Monday, June 25, 2012

We Bought a Zoo (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1389137/

Filem feel-good untuk tontonan sekeluarga. Moralnya adalah keluarga adalah institusi yang memerlukan kerjasama dari semua pihak i.e. dalam filem ini bapa dan anak-anak (ibu sudah tiada).

SKOR: 8/10

The Muppets (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1204342/

Sangat disyorkan untuk tontonan hujung minggu bersama keluarga!

SKOR: 8/10

Sherlock Holmes: A Game of Shadows (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1515091/

Kombinasi lengkap dua pelakon utamanya memberikan lebih ruang untuk interaksi yang berkesan. Perlukan penumpuan dalam menontonnya untuk memahami twist yang berlaku.

SKOR: 8/10

Men in Black 3 (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1409024/

Alamak. Saya mengharapkan lebih banyak aksi dari makhluk asing tetapi kali ini ia lebih kepada drama. Agak mengecewakan.

SKOR: 6/10

The Avengers (2012)


http://www.imdb.com/title/tt0848228/

Filem superhero ramai-ramai memang menyeronokkan selagi tidak terlampau dramatik kerana dramatik itu hanya beberapa superhero je boleh buat i.e. Batman dan Superman. Ini adalah aksi.

SKOR: 8/10


Man on a Ledge (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1568338/

Jalan cerita agak promising tetapi dikacau dengan watak sampingan yang dilucukan yang tidak efektif.

SKOR: 7/10

Mission: Impossible - Ghost Protocol (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1229238/





MI tidak pernah menghampakan dengan aksi over-the-top nya. Kita harap no 5 tahun depan.

SKOR: 8/10

Iron Sky (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1034314/

Filem ini bermula dengan baik tetapi kita menjadi kurang sabar selepas 30 minit filem berjalan. Tetapi scene parodi Hitler di dalam kamar kempen politik itu memang tak boleh tahan kena gelak juga.

SKOR: 7/10

Happy Feet Two (2011)


http://www.imdb.com/title/tt1402488/

Moral kisahnya sama seperti yang lepas tetapi untuk mereka yang mencari tontonan hari minggu bersama anak-anak, ini adalah sangat disyorkan.

SKOR: 6/10

Chronicle (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1706593/

Menggunakan teknik kamera handheld ala-Blair Witch Project yang sangat efektif. Jalan ceritanya pun memang menarik. It is almost make believe tolak scene akhir yang kembali kepada Hollywood.

SKOR: 8/10