Friday, April 4, 2008

Requiem for a Dream (2000)


KULT!!!

Tanpa prasangka lagi, aku meletakkan filem ini antara filem terbaik yang pernah aku tengok. Semua aspek perfileman yang bagus ada di dalam filem ini. Jalan cerita yang kukuh, character building yang menyeluruh dan cinematography yang out of this world. Darren Aronofsky, pengarahnya berjaya mengembangkan bakatnya setelah filem Pi, untuk menghasilkan antara filem terbaik kurun ke-21.

Requiem for a Dream menceritakan derita insan yang ketagihan dadah. Tiga sahabat baik, Harry (Jared Leto), Marion (Jennifer Connelly) dan Thyrone (Marlon Wayans) adalah remaja average Amerika yang sentiasa mengangankan kehidupan bahagia ala American dreams. Malangnya tindakan mereka untuk mencapai angan-angan tersebut tidak selari dengan apa yang diusahakan. Dalam usaha mereka itu, mereka menggunakan dadah sebagai asbab untuk menjadi kaya. Mereka seolah-olah terlupa akan matlamat tersebut tatkala mereka sendiri ketagihan dadah menyebabkan bisnes yang mereka lakukan menjadi huru hara akibat dari ketagihan sendiri.

Harry pula mempunyai seorang ibu, Sara (Ellen Burstyn), yang sangat disayanginya tetapi menjadi bulian Harry yang memerlukan wang untuk melunaskan nafsu ketagihannya. Sara pula mempunyai masalah tersendiri apabila terpedaya dengan tawaran untuk muncul ke dalam TV hasil dari penipuan skim tawaran melalui telefon. Disebabkan perasan yang beliau akan muncul di kaca TV, Sara cuba untuk menguruskan badan lantas beliau sendiri terikat dengan pil pengurus badan yang dikategorikan sebagai memudaratkan kesihatan.

Sepanjang filem ini kita akan melihat bagaimana impian insan biasa yang mahukan kejayaan, musnah akibat dadah. Boleh diperhatikan bahawa dadah itu memusnahkan diri dalam dua cara, sepertimana ia memusnahkan kehidupan remaja dan seorang ibu didalam filem ini.

Filem ini menjadi filem kult atas dasar mesej yang disampaikan dan bagaimana filem ini menggarap situasi sedih kemusnahan insan-insan di dalam filem ini. Filem ini akan menggubah persepsi anda terhadap dadah dan insan yang malang akibat dari dadah. Anda tidak lagi akan memandang hina terhadap mangsa penyalahgunaan dadah tetapi sebaliknya anda akan cuba menyingkap derita yang dialami oleh mangsa.

Layari youtube, dan tuliskan tajuk filem ini. Anda akan dapati begitu ramai peminat filem ini hinggakan ada yang sanggup membuat trailer sendiri untuk filem ini (lihat trailer di bawah, dibuat sendiri oleh peminat). Oh ye, sebelum terlupa, soundtrack filem ini sungguh berhantu. Dalam youtube juga, anda akan dapati begitu ramai peminat yang memainkan semula soundtrack dengan piano (linat klip dibawah).

Juga aku sangat meminatio cinematography Darren, yang ketika filem ini banyak menggunakan teknik-teknik baru. Sukar untuk aku ulas tapi ada lebih baik baca sendiri di sini (awas, ada spoiler)

SKOR: 10/10 (tanpa syak lagi)!




1 comment:

Gruntz said...

Ni antara filem yg aku minat dr pengarah ni...Pi, The Fountain dan Requiem For A Dream....

owh ya kalau engkau dah tengok dark City mesti prasan satu scene dia yg hampir sama