisasi murah dan dinilai melalui bakat.

Dan atas sebab itu, melalui DS, aku mengangkat ketegasan Lalat (Fizz Fairuz) yang berulang kali mengingatkan Dollah agar jauhi populariti yang 'bukan refleksi diri' (walaupun sebenarnya dia sendiri punya konflik diri). Kerana untuk meninggalkan 'populariti bukan identiti' (yang lebih berkait dengan 'kehendak dan permintaan' khalayak), ia terlalu sukar. Maaf kata, mudahnya DS seolah mengajar filem gangster lain, ini filem gangster tempatan yang punya identiti, berpaksi realiti namun ada nilai komersialisasi. (Lihat Kungfu Hustle (2004) yang menonjolkan kuasa gangster sebenar hanya berselipar dan berwajah cina kampungan berbanding gangster geng kapak yang elegan copycat ala-ala Godfather). Ya, aku rasa tiada kata ganti diri 'Lu Gua' di dalam DS dan aku agak gemar babak Dollah membelasah para stuntman di hadapan Cico, seolah setiap tumbukan berkata, 'ini cara Malaysia, bukan Hong Kong, bukan Hollywood'.

Dan, di saat semua mata tertumpu pada sisi lembut Sharnaz Ahmad (entah kenapa, aku merasakan Fizz Fairuz mungkin lebih baik jika memegang watak Shah Dazzle) dan ranum Neelofa yang kini telah berhijrah, secara peribadi aku katakan Lalat dan Riza (Aisyah Hasnaa) antara penggerak kuat cerita ini. Cuma aku agak terasa tergesa-gesa di pengakhiran yang membuatkan aku sedikit lupa moment hillarious di sepanjang tontonan. Namun, setiap dialog yang sinis dan tepat memanah iklim industri tempatan cukup menghiburkan, cumanya aku masih kurang setuju jika ada watak individu diparodikan (walau secara sinis dan tidak secara literal kerana agak kurang sesuai dengan culture dan faktor agama).

Anyway, Abang Aziz M. Osman rules!

SKOR: 7.5/10

Hatta Kain Kapan

Sunday, November 2, 2014

The Sea Inside (2004)



Saya teringat akan satu esei yang pernah saya baca dulu, yang antara lain menyebut betapa ada dua tema karya yang selalu dekat dengan audiens. Pertama, adalah tentang kehidupan: di mana kita semua berada sekarang. Sementara yang kedua, adalah kematian: yang belum ada manusia ke sana dan pulang untuk bercerita. The Sea Inside saya kira adalah filem tentang sempadan antara keduanya, tentang euthanasia (tindakan menamatkan hidup untuk terlepas dari kesengsaraan - ya, bunuh diri), namun saya merasakan ianya dihasilkan oleh pengarah yang mengimani kepercayaan betapa tidak ada sesiapa pun patut memilih untuk mati, walau dalam situasi Ramon Sampedro - protagonis filem ini lakonan Javier Bardem.

Kisahnya berdasarkan figura sebenar Ramon Sampedro yang mana dulunya adalah seorang pemuda tampan dan ceria, pada satu hari ditimpa kecelakaan selepas terjun di pantai berdekatan rumahnya. Pada Ramon, dia puas dengan usia mudanya. kehidupan sosial dan memori indah percintaan. Hidup memang best tapi dia tidak ralat jika detik itu adalah penamat untuk dirinya. Tapi dah tentulah bukan itu yang berlaku, Ramon sebaliknya lumpuh hampir seluruh badan. Hidupnya selama 30 tahun terlantar di atas katil, dia menolak untuk menggunakan kerusi roda kerana padanya benda itu semacam parodi kepada kebebasan yang pernah dia nikmati dulu.

"Hidup dalam kondisi rupa ini tak ada maknanya", kata Ramon. Dia mahu segera menamatkan hidup, bunuh diri, tapi mana mungkin dengan keadaannya yang begitu. Dan menurut undang-undang, kau tak boleh meminta bantuan orang lain untuk membunuh diri tanpa dia disabitkan dengan jenayah membunuh. Jadi kita melihat filem ini dibuka dengan usaha Ramon melawan perlembagaan, cuba memenangkan hak beliau untuk menamatkan hidupnya sendiri.

Walaupun sebuah filem mengenai satu manusia yang mengharapkan mati, saya melihat The Sea Inside sangat bertegas soal kehidupan. Banyak persoalan berat tentang kehidupan yang filem ini bawa. Antaranya soal makna kehidupan itu sendiri, dan bagaimana jika kehidupan seseorang dirasakan tidak punya makna? Adakah kehidupan itu hanya tentang kita, dengan mengabaikan orang lain di sekeliling? Ramon pula seorang yang bijak, beliau faham akan semua persoalan itu yang mana melahirkan pendapat beliau mengenai kematiannya sendiri. Lakonan Javier Bardem sebagai Ramon sangat mengagumkan, saya dapat merasa keletihan dan kesengsaraan beliau dalam setiap suara dan senyumannya. Ramon berjaya melahirkan empati audiens - kita boleh faham kesengsaraan dan tindakan beliau tanpa kita bersetuju dengannya.

The Sea Inside pada saya bukanlah sebuah filem yang memberi inspirasi, ia sangat depressing. Namun dengan sifatnya yang begitulah filem ini berjaya menjentik saya, memberi kesedaran yang jelas tentang nilai hidup sebelum mati. Jika filem ini bercakap dengan saya, saya rasa persoalan pokok yang ia tanya direct dengan saya adalah; apa yang menjadi motivasi untuk saya bangun pagi esok?

SKOR 8.5/10

Hamidi Zakaria

Perempuan Berkalung Sorban (2009)


(Sebenarnya, aku ingin menonton Dollah Superstar dahulu, tapi entah kenapa aku memilih PBS tanpa sebab)

Sebelum itu, aku ingin mengimbau semangat Florence Nightingale (1820-1910). Cara fikirnya jauh dan bersifat humanisasi. Antara argumentasinya pada 'kuasa-kuasa' pada waktu itu ialah desakannya agar membenarkan hospital turut menerima pesakit yang berbeza akidah dan bangsa seperti Yahudi dan Islam (termasuklah katolik yang hanya berbeza mazhab). Dan kesan perjuangannya dapat dinikmati hingga kini. Dan semua itu atas dasar mahukan pembaharuan, kebebasan dan kemakmuran.
Dan bila melihat perjuangan Anissa, aku terbawa-bawa semangat Florence Nightingale. Bukan menentang agama, tapi cuba menyetarakan agama dengan kehendak zaman (seperti  meng'indonesia'kan Islam bukan meng'arab'kan Islam) tanpa mengorban kesyumulan dan kesucian Islam itu sendiri. Mungkin filem ini agak sensitif kerana seolah menganggap sekolah pondok (atau pesantren) itu jumud dan konservatif. Namun apa yang cuba dibawa dalam PBS ialah bahawa Islam tidak konservatif, cuma penganutnya yang membawa agama ke lembah jumud.

Aku gemar bila diwujudkan juga watak para antagonis agama. (Aku tak akan lupa wajah Samsudin yang ketika isterinya didalam pantang pun masih mengajak bersetubuh). Dan aku gemar bila watak warak pesantren itu dibawa ke Jakarta yang digambarkan secara sinis liberalisasinya. (Lihat di kota, tiada satu pun watak bertudung. Dan watak ingin bebas Ayu yang punya cowok yang mungkin berzina).

Bagi aku, ada beberapa big turning point yang menonjolkan sisi kontradiksi. Saat Kiyai besar datang dan kelihatan para pelajar berebut-rebut ingin menghambakan diri (Ya. Bagi aku ini sinis terhadap syiah) seolah kiyai itu manusia sacred yang tanpa dosa. Juga adegan rejam (tanpa dibicarakan, awam terus merejam batu atas nama agama) dan Nyai Muthmainnah terus mengambil batu sambil berkata "sesiapa yang tidak berdosa boleh merejam". Ah! Itu ialah sisi manis sebuah perjuangan.

Filem ini jika dilihat secara literalnya seperti mengangkat tema diskriminasi wanita, namun ianya jauh dan lebih dari itu. (Kredit buat Abidah El Khaleiqy selaku penulis novel asalnya). Kekuatan tema serta lakonan bagi aku menenggelamkan mungkin beberapa kelemahan (bagi aku filem ini agak padat seolah dipaksa sumbat keseluruhan novel didalamnya). Dan Reza Rahardian. He's such an actor! Honestly bagi aku, dia jauh lebih jahat dari Tailong dalam KL Gangster 2 tanpa perlu membunuh dan bermandi darah!

SKOR: 8/10

Hatta Kain Kapan

 

Martyrs (2008)


(Benar. Sejak aku mula berkeluarga, aku agak kurang selera menonton genre sebegini walaupun ia kegemaran aku dulu).

Apabila Charles Manson mula mengasaskan Helter Skelter, ataupun ketika Anton Szandor Lavey menubuhkan Church of Satan, ataupun lebih dekat lagi ketika Ariffin Mohamad mengasaskan Kerajaan Langit, akidah twisting mereka banyak berkait dengan inspirasi kepercayaan baru yang cuba keluar dari normali. Pengilhaman itu mewujudkan satu pegangan baru yang berkait dengan alam lain. Dari mana inspirasi gila dan wahyu sesat itu datang? Dan adakah semua agama terkesan?
Maaf. Untuk mengkategorikan disturbing, aku amat selektif. Jika setakat gelenan darah atau siri seksa tanpa simpati, aku tak akan letakkan di dalam kategori ini. Dan aku tak dapat mengagak perasaan orang lain tatkala menonton naskah ini.

Ya. Martyrs aku akan letakkan dalam kategori ini. Ia memang menyilukan dari segi visualnya. Segala sembur-sembur darah, hiris-hiris gilette, seksa dan azab para mangsa... Ah! Cukup membuatkan gigi berketap. Namun ada sisi yang bagi aku lebih menggugah rasa iaitu sisi hentak paksaan kepercayaan yang amat menyesakkan. Kait rasa antara alam yang hidup dan alam selepas mati cuba dikaitkan melalui subjek insan selaku korban. (Ya. Bagi aku simboliknya ialah ketika suapan 'bubur' paksa dan pembotakkan kepala sebagai mata rantai kepada saksi sacred sebuah kehidupan baru). Kerana itu, Martyrs bukan sekadar imaginasi sains gila atau saikopat kosong (walau kelihatan seperti itu). Bagi aku, Martyrs mengajak audiennya melihat sisi falsafah kesesatan dalam sisi kepercayaan setiap insan dan kesan nilai humaniti songsang atas dasar ilmu diluar akal. (Ya. Antichrist antara yang bagi aku manis dalam bermain dengan isu kepercayaan antara Atheist dan Agnostik). Dan jawapan kepada martyrs ialah 'Martyrs'.

Ya. Human Centipede 2 (2011) serius memualkan, tetapi membawa bayangan diri menjadi mangsa dalam Martyrs, ia adalah pengalaman ngeri seorang manusia dan lebih ngeri, kita terperangkap didalam kesesatan orang lain. Mohon dijauhkan dari insan-insan begini dialam realiti. Amiin.

Berbaloi ditonton? High Tension (2003) atau Audition (1999) adalah jawapannya!

SKOR: 8/10

Hatta Kain Kapan

Feed (2005)


http://www.imdb.com/title/tt0445965/

Antara filem "disturbing" tanpa darah yang saya minati.diarahkan oleh Brett Leonard, yang kali terakhir menyaksikan beliau mengadaptasi buku komik "Man-Thing".Filem ini dengan jelas memberitahu sesebuah filem yang mahu dikategorikan sebagai "disturbing" tidak memerlukan percikan darah yang melampau.hanya dengan melontarkan muntah dan lemak dari badan manusia sudah cukup membuatkan kita berasa sangat mual dan geli.mual dan geli!itulah yang dirasai tatkala saya menikmati filem ini.

Plot filem ini dimulakan dengan Phillip,seorang polis jenayah internet Australia yang menjadi obses untuk membuktikan bahawa ada sesuatu yang jahat pada sebuah laman web yang menunjukkan seorang wanita gemuk dipaksa makan oleh seseorang.Pencariannya itu mengheret dia ke dalam subkultur "fetishistic" dan membawanya kepada pemilik laman web tersebut Michael Carter, seorang pemuda yang jelas terganggu dengan masa lalu misteri.Phillip menjejaki Michael hingga ke Amerika dan mendapati dirinya bukan sahaja berhadapan dengan kes yang aneh  malahan berhadapan juga dengan kebenaran yang sangat hodoh tentang hasrat dirinya sendiri.

Terus terang saya mengatakan filem ini bagi saya mudah dihadam seperti kita menghadam filem seperti Martyrs,High tension,Inside dan sebagainya.jalan cerita yang mudah difahami.satu kriteria yang sangat ketara lemahnya ialah skrip filem ini sendiri.tiada kata kata 'indah' yang membolehkan "Addicters" sekalian untuk "quote".jadi

saya memberi petikan dari saya sendiri "ARE YOU HUNGRY"...
Rating jujur 3.5/5
Selamat mencuba!!

SKOR : 7/10

 Kain Kapan

Dendam Orang Mati (2014)


Dendam Orang Mati (2014) arahan Jason Chong di bawah produksi KRU pada aku adalah naskah yang menghiburkan, sekurang-kurangnya membuatkan aku fokus terhadap naratif cerita dari awal hingga akhir kerana filem ini ada personanya tersendiri. Plotnya mudah difahami namun bukan tipikal filem Melayu. Jason Chong cuba untuk menyisipkan beberapa turning point yang menarik melalui naratif penceritaan. Persoalan demi persoalan dan jawaban yang perlu di analisa sendiri oleh audien. Beberapa isu seperti nombor 4 yang membawa malang menerusi kepercayaan orang cina, masalah psikologi watak, dan konsep hukuman dosa di dunia telah diketengahkan oleh Jason Chong sebagai elemen cerita untuk Dendam Orang Mati. Pencahayaan dalam filem bagi aku sesuai untuk setting filem horror. Setting lokasi pula banyak bertempat di tingkat 3A atau sepatutnya tingkat 4 iaitu di rumah Lena lakonan Lisa. Tingkat tersebut digambarkan sangat buruk, kotor, tidak terurus dengan dinding yang hitam dan limpahan air sana sini untuk memberi gambaran neraka dunia yang terkongkong dalam minda Lena, dan sangat bertentangan dengan konsep rumahku syurgaku dimana dalam plot filem ini dapat kita lihat bertapa pertentangan konsep itu wujud dalam hidup Lena daripada zaman remajanya hingga pada zaman perkahwinannya.

Dari segi lakonan, Lisa Surihani telah menghidupkan watak Lena dengan berkesan sebagai seorang isteri, ibu, yang mengalami amnesia pada awalan cerita. Penonton kemudian diajak bermain-main dengan isu sama ada penampakan hantu itu adalah realiti ataupun hanya mainan dalam minda Lena yang sememangnya mengalami amnesia dan gangguan mental dari kecil. Luckily, isu ini berjaya digarap dengan baik oleh Jason Chong supaya mengheret audien dengan pelbagai persoalan sehingga ke akhir cerita.

Apa yang saya ingin komen sedikit adalah pada teknik CGI yang digunakan kepada roh orang mati adalah kurang bersesuaian. serta mengurangkan impak keseraman, sama seperti yang terjadi kepada filem Seventh (2014) yang juga merupakan filem seram lokal. Namun begitu, perlu juga saya tegaskan bahawa filem ini juga mempunyai antara solekan dan design roh orang mati/hantu yang menarik. Take note kepada kemunculan roh anak Lena pada pertengahan cerita dan hantu uncle dalam lif. Scene di mana penampakan roh anak kecil tersebut dengan tempurung kepalanya yang hilang separuh agak senggama minda dan personally, scene tersebut sangat win. Solekan manual disertai dengan cgi yang tak over the top aku rasa lebih sesuai untuk memastikan meter seram filem ini dalam paras yang baik. Namun sayang sekali kerana mungkin sebab filem ini filem KRU, maka CGI masih ditekankan walaupun kadangkala tampak rendah kualitinya.

Secara keseluruhan, bagi aku filem ini menghiburkan, dan lebih baik jika nak dibandingkan dengan filem filem horror antarabangsa yang keluar lebih kurang waktu dengannya seperti Annabelle, dan Ouijia. Mungkin kerana persamaan kebudayaan membuatkan aku lebih mengangkat filem ini daripada the other two. Akhir kata, audien sendiri perlu merungkai beberapa persoalan yang diajukan menerusi filem ini iaitu adakah hantu benar wujud ? Mainan minda Lena ? Planning Fizz Fairus iaitu suami Lena dan isteri barunya ? ataupun segalanya terjadi atas kedegilan Lena sendiri. Terdapat pelbagai persoalan, menunggu untuk anda merungkaikan satu persatu.

3/5. Sekali lagi, rating adalah subjektif. Mungkin sahaja aku memberikan markah seperti ini kerana seronok melihat lakonan berkesan Lisa Surihani sebagai Lena dalam filem ini.

SKOR: 6/10

Eswandy Asre

Saturday, October 4, 2014

Borgman (2013)



http://www.imdb.com/title/tt1954315/

Bermula dengan satu ayat dari Bible, " And they descended upon the Earth to strengthen their ranks", filem bermula dengan sekumpulan orang termasuk seorang paderi yang membawa senapang pergi berburu sesuatu yang tinggal di bawah tanah. Sesuatu itu adalah mamat yang bernama Camiel Borgman yang membina penempatan di bawah tanah. Mamat ini sedar dan sempat melarikan diri dan memberi amaran kepada kawannya yang lain (2 lelaki dan 2 perempuan).

Dan di sinilah naratif bermula. Camiel dapat melepaskan diri lalu cuba untuk meminta izin mandi dekat sebuah keluarga tapi ditolak oleh Richard sang suami sambil siap kena belasah. Marina sang isteri kesian dan menyelinap masuk Camiel sambil kejahatan perlahan-lahan memasukkan jari jemarinya ke dalam setiap inci kamar rumah mereka.

Review awal mengatakan filem ini hibrid Dogtooth dan Funny Games. Menyamakannya bererti mengabaikan nilai-nilai ambiguiti dalam filem ini. On the surface, filem ini nampak macam home invasion ala-ala The Purge, You're Next atau mungkin kritik pengarah kepada golongan kelas atasan atau orang kaya Barat, tapi gelapnya pergi jauh lebih dari itu. Kedatangan Borgman menghancurkan segala-galanya dalam keluarga tersebut. A pure evil.

Ada banyak soalan yang tak dijawab dan memang dibiarkan untuk para penonton mena'kulnya. Kenapa Camiel dan kawan-kawannya diburu? Kenapa mereka tinggal di bawah tanah? Apakah mereka manusia atau syaitan? Adakah anjing itu jelmaan mereka? Benarkah Camiel boleh menghadirkan mimpi buruk kepada sesiapa yang dikehendaki? Kenapa Richard dapat tanda pangkah di belakang? Apa guna surgery tu? Kenapa Camiel dan rakan-rakannya membunuh?
Kejahatan boleh datang dari pelbagai bentuk dan rupa. Dan mungkin teror psikologi adalah kejahatan yang cukup tidak enak buat manusia.

“The story of Borgman as a kind of devil on earth came to me just like that,” said Mr. van Warmerdam. “Borgen in medieval Dutch is the one who protects the castle — but it’s really the sound of the name that I liked.”

P/s: dalam tontonan kali kedua. Lupa nak tambah bahagian persoalan tu. Dekat belakang Camiel dan sorang lagi kawan perempuannya, ada parut.

Ulasan oleh: Anis Zakaria

SKOR 8/10

Monday, September 29, 2014

The Purge: Anarchy (2014)



http://www.imdb.com/title/tt2975578/

Daripada kumpulan produksi (Blumhouse Production) yang menghidangkan pelbagai filem horror/thriller seperti Paranormal Activity dan Insidious, kini mereka kembali lagi untuk melengkapkan jalan cerita asal tradisi "purging" dari bahagian pertama "The Purge" rilisan tahun sebelumnya. Kali ini tanpa bersandarkan pelakon2 ternama (part 1 ada Ethan Hawke), akan tetapi ianya tetap menarik disebabkan penceritaan yang lebih terperinci berbanding bahagian pertamanya. Lebih aksi, lebih darah, lebih ganas, antara tarikan utama filem ini sebenarnya. Kekejaman kali ini juga meliputi keganasan domestik, pembunuhan secara membabibuta di tempat awam dan semestinya tanpa motif tertentu serta belas kasihan. Tapi elemen terpenting dalam filem ini semestinya twist yg ada pada pengakhiran ceritanya.

Ulasan oleh: Adi Herman Pendekar Mustar


SKOR: 6/10

The Raid 2: Berandal (2014)


http://www.imdb.com/title/tt2265171/


Cerita pertarungan abad ini yg hebat!

Itu saja yang mampu saya ungkapkan terhadap filem Indonesia ini. Malah jika nak dibanding dengan negara jiran yang satu lagi, filem ini mampu menyaingi Ong Bak malah boleh mengatasi filem tersebut dari segi slot pertarungan bela diri. Walaupun Ong Bak mempunyai stunt pertarungan, diselit dengan seni parkour ala Yamakasi filem Perancis mahupun filem2 aksi Jackie Chan, filem The Raid: Berandal ini tetap mempunyai keunikan seni bela tersendiri dan amat mengujakan. Berkisar perebutan kuasa, ketamakan kuasa,pangkat dan wang, aktiviti jenayah yang membunuh kehidupan rakyat, jiwa muda yang memberontak, ketaatan dan kekeluargaan, serta pembalasan dendam, filem ini walau dianggap biasa dari sudut penceritaan, namun luarbiasa dari sudut kepadatan aksinya.

Menonton setelah membeli Bluray Disc(BD) kerana filem ini langsung tidak lepas penayangannya di Malaysia kerana aksi pertarungannya sememang amat ganas untuk tontonan semua kategori. Mungkin kerana banyak aksi pecah kepala, kerosakan banyak anggota dan organ badan, penggunaan banyak senjata berbahaya seperti penukul(hammer), kayu besbol, kerambit, parang, tidak kurang juga pistol dan senjatapi serta sedikit scene industri porno, bakal mendedahkan perkara yang dichop negatif kepada masyarakat. Pertarungan tanpa senjatanya juga kelihatan amat ganas. Itu jika dikira dari segi faktor penapisan terutama di Malaysia, tetapi jika dikira dari faktor ‘pertarungan’, filem ini amat lengkap dan masa yang diambil berdurasi 150 minit amat memuaskan hati bagi penggemar filem aksi. Jika hendak dibandingkan dengan The Raid 1: Redemption, filem kedua ini jauh lebih hebat aksi pertarungannya kerana kebanyakan pertarungan mengetengahkan lebih aksi pertarungan bela diri, silat dan seni menggunakan peralatan berbanding senjatapi.

Sedikit sinopsis (berhati2 dengan kemungkinan spoiler yg banyak..hehehe), filem ini bermula dengan pembunuhan yang dilakukan Bejo, ke atas Andi (jika anda tidak pernah menonton Raid 1,anda tidak akan kenal) iaitu abang kepada Rama (lakonan Iko Uwais) serta pertemuan dan perancangan oleh seorang pegawai polis yg anti rasuah, anti gangsterism Indonesia iaitu Bunawar yang akhirnya membawa kepada Rama (atau nama lain penyamarannya, Yuda) diarahkan menjalankan misi yang amat besar,berisiko tinggi dan berbahaya iaitu, perlu masuk penjara selama 3 thn, membuat jenayah dalam lokap, menyiasat dan menganggotai kumpulan gangster besar diketuai Bangun. Perancangan rapi ini adalah bagi ‘menyusup masuk’ ke dalam tiga kuasa besar yang berkuasa pada masa itu dan amat dikehendaki polis iaitu empayar Bangun, Reza dan seorang Jepun bernama Goto. Manakala Bejo yang membunuh Andi pd awal filem merupakan salah serang penjenayah maha jahat pada ketika itu yang mempunyai kuncu-kuncu paling ganas. Adrenalin mula terasa terganggu dan cemas semasa bermulanya aksi pertarungan dalam penjara lagi dan ini mengingatkan aku seperti cerita pertarungan dalam penjara Undisputed lakonan Scott Adkins.

Garapan yang dibuat oleh pengarah Gareth Evans yang telah mengangkat pencak silat moden dan pelakon Iko Uwais termasuk filem2nya sebelum ini seperti The Raid, Merantau Warrior,semakin berkembang selepas aksi-aksi dalam penjara, sehinggalah aksi selepas Rama telah keluar penjara dan mula menyertai Uco dan ayahnya Bangun yang mempunyai empayar kongsi gelap yang berjaya. Badan mula tegang, degup jantung berlari kencang apabila satu demi satu pertarungan mula muncul di skrin TV lusuh saya, terutama apabila kemunculan Prakoso (lakonan hebat Yayan Ruhian) dan juga The Assasin (lakonan Cecep Arif Rahman), di mana ketiga-tiga mereka termasuk Iko Uwais merupakan pesilat malah jurulatih silat Indonesia yang hebat yang memiliki Seni Cimandi, Penglipur Garut, Silat Harimau, Minang dan sebagainya. Tidak hairan filem ini penuh bertenaga dan buat kita berpeluh. Itu belum watak sampingan yang tidak kurang juga hebatnya seperti Bejo yang cukup antagonis, Eka seorang bekas polis yang setia terhadap Bangun, Hammer Girl (gadis tangkas guna hammer utk membunuh), Baseball Bat Man, dan watak jepun-jepun yang pd saya hanya sumbangan kecil sahaja dlm filem ini. Uco sebagai anak kepada Bangun tidak mempunyai kesabaran dalam mengambil alih empayar dari ayahnya dan akibat ketamakan dan sifat darah muda yg panas, beliau telah meruntuhkan empayar besar yg dibina bapanya sekian lama. Gabungan padu watak-watak yang disebut tadi telah berjaya menjadikan padatnya kisah ‘perang empayar’ dalam filem ini. Filem ini juga ada aksi stunt kejar-mengejar di jalanraya bandar sibuk dan macet Jakarta di Indonesia yang saya kira,digarap dengan baik dan rasanya filem Indonesia malah filem kita pon masih belum ada garapan baik sedemikian rupa tapi biasa kita lihat dlm filem Thailand dan luar negara antaranya filem Ronin. Kamera shot yang baik dr segi komposisi dan angle,memainkan peranan yang banyak dalam aksi ini. Apa yang saya dapat agak adalah penggunaan kamera GoPro banyak digunakan dek kerana itu ada komposisi menarik terhasil. Ada aksi pelanggaran motorsikal, kereta, stunt bergayut pada kenderaan sambil tembak-menembak, bertarung dalam MPV dan kemalangan sana sini. Aksi di jalanraya juga cukup membuatkan kita tidak senang duduk dan mulut ternganga. Namun aksi paling sempurna dan terbaik serta bakal diingati penonton adalah aksi pertarungan di antara Rama dan The Assassin di dalam dapur restoran yang penuh dengan seni kaki dan tangan serta penggunaan peralatan dan senjata kerambit yang amat berbahaya, satu koreografi yang mantap dan ending pertarungan yang teman kira cukup-cukup puas hati.

Sinematografi yang berbeza dan menarik, focus kamera jarak dekat(close-up), arial dan shot kemas dari angle tinggi (terutama pergaduhan ketika hujan di lumpur dalam penjara),aksi slo-mo gerak perlahan, berjaya menjadikan filem ini dilihat seolah-olah benar-benar terjadi di depan mata penonton. Efek air, lumpur dan hujan serta slo-mo pergaduhan di antara banduan dan warder penjara, sewaktu Prakoso berentap di kelab dan terbunuh di atas salji (apaaa??salji??) begitu memberi kesan. Adunan skor music yang tidak melampau (kali ini tiada skor music oleh Mike Shinoda Linkin Park seperti The Raid 1 bagi pasaran luar negara) dan efek bunyi yang bagus juga telah menjadikan speaker-speaker Jamo di teater rumah saya meletup-letup dan menyebabkan jiran-jiran memaki saya dalam diam.

Dari kacamata saya secara personal, walau terdapat beberapa ketidak logikan antaranya scene di mana Jakarta diliputi salji, tiada penggunaan senjatapi oleh Rama sewaktu menentang dan mengalahkan penjahat yang ramai (selalunya hero nak senang main tembak saja..heheh), samseng-samseng Jepun hanya datang di saat akhir dan setelah segala selesai, tiada CCTV tersorok kelihatan dalam rumah Rama (yg diberi Bangun,sebab teman kira Bangun mesti memantau segala pergerakan bawahannya), watak Bunawar yang hanya seketika selebihnya melalui panggilan dan tiada bantuan diberi kepada Rama di kala kesusahan, slot untuk keluarga Rama terutama anaknya yg makin membesar hanya sedikit, tiada juga serbuan polis ala SWAT berkumpulan dilakukan sebagaimana filem pertama yang kena dengan tajuk The Raid, melainkan serbuan oleh Rama seorang diri. Namun semua itu saya jamin tidak sedikit pun memberi impak dan mematahkan hati penonton dek kerana akibat terlalu puas menonton wayang gambar ini, kerana keutamaan filem ini adalah penuh dengan aksi. Ramainya penjahat dan samseng dalam filem ini adalah kena dengan tajuknya ‘Berandal’ yang membawa maksud ‘samseng’ oleh itu tiada aksi makan di restoran, cintan cintun, perempuan muda kejar lelaki tua kaya, cemburu buta, slanga samseng melayu pelat cina, lawak bodoh tiada dalam cerita ini. Kelihatan juga beberapa scenario yang serba sedikit menyamai filem Hong Kong dan Thailand seperti filem Election (scenario ketika di lombong tempat mayat dicampak), babak Rama naik ke hall di mana Bejo, Uco dan Reza sedang makan dan menghadapi rintangan kelihatan seperti babak dlm wayang Tom Yum Goong.

Saya kira filem ini adalah antara filem pertarungan bela diri yang kurang bersenjatapi paling terbaik pernah terhasil, malahan Matt Goldberg,seorang dari pengkritik filem yang amat ‘ketat’ juga memberikan quote "one of the greatest action movies ever made''. Filem ini juga filem Indonesia pertama yang telah tersenarai antara 250 filem top IMDb. Buat penonton yang meminati filem bergenre sebegini, anda tidak akan rugi memiliki sekeping BD filem aksi ini sebagai antara koleksi simpanan anda. Sekaligus filem ini mengangkat industri perfileman aksi Indonesia di mata dunia begitu juga para pelakonnya yang mula mendapat perhatian di hati peminat. Semoga selepas ini banyak lagi filem aksi moden terhasil oleh negara jiran kita ini dan semoga filem di Malaysia juga paling tidak boleh menyaingi filem negara luar. Thumbs up kepada pengarah yang berjaya dalam adunannya tersendiri dan mampu mengangkat filem ini sebagai filem aksi Asia antara yang terbaik di layar global. Lakonan Iko Uwais juga dilihat semakin membangun dan tidak hairan jika beliau boleh pergi jauh lagi sebagai mana Tony Jaa, Donnie Yen dan Jackie Chan. Akhir sekali saya memberikan rating agak tinggi iaitu 8/10 terhadap filem ini. Selamat menonton!
 
Ulasan oleh: Saiful Halim
 
SKOR: 8/10

Thursday, September 18, 2014

Maleficent (2014)


http://www.imdb.com/title/tt1587310/

Dari segi lakonan, tiada apa yang istimewa mahupun bizzare yang ingin disampaikan oleh Angelina Jolie. Akan tetapi penceritaan semula dongeng Sleeping Beauty dari perspektif yang berbeza membuatkan filem ini menarik dan tidak senang duduk jika menontonnya di pawagam. Salah satu filem yang harus ditonton pada tahun ini. Terutama sekali bersama keluarga. 

Ulasan oleh: Adi Herman

SKOR 6/10

The Maze Runner (2014)



http://www.imdb.com/title/tt1790864/

Sejak kebelekangan ini, filem remaja atau dikenali sebagai filem Young Adult,YA menjadi genre kegilaan Hollywood untuk meraih pulangan. Genre yang kebiasaannya diadaptasi dari novel bersiri ini mula mekar dengan francais Harry Porter, diikuti dengan Chronicles of Narnia sehingga lahir filem-filem baru seperti Hunger Games, Divergent, The Giver. Tidak dinafikan filem sebegini diambil dari karya novel remaja yang bermutu. Namun demikian akibat dari kekerapan filem ini cuba disogok oleh Hollywood, ia telah menyebabkan penonton seperti sudah boleh membaca resepi asas filem sebegini. Kebiasaannya filem ini akan bercerita tentang dunia asing, remaja terpilih yang akan menyelamatkan keadaan dan disusuli pengembaraan yang menarik ditemani dengan beberapa halangan sebelum mencapai misi terakhir dalam ceritanya.

The Maze Runner iaitu filem terbaru genre ini merupakan hasil karya dari pengarah baru Wes Ball. Diambil dari novel bersiri popular Amerika, filem ini masih lagi mengekalkan resepi tipikal filem remaja cuma temanya diberi sedikit kelainan dengan mengadunkan tema filem Lord of the Flies, Hunger Games, dan sedikit tema filem horror The Cube.

Plot - Mengisahkan Thomas yang mendapati dirinya terperangkap dalam sebuah lingkaran Maze yang besar bersama sekumpulan komuniti remaja lain. Beliau yang kehilangan memori seperti remaja yang lain, cuba mencari jalan keluar dari penjara maze tersebut disamping berusaha untuk menyesuaikan diri hidup bersama dalam komuniti itu. Berbekalkan mimpi yang menjadi pembayang kepada permasalahan yang dihadapinya, Thomas dan rakan-rakan remaja yang lain berusaha mencari jawapan dan jalan keluar dari penjara Maze tersebut.

Storytelling - Secara peribadinya, saya melangkah masuk ke pawagam tanpa memberi harapan yang tinggi cuma jauh disudut hati mengharapkan resepi filem sebegini dapat memberi kelainan. Pada permulaan cerita, filem ini berjalan dengan baik. Penonton dapat merasakan mood misteri filem ini dengan banyak persoalan yang timbul untuk diselesaikan protagonist. Sesuai dengan tajuk filem, rupabentuk Maze yang ditonjolkan sangat menakutkan dan misteri. Walau bagaimanpun, Maze sebagai subjek dalam penceritaan tidak dikembangkan dengan baik. Ia wujud sekadar pelengkap cerita. Siapa yang membinanya. Apa tujuannya. Atau bagaimana hubungan maze dengan watak seperti tidak ditekankan dengan baik. Jika kita ambil filem seperti The Ruins dan The Cube, subjek utama sangat ditekankan dalam penceritaan. Walaupun tujuan dan asal kejadian dijadikan misteri, namun hubungan subjek dengan watak sangat ditekankan. Filem ini hanya gemar memberi penekanan pada MAZE RUNNER bukan Maze itu sendiri. Dengan itu, elemen misteri pada subjek kelihatan tidak kuat. Semakin hampir ke penghujung cerita, filem ini menjadi semakin hambar.

Akibat dari penekanan pada watak dan bukan elemen misteri, filem ini cuba memberi fokus pada konflik antara protagonist dan antagonist yang pada saya sangat membosankan. Konflik yang wujud nampak tidak semulajadi dan sangat tipikal. Seperti kebiasaan filem remaja Hollywood, watak Thomas yang boleh dikatakan 'The Chosen One' secara kebetulan telah menjadi orang pertama yang berjaya mengatasi penjara Maze ini setelah bertahun-tahun dicuba oleh remaja yang lain. Setelah melepasi lingkaran Maze itu, jawapan kepada segala persoalan yang dihadapi Thomas dan rakan-rakan akhirnya terjawab. Namun, sebagai penonton, jawapan itu pada saya sangatlah hambar. Tujuan Maze itu wujud adalah tidak logik dan kelakar. Bagi melawan satu penyakit misteri yg menyerang otak manusia ketika itu, Maze itu dicipta bertujuan untuk mengasah minda manusia agar dapat mengatasi penyakit itu. Hmmmm. Begitulah ceritanya. Ibaratnya untuk mengatasi masalah penyakit AIDS, seseorang harus dihumban ke dalam loji kumbahan selama beberapa tahun dengan harapan dapat meningkatkan daya tahan bagi melawan virus HIV. Bunyi macam tidak munasabah dan kelakar bukan. Tidak cukup dengan itu, filem ini diakhiri dengan babak tipikal oleh seorang wanita teknokrat yang memberi arahan "bersedia untuk pusingan ke-2". Kononnya hendak memberitahu penonton akan ada filem sequel untuk mengembangkan lagi franchais filem ini. Saya tergelak kecil di dalam panggung ketika itu seolah-olah sedang menonton filem sequel Resident Evil.

Character development - Watak Thomas sebagai protagonist dikembangkan agak baik tetapi ia nampak sedikit tipikal dengan gaya ala-ala 'the chosen one' yang beriya-iya mahu menjadi hero dalam keadaan tempat yang asing baginya tanpa menyiasat terlebih dahulu sebelum bertindak. Watak antagonist, Gally pula agak sedikit hambar dimana wataknya wujud adalah untuk menghalang segala tindak tanduk Thomas tanpa motivasi yang kuat. Konflik antara mereka nampak tidak semulajadi apabila Gally membenci Thomas dalam segala segi tanpa penilaian yang kukuh sehinggakan ia diluahkan oleh Thomas dalam filem "kenapa engkau benci sangat pada aku". Watak-watak lain seperti Alby dan Minho dikembangkan sebagai pembantu kepada Thomas mencapai misinya.

Skrip dan lakonan - Skrip bagi filem ini agak biasa. Ia sesuai untuk tontonan remaja. Lakonan bagi watak utama juga agak biasa cuma lakonan bg watak Newt yang bersifat seperti org dewasa seperti tidak kena. Watak antagonist, si Gally juga seperti tidak kena dan agak sedikit kaku. Apa yang ketara, lakonan watak-watak tambahan dalam filem ini nampak seperti pak pacak yang dibayar untuk menjadi kayu. Mungkin pengarahnya sibuk memberi tumpuan kepada pelakon utama sehingga terlupa untuk memberi tumpuan kepada watak-watak tambahan.

Muzik dan lain-lain - Muziknya adalah tipikal filem hollywood. Filem misteri sebegini yang sepatutnya diadun dengan muzik minimal seperti biasa ditemani dengan muzik epik hollywood di setiap babak. Babak aksinya agak baik walaupun kelihatan banyak efek kamera bergoncang. Cinematografinya juga agak baik.

Kesimpulannya, The Maze Runner cuba menjanjikan sesuatu yang baru kepada filem bersiri remaja. Namun ia masih lagi tidak dapat lari dari tipikal filem remaja. Walaupun pengakhiran ceritanya agak sedikit hambar, namun agak awal bagi menilai filem ini sehingga sekuelnya keluar. Itupun bergantung kepada kutipan positif filem ini. Jika kutipannya teruk,jangan diharap sekuel kedua akan menyusul. Bagi mereka yang inginkan filem seperti The Hunger Games, filem ini sesuai untuk anda. Jika anda mahu merasakan pengalaman seperti terperangkap dalam lingkaran Maze, jangan tunggu lagi. Bergegas ke pawagam berhampiran dengan segera.


Official Site:
20th Century Fox Official FB Page: www.facebook.com/foxmovies.my

My Blog:
http://moviememoirsandmemorabilia.blogspot.com/
Movie Memoirs and Memorabilia

SKOR: 4/10