Friday, March 29, 2013

Suspiria (1977)


http://www.imdb.com/title/tt0076786/

Ini adalah filem seram status kult tetapi saya gagal menikmatinya kerana soundtrack yang mengiringi lakonan begitu menyakitkan jiwa. Mungkin itu adalah maksud pengarahnya Dario Argento yang menyebabkan ia berstatus kult di kalangan peminat filem seram.

SKOR: 5/10

Thursday, March 28, 2013

The Words (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1840417/

Bradley Cooper, disebalik watak gila-gila dalam filem bro-mance, juga berupaya melakonkan watak serius. Jalan ceritanya agak menarik tetapi tersadung pada loophole naratif yang agak ketara.

SKOR: 7/10

Wednesday, March 27, 2013

Rare Exports: A Christmas Tale (2010)


http://www.imdb.com/title/tt1401143/

Fantasi Santa Claus yang diolah secara horror tetapi berakhir dengan keceriaan. Memang pelik.

SKOR: 7/10

Bad Boy Bubby (1993)



http://www.imdb.com/title/tt0106341/

Twisted! Hanya untuk mereka yang tali perut pendek.

SKOR: 6/10

Tuesday, March 26, 2013

Videodrome (1983)


http://www.imdb.com/title/tt0086541/

Kalau David Cronenberg punya filem, memang ekspetasinya animatronik yang memualkan, dan ini tidak terkecuali. Sesetengah pengarah filem memang otaknya bernanah dan ini adalah contohnya.

SKOR: 8/10

Sunday, March 24, 2013

Sinister (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1922777/

Filem seram ini berjaya meremangkan bulu roma dengan ketakutan supernatural sejati. Walaupun i dilakonkan oleh Ethan Hawke yang pada saya agak "over". Rekomended!

SKOR: 8/10

Cloud Atlas (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1371111/

Katakanlah apa yang anda mahu katakan tetapi filem ini terlampau tinggi cita-citanya; menganyam beberapa sekuens yang berkait tetapi menyebabkan otak letih berfikir yang akhirnya meninggalkan anda tertanya-tanya.

SKOR: 6/10

Looper (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1276104/

Filem time-travel dengan tema pembunuhan sudah banyak kali dibuat. Sebaik mana garapan tersebut menjadi persoalan. Looper memberi nafas yang sedikit baru tetapi motifnya tidak lari banyak dengan filem Back To The Future, hanya ini bukanlah filem komedi.

SKOR: 7/10

Flight (2012)



http://www.imdb.com/title/tt1907668/

Sekuens kapalterbang terhempas nampak sungguh real dan majestic yang patutnya dapat anugerah efek terbaik. Jalan ceritanya pula boleh tahan. Lakonan Denzel Washington memang berkualiti seperti kebanyakan filem lakonannya yang lain. Peminat filem adaptasi autobiografi/real-event memang tidak patut melepaskan filem ini.

SKOR: 7/10

Monday, March 18, 2013

Compliance (2012)

http://www.imdb.com/title/tt1971352/

Walaupun dikatakan sebagai olahan dari kisah sebenar tetapi banyak perkara di dalamnya agak tidak logik. Sebab itu ia dikritik sebagai filem sexploitation moden. Ideanya akan lebih digarap dengan lebih baik andai ruang-ruang ketidaklogikan itu dapat ditampal.

SKOR: 6/10