Showing posts with label thriller. Show all posts
Showing posts with label thriller. Show all posts

Saturday, October 15, 2016

Inferno (2016)

Pengarah: Ron Howard
Pelakon: Tom Hanks, Felicity Jones, Omar Sy, Ben Foster, Irrfan Khan, Sidse Babett Knudsen
Tarikh tayang: 13 Oktober 2016
Pengedar: Sony Pictures
IMDBwww.imdb.com/title/tt3062096/

Ulasan:

Inferno filem yang diadaptasi dari buku phenomenal karya Dan Brown dengan judul yang sama dan sekaligus menjadi sekuel kedua dari The Da Vinci Code ini boleh dikatakan "awesome and fantastic"... And the twist.. I really love it!

Tadinya saya beranggapan filem yang diadaptasi dari novel keempat dari siri Robert Langdon karya Dan Brown ini bakalan basi dan datat, tapi ternyata lagi-lagi sang pengarah Ron Howard berjaya menyajikan tontonan yang woow.

Apalagi style penggarapan ala Ron Howard dari filem pertama (The Da Vinci Code) hingga ke filem kedua (Angels & Demons) itu berasa sangat kental banget dan semakin mengalami peningkatan, terutama cara penyajian dalam memecahkan misteri satu ke misteri lainnya itu keren banget dah di filem ketiga dari siri Robert Langdon ini.

Petualangan dan misteri dijadikan satu menjadi tontonan yang keren dan tentunya di baluti dengan ketegangan yang cukup memicu emosi, penonton lagi-lagi akan dibawa oleh Ron Howard menikmati filem sambil belajar misteri sejarah ala Robert Langdon.

Intinya filem ini sangat cocok buat kalian yang gemarkan genre misteri thriller! Dan kalian akan dilarutkan dalam satu twist ke twist lainnya hingga misteri terjawab!

Recomended banget dah nih film Inferno!!

Skor: 8.7/10

Ilham Satria Zaslavski

Wednesday, October 12, 2016

Don't Breathe (2016)

Pengarah: Federico Alvarez
Pelakon: Jane Levy, Dylan Minnette, Daniel Zovatto, Stephen Lang
Tarikh tayang: 25 Ogos 2016
Pengedar: Sony Pictures
IMDBwww.imdb.com/title/tt4160708/

Ulasan:

Filem dari pengarah filem remake Evil Dead , mengisahkan sekumpulan remaja yang melakukan aktiviti rompakan bagi mencapai satu misi mereka, namun pada satu malam, mereka merancang untuk merompak rumah milik seorang lelaki tua bekas tentera yang buta, pasal terlalu mudah dan mereka fikir mereka dapat melakukan rancangan mereka itu dengan sempurna. Kah!

Pergh...power betul ini filem. Memang gripping betullah plot dia dari start dia nak rompak sampailah ke penghujung. Intense gila! Home invasion yang best tahun ni selain Hush. Main dengan lighting, sound dan deria , ketiga-tiganya dibuat dengan baik.

Stephen Lang memang terbaiklah! Dialah bintang dakam filem ini. Ini repeat punya value pun tinggi dan banyak scene yang tak disangka-sangka. Ending pun pergh... Makan dalam punya.

Skor: 9/10

Mohd Izzat Yong

The Shallows (2016)

Pengarah: Jaume Collet-Serra
Pelakon: Blake Lively, Oscar Jaenada
Tarikh tayang: 28 Julai 2016
Pengedar: Sony Pictures
IMDBwww.imdb.com/title/tt4052882/

Ulasan:

Filem ni menggabungkan cerita dan aksi filem Cast Away, Jaws dan siri tv Survivor  di tengah laut yang sangat berkesan dari awal filem ke penamat.

Ada banyak babak surfing yang memberangsangkan serta scenery laut hijau yang sangat beautiful, entah di mana tempat shooting filem ini, agak luar biasa scenery dia, jauh lebih cantik dari laut sekeliling Pulau Langkawi.

Lakonan gadis cantik Blake Lively memang good, boleh dijadikan Rambo wanita. Walaupun sexy, tapi tepat dengan tempatnya di tengah laut yang bikini sangat biasa.

Camera work dan film editing sangat bagus, cerita unfold dengan begitu smooth dan berkesan. Tidak ada cara edit filem yang luar biasa, baru atau teruk, ianya berjalan dengan lancar dan pacing filem pun sangat smooth. Pacing yang selesa dari awal hingga ke penamat. Camera work of cinematography pun cantik, dengan pemandangan yang indah di lokasi itu, this is paradise (of ikan jerung).

Action sequences very effective dan realistik. Ikan jerung nampak real dan memang sedikit sebanyak boleh memberikan kesan seperti Jaws arahan Steven Spielberg. Walaupun tidak boleh dibandingkan dengan Jaws tetapi filem ni ada nilai yang tersendiri untuk anak muda sekarang yang suka extreme sports dan filem ni jugak tidak melibatkan cerita seperti research ikan dan lain-lain. Ia sangat straight forward dan tidak perlu ditambah tolak apa-apa lagi.

Bayar tiket untuk mendapatkan kesan ikan jaws membuli seorang gadis seorang diri di tengah laut, agak memuaskan, dengan gadis sehebat Rambo wanita di air, serta jerung yang sangat agresif, tambah dengan seriusnya luka di permukaan kakinya yang cantik dan panjang itu. Memang berbaloi untuk ditonton di big screen. Filem ni juga sangat sesuai untuk semua orang - tak kira umur. Mungkin orang muda yang tak pernah tengok filem Jaws akan terus pilih filem ini sebagai filem klasik ikan jerung, which is good.

Hakikatnya, filem ini sangat bagus dan highly recommended kepada setiap penonton yang membawa seluruh famili enjoy dalam panggung dan memang tak rasa rugi untuk beli tiket. Orang tua yang pernah tengok Jaws, akan rasa bagus juga filem ni, dan orang yamg pernah tengok Orca The Killer Whale, akan suka filem ni juga. Baik punya filem kan? Sangat mengalu-alukan kedatangan bluray filem ini. Panjang umur Blake Lively till i meet you out there.

Skor: 9/10

Billy Tio

Monday, September 26, 2016

Morgan (2016)


Pengarah: Luke Scott
Pelakon: Kate Mara, Anya Taylor-Joy, TobyJones, Rose Leslie, Boyd Holbrook, Michelle Yeoh
Tarikh tayang: 1 September 2016
Pengedar: 20th Century Fox
IMDBwww.imdb.com/title/tt4520364/

Ulasan:

Filem debut arahan Luke Scott yang bapanya juga produser filem ini mengisahkan Lee Weathers (Kate Mara) sebagai risk-management consultant untuk sebuah syarikat korporat menjalankan tugasnya untuk memantau prestasi Morgan, yakni manusia artificial ciptaan sekumpulan saintis dan memutuskan untuk menamatkan projek tersebut atau tidak. Filem yang dah banyak kita tengok, dari Species, Splice sehingga yang latest remarkable filem ialah Ex Machina... seperti sudah biasa kita tengok , jalan cerita pun sama sahaja.
Walaubagaimanapun, filem ni bolehlah dipuji sebagai filem pertama arahan Luke kerana nampaklah dia berpotensi sebagai pengarah harapan baru. Morgan lakonan Anya Taylor Joy (The Witch) memang sesuai dengan dia, karisma yang ditunjukkan nampak jelas, begitu juga Kate Mara, Paul Giamatti memang wow... Lakonan yang lain semuanya ok, plot juga ok, cuma patut boleh dibuat dengan baik lagi. Paling bagus adalah hand to hand combat yang ditunjukkan dalam filem ini. Overall adalah sebuah filem yang agak bagus, cuma belum cukup. Tajuk yang sepatutnya untuk filem ni ialah 'Morgan vs Weathers'. Haha...

SKOR: 7/10


Saturday, August 29, 2015

Nota (2015)

Pengarah: Yasu Tanaka
Pelakon: Maya Karin, Hans Isaac, Ramli Hassan
Tarikh tayang: 13 Ogos 2015
Pengedar: Empire Film Solution 
IMDB: www.imdb.com/title/tt3236962/

Ulasan:

"Not a" waste of time.

Perkara yang saya paling suka tentang Nota ialah ia berjaya dalam mengekalkan "menacing atmosphere" dari mula hingga akhir filem. Yup, walau ada kalanya 'pacing'nya ada pasang ada surut seperti air di lautan (ehem), ia masih tidak tersasar dari tujuannya. Dari pantai yang jernih ke lautan yang tenang yang sedangkan dasarnya sedang bergelora.

Alam juga banyak berbahasa dalam filem ini, barangkali ia mengerti isi hati mereka mereka yang sedang lemah dan terluka.

Camera work yang paling menarik bagi saya ialah scene ketika mereka pertama kali bertemu Jemat (Ramli Hassan) di masjid. Ketika mereka beredar, Jemat merenung Erin (Maya Karin) dengan nafsu dan pada waktu itu kamera bergerak dalam 90 darjah kiri ke kanan dengan bergaya yang saya rasa berjaya menaikkan rasa "ada udang di sebalik batu". Juga moment ketika mereka menunggu di jeti di mana Jemat sibuk bercerita, pada waktu itu kamera juga bergerak dengan baik (meningatkan saya kepada style Fassbinder yang suka mengekalkan kamera beliau 360 darjah mengelilingi karakter untuk scene-scene intense sebegitu terutama ketika duduk di meja).

Bukanlah filem yang perfect tetapi filem yang terasa fresh dan enak. Dan ya, sungguh enak dimakan begitu saja.

SKOR: 7.5/10

Ibn Khaldun

Friday, August 21, 2015

The Man From U.N.C.L.E (2015)


http://www.imdb.com/title/tt1638355/

Sebelum aku melangkah dan duduk di seat bernombor di J6 di GSC malam tadi, aku sedikit gusar. Berbeza dengan David Fincher yang aku ikuti setiap naskah layarnya atau Majid Majidi yang aku santuni pemikirannya di dalam filem, Guy Ritchie pula aku lebih kenal sebagai suami Madonna, bukan sebagai pengarah Snatch (2000). Itu sudah agak menggusarkan hati. Jadi aku menonton dengan perasaan, menonton apa yang ada dan bukan mencari apa yang tiada dalam tontonan.

Aku ingin katakan dua perkara mengenai The Man from U.N.C.L.E (TMFU). Pertama, 'kemesraan' Guy Ritchie dengan audien. Aku gemar mengatakan yang TMFU bukan filem untuk semua. Maksud aku, sekiranya anda punya rakan-rakan yang menonton Fantastic 4 baru-baru ini dan mereka mengatakan F4 itu best, (aku sendiri belum menonton F4 jadi aku tak tahu adakah ia benar best seperti yang dikata) maka orang yang sama mengatakan F4 best itu mungkin akan mengatakan TMFU tidak best. Dan aku agak yakin juga dalam 10 orang penonton yang menonton TMFU, mungkin lima daripadanya akan mengatakan Kingsman : The Secret Service (2014) adalah lebih baik dan best. Ini kerana Guy Ritchie punya stail dan cara penyampaian tersendiri yang bagi aku agak 'kurang mesra' dengan audien biasa yang sekadar mahu menonton wayang kerana mahu menghabiskan masa atau salah satu aktiviti ketika bercinta. Ya. Cara lucu 'kelabu' bersama sirat surat scene yang seolah mahukan audien 'sesat' dalam rasa dan telahan bagi aku memang sukar untuk mengakrab dan memesrakan diri dengan audien yang 'tidak sabar' dan telah terbiasa dengan suapan dialog dan visual secara literal. (Jika menontonnya, sila perhatikan scene anggur dikupas dan scene Napoleon Solo (Henry Carvill) enak makan roti di dalam lori). Dan mujur aku telah menghadam Snatch yang tidak membuatkan aku asing ketika menonton TMFU.

Keduanya, stail dan gaya filem Guy Ritchie. Filem ini mengambil latar perang dingin. Dan U.N.C.LE ialah badan berkecuali yang menggabungkan agen-agen walau dari negara berseteru antaranya Soviet Union dan USA. (Sesuatu yang aku agak gemar, persaingan bakat, kepandaian serta teknologi di suntik sihat di dalam naskah ini. Dan U.N.C.L.E seolah badan pendamai demi kedamaian walau setiap negara punya agenda sendiri).

Begini. Aku terasa seolah singgah di RnR milik Guy Ritchie dalam perjalanan melalui highway 'aksi' dan menuju ke bandar 'efek dan teknologi'. Di RnR itu aku dihidang pula kopi O di dalam cawan kopitiam lama dan disuap pula alunan lagu R. Azmi melalui radio lama yang kadangkala jelas kadangkala tidak. Itu yang aku rasa Guy Ritchie lakukan. Guy Ritchie seolah faham dan mengarahkan filem ini seolah dia di zaman 60an juga padahal dia berada di zaman teknologi. Ini kerana, aksi filem ini minima namun berada di paras logik manusia seolah 'refresh' untuk minda kita yang telah terbuai dengan lambakkan letup dan terbang melampau. (Rujuk scene kejar mengejar dua buah kereta 'lama' yang tidak perlu sport rim pun. Klasik!). Latar muzik pula bagi aku bijak membuai rasa kenangan di blend dengan papar visual yang kelihatan suci dari CGI (aku cukup gemar kredit nama filem dalam warna kuning. Aroma 70an!). Dan gaya karisma setiap watak, Ah! Ini mungkin aku katakan gaya Guy Ritchie. Tonton Snacth dan lihat setiap gaya dan karisma setiap watak yang dibina. Ia juga seolah ada di dalam TMFU. Seolah Guy Ritchie mengatakan kepada Henry Carvill dan Armie Hammer, "Jangan cuba jadi Jason Statham atau Brad Pitt, tapi jadilah apa yang Guy Ritchie mahu! Gaya Guy Ritchie!". Dan ia menjadi RnR manis untuk aku segarkan diri.

Cumanya, filem ini terlalu mudah. Seperti biasa di RnR, bukan semua makanannya sedap. Berbanding Snatch, aku terasa sedikit ringan pada binaan cerita yang aku rasa 'safe play'. Ia sedikit sebanyak membuatkan aku agak ternanti sesuatu yang 'wow' dan 'thrill' namun ia tidak berapa ada. (Mungkin kerana aku dah selalu dengan genre heist atau insane crazy twist? Atau adakah kerana memori Snatch aku terlalu kuat?).

Ringkasnya, mahu singgah di RnR Guy Ritchie? Serius aku katakan RnR ini tidak lewa dan cincai dalam menjalankan tugas walau secara peribadi aku lebih gemar pada Snatch. Cuma, bak kata dua rakan yang turut sama menonton mengatakan, 'kadang-kadang terasa Tarantino' dan 'kalau bila pejam, ia masih terbayang di mata', maka itu sudah cukup membayangkan kekuatan binaan memori visual dan stail filem ini. Dan jika mereka berkata begitu, maka aku pula katakan aku agak berangan membawa kereta seperti si manis Gaby Teller saat mahu pulang ke rumah usai tayangan!
Oh ya. Ramai mengatakan, Lock, Stock and two Barrel adalah filem terbaik Guy Ritchie. Aku belum lagi menontonnya. Di mana agaknya aku akan letakkan TMFU selepas menontonnya?

SKOR: 7.5/10

Hatta Kain Kapan

Come Back to Me (2014)


http://www.imdb.com/title/tt2551396/

Filem yang diadaptasi dari buku The Resurrectionist ini mempunyai storyline yang mantap.filem bergenre psychological horror ini walaupun mempunyai plot yang amat baik tetapi aksi pelakon dan direction filemnya bagi saya sedikit weak.mungkin di tangan yang betul filem ini mempunyai sedikit harapan untuk menjadi lebih baik.

CBTM mengisahkan tentang sepasang suami isteri pada suatu hari menerima kedatangan seorang jiran yang baru berpindah ke kejiranan mereka.sejak dari hari pertama lelaki itu berpindah,macam2 perkara pelik berlaku pada mereka.diceritakan pada mulanya sang isteri mengalami satu penyakit yang dinamakan night terror.Night Terror ini lebih kurang seperti mimpi buruk yang terasa seperti benar2 berlaku.apa yang terjadi seterusnya bakal merubah hidup pasangan ini dan juga mereka2 yang dalam hidup mereka pernah menerima kedatangan lelaki yang baru berpindah itu.

LABEL:FILL UP YOUR FREE TIME!!

SKOR:6/10


Kain Kapan

The Loft (2015)


http://www.imdb.com/title/tt1850397/

Filem Hollywood ini sebenarnya adalah sebuah naskah remake dari filem asal dengan tajuk yang sama dari negara Belgium.1 word to describe..WOW!!filem ini sangat2 lah enak dijamah.filem bergenre erotik/crime thriller ini mempunyai plot yg sangat twisted.walaupun twist nya sangat berbelit tapi pemahaman untuk struktur plot amat mudah difahami.saya secara peribadi melabelkan The Loft antara filem terbaik pernah dibuahkan dalam genre yang dimaksudkan di atas.

The Loft menceritakan 5 orang kawan yang kesemuanya telah berkahwin menjadikan sebuah bilik apartment untuk dijadikan tempat mereka membawa pulang teman wanita masing2 untuk tujuan membuat hubungan sex.tiba2 pada satu hari seorang dari teman wanita mereka didapati mati dalam bilik tersebut dengan tangan bergari dan tertera tulisan latin di kepala katil.bermula dengan rancangan untuk menghapuskan mayat,plan berubah apabila mereka kemudiannya saling menyalahkan dan meletakkan kesalahan ke atas bahu satu sama lain.

LABEL:STRONGLY RECOMMENDED!!

SKOR :8/10

Kain Kapan

Sunday, November 23, 2014

Orphan (2009)



http://www.imdb.com/title/tt1148204/

Agak lama aku tak memberi 'apa-apa' di sini. Aku cuma ingin guna dua ayat untuk filem ini.

Sebagai sebuah filem thriller, ia sebuah fun thriller yang gemar untuk selamat, tanpa perlu twist 'wow!' factor yang sangat wow dan mungkin kerana ada filem thriller lain yang lebih menggugah rasa.

Namun, merealitikannya di realiti lebih thriller bagi aku kerana, mungkin ada Esther di rumah kita yang dalam diam telah mempergunakan seluruh kepercayaan kita kerana, aku teringat ungkapan ini, di akhir zaman, banyak ibu yang bakal melahirkan tuannya, dan tanpa sindrom seperti Eshter pun, mungkin ada Esther disebalik pintu bilik itu.

SKOR: 6/10

Hatta Kain Kapan

Wednesday, November 19, 2014

The Bag Man (2014)


http://www.imdb.com/title/tt2212008/

John Cusack and Robert De Niro, two of my favourite actors so i just had to watch this. its quite interesting and has three of my favourite elements in a movie, everything happens in one night, a twist and a happy ending. the movie is about de niro hiring cusack to carry a bag and meet him in a room 13 at a motel in the middle of nowhere with one condition, never look in the bag. when he reaches there he meets the motel owner and later a prostitute, a midget and a one-eyed black guy, and then things get interesting. apparently everyone including the town sheriff and his officers are all after the same bag. at the same time the prostitute is seeking refuge from her pimp with cusack. the action is not bad and there's some suspense. most of the time you'll be wondering what's the next thing that will go against him, so many hurdles to get over in one night. ultimately he succeeds and then the contents of the bag is revealed, and then comes the twist. 

SKOR: 7/10

Rosen Irwan

Sunday, November 2, 2014

Martyrs (2008)


(Benar. Sejak aku mula berkeluarga, aku agak kurang selera menonton genre sebegini walaupun ia kegemaran aku dulu).

Apabila Charles Manson mula mengasaskan Helter Skelter, ataupun ketika Anton Szandor Lavey menubuhkan Church of Satan, ataupun lebih dekat lagi ketika Ariffin Mohamad mengasaskan Kerajaan Langit, akidah twisting mereka banyak berkait dengan inspirasi kepercayaan baru yang cuba keluar dari normali. Pengilhaman itu mewujudkan satu pegangan baru yang berkait dengan alam lain. Dari mana inspirasi gila dan wahyu sesat itu datang? Dan adakah semua agama terkesan?
Maaf. Untuk mengkategorikan disturbing, aku amat selektif. Jika setakat gelenan darah atau siri seksa tanpa simpati, aku tak akan letakkan di dalam kategori ini. Dan aku tak dapat mengagak perasaan orang lain tatkala menonton naskah ini.

Ya. Martyrs aku akan letakkan dalam kategori ini. Ia memang menyilukan dari segi visualnya. Segala sembur-sembur darah, hiris-hiris gilette, seksa dan azab para mangsa... Ah! Cukup membuatkan gigi berketap. Namun ada sisi yang bagi aku lebih menggugah rasa iaitu sisi hentak paksaan kepercayaan yang amat menyesakkan. Kait rasa antara alam yang hidup dan alam selepas mati cuba dikaitkan melalui subjek insan selaku korban. (Ya. Bagi aku simboliknya ialah ketika suapan 'bubur' paksa dan pembotakkan kepala sebagai mata rantai kepada saksi sacred sebuah kehidupan baru). Kerana itu, Martyrs bukan sekadar imaginasi sains gila atau saikopat kosong (walau kelihatan seperti itu). Bagi aku, Martyrs mengajak audiennya melihat sisi falsafah kesesatan dalam sisi kepercayaan setiap insan dan kesan nilai humaniti songsang atas dasar ilmu diluar akal. (Ya. Antichrist antara yang bagi aku manis dalam bermain dengan isu kepercayaan antara Atheist dan Agnostik). Dan jawapan kepada martyrs ialah 'Martyrs'.

Ya. Human Centipede 2 (2011) serius memualkan, tetapi membawa bayangan diri menjadi mangsa dalam Martyrs, ia adalah pengalaman ngeri seorang manusia dan lebih ngeri, kita terperangkap didalam kesesatan orang lain. Mohon dijauhkan dari insan-insan begini dialam realiti. Amiin.

Berbaloi ditonton? High Tension (2003) atau Audition (1999) adalah jawapannya!

SKOR: 8/10

Hatta Kain Kapan

Feed (2005)


http://www.imdb.com/title/tt0445965/

Antara filem "disturbing" tanpa darah yang saya minati.diarahkan oleh Brett Leonard, yang kali terakhir menyaksikan beliau mengadaptasi buku komik "Man-Thing".Filem ini dengan jelas memberitahu sesebuah filem yang mahu dikategorikan sebagai "disturbing" tidak memerlukan percikan darah yang melampau.hanya dengan melontarkan muntah dan lemak dari badan manusia sudah cukup membuatkan kita berasa sangat mual dan geli.mual dan geli!itulah yang dirasai tatkala saya menikmati filem ini.

Plot filem ini dimulakan dengan Phillip,seorang polis jenayah internet Australia yang menjadi obses untuk membuktikan bahawa ada sesuatu yang jahat pada sebuah laman web yang menunjukkan seorang wanita gemuk dipaksa makan oleh seseorang.Pencariannya itu mengheret dia ke dalam subkultur "fetishistic" dan membawanya kepada pemilik laman web tersebut Michael Carter, seorang pemuda yang jelas terganggu dengan masa lalu misteri.Phillip menjejaki Michael hingga ke Amerika dan mendapati dirinya bukan sahaja berhadapan dengan kes yang aneh  malahan berhadapan juga dengan kebenaran yang sangat hodoh tentang hasrat dirinya sendiri.

Terus terang saya mengatakan filem ini bagi saya mudah dihadam seperti kita menghadam filem seperti Martyrs,High tension,Inside dan sebagainya.jalan cerita yang mudah difahami.satu kriteria yang sangat ketara lemahnya ialah skrip filem ini sendiri.tiada kata kata 'indah' yang membolehkan "Addicters" sekalian untuk "quote".jadi

saya memberi petikan dari saya sendiri "ARE YOU HUNGRY"...
Rating jujur 3.5/5
Selamat mencuba!!

SKOR : 7/10

 Kain Kapan

Dendam Orang Mati (2014)


Dendam Orang Mati (2014) arahan Jason Chong di bawah produksi KRU pada aku adalah naskah yang menghiburkan, sekurang-kurangnya membuatkan aku fokus terhadap naratif cerita dari awal hingga akhir kerana filem ini ada personanya tersendiri. Plotnya mudah difahami namun bukan tipikal filem Melayu. Jason Chong cuba untuk menyisipkan beberapa turning point yang menarik melalui naratif penceritaan. Persoalan demi persoalan dan jawaban yang perlu di analisa sendiri oleh audien. Beberapa isu seperti nombor 4 yang membawa malang menerusi kepercayaan orang cina, masalah psikologi watak, dan konsep hukuman dosa di dunia telah diketengahkan oleh Jason Chong sebagai elemen cerita untuk Dendam Orang Mati. Pencahayaan dalam filem bagi aku sesuai untuk setting filem horror. Setting lokasi pula banyak bertempat di tingkat 3A atau sepatutnya tingkat 4 iaitu di rumah Lena lakonan Lisa. Tingkat tersebut digambarkan sangat buruk, kotor, tidak terurus dengan dinding yang hitam dan limpahan air sana sini untuk memberi gambaran neraka dunia yang terkongkong dalam minda Lena, dan sangat bertentangan dengan konsep rumahku syurgaku dimana dalam plot filem ini dapat kita lihat bertapa pertentangan konsep itu wujud dalam hidup Lena daripada zaman remajanya hingga pada zaman perkahwinannya.

Dari segi lakonan, Lisa Surihani telah menghidupkan watak Lena dengan berkesan sebagai seorang isteri, ibu, yang mengalami amnesia pada awalan cerita. Penonton kemudian diajak bermain-main dengan isu sama ada penampakan hantu itu adalah realiti ataupun hanya mainan dalam minda Lena yang sememangnya mengalami amnesia dan gangguan mental dari kecil. Luckily, isu ini berjaya digarap dengan baik oleh Jason Chong supaya mengheret audien dengan pelbagai persoalan sehingga ke akhir cerita.

Apa yang saya ingin komen sedikit adalah pada teknik CGI yang digunakan kepada roh orang mati adalah kurang bersesuaian. serta mengurangkan impak keseraman, sama seperti yang terjadi kepada filem Seventh (2014) yang juga merupakan filem seram lokal. Namun begitu, perlu juga saya tegaskan bahawa filem ini juga mempunyai antara solekan dan design roh orang mati/hantu yang menarik. Take note kepada kemunculan roh anak Lena pada pertengahan cerita dan hantu uncle dalam lif. Scene di mana penampakan roh anak kecil tersebut dengan tempurung kepalanya yang hilang separuh agak senggama minda dan personally, scene tersebut sangat win. Solekan manual disertai dengan cgi yang tak over the top aku rasa lebih sesuai untuk memastikan meter seram filem ini dalam paras yang baik. Namun sayang sekali kerana mungkin sebab filem ini filem KRU, maka CGI masih ditekankan walaupun kadangkala tampak rendah kualitinya.

Secara keseluruhan, bagi aku filem ini menghiburkan, dan lebih baik jika nak dibandingkan dengan filem filem horror antarabangsa yang keluar lebih kurang waktu dengannya seperti Annabelle, dan Ouijia. Mungkin kerana persamaan kebudayaan membuatkan aku lebih mengangkat filem ini daripada the other two. Akhir kata, audien sendiri perlu merungkai beberapa persoalan yang diajukan menerusi filem ini iaitu adakah hantu benar wujud ? Mainan minda Lena ? Planning Fizz Fairus iaitu suami Lena dan isteri barunya ? ataupun segalanya terjadi atas kedegilan Lena sendiri. Terdapat pelbagai persoalan, menunggu untuk anda merungkaikan satu persatu.

3/5. Sekali lagi, rating adalah subjektif. Mungkin sahaja aku memberikan markah seperti ini kerana seronok melihat lakonan berkesan Lisa Surihani sebagai Lena dalam filem ini.

SKOR: 6/10

Eswandy Asre

Saturday, October 4, 2014

Borgman (2013)



http://www.imdb.com/title/tt1954315/

Bermula dengan satu ayat dari Bible, " And they descended upon the Earth to strengthen their ranks", filem bermula dengan sekumpulan orang termasuk seorang paderi yang membawa senapang pergi berburu sesuatu yang tinggal di bawah tanah. Sesuatu itu adalah mamat yang bernama Camiel Borgman yang membina penempatan di bawah tanah. Mamat ini sedar dan sempat melarikan diri dan memberi amaran kepada kawannya yang lain (2 lelaki dan 2 perempuan).

Dan di sinilah naratif bermula. Camiel dapat melepaskan diri lalu cuba untuk meminta izin mandi dekat sebuah keluarga tapi ditolak oleh Richard sang suami sambil siap kena belasah. Marina sang isteri kesian dan menyelinap masuk Camiel sambil kejahatan perlahan-lahan memasukkan jari jemarinya ke dalam setiap inci kamar rumah mereka.

Review awal mengatakan filem ini hibrid Dogtooth dan Funny Games. Menyamakannya bererti mengabaikan nilai-nilai ambiguiti dalam filem ini. On the surface, filem ini nampak macam home invasion ala-ala The Purge, You're Next atau mungkin kritik pengarah kepada golongan kelas atasan atau orang kaya Barat, tapi gelapnya pergi jauh lebih dari itu. Kedatangan Borgman menghancurkan segala-galanya dalam keluarga tersebut. A pure evil.

Ada banyak soalan yang tak dijawab dan memang dibiarkan untuk para penonton mena'kulnya. Kenapa Camiel dan kawan-kawannya diburu? Kenapa mereka tinggal di bawah tanah? Apakah mereka manusia atau syaitan? Adakah anjing itu jelmaan mereka? Benarkah Camiel boleh menghadirkan mimpi buruk kepada sesiapa yang dikehendaki? Kenapa Richard dapat tanda pangkah di belakang? Apa guna surgery tu? Kenapa Camiel dan rakan-rakannya membunuh?
Kejahatan boleh datang dari pelbagai bentuk dan rupa. Dan mungkin teror psikologi adalah kejahatan yang cukup tidak enak buat manusia.

“The story of Borgman as a kind of devil on earth came to me just like that,” said Mr. van Warmerdam. “Borgen in medieval Dutch is the one who protects the castle — but it’s really the sound of the name that I liked.”

P/s: dalam tontonan kali kedua. Lupa nak tambah bahagian persoalan tu. Dekat belakang Camiel dan sorang lagi kawan perempuannya, ada parut.

Ulasan oleh: Anis Zakaria

SKOR 8/10

Monday, September 29, 2014

The Purge: Anarchy (2014)



http://www.imdb.com/title/tt2975578/

Daripada kumpulan produksi (Blumhouse Production) yang menghidangkan pelbagai filem horror/thriller seperti Paranormal Activity dan Insidious, kini mereka kembali lagi untuk melengkapkan jalan cerita asal tradisi "purging" dari bahagian pertama "The Purge" rilisan tahun sebelumnya. Kali ini tanpa bersandarkan pelakon2 ternama (part 1 ada Ethan Hawke), akan tetapi ianya tetap menarik disebabkan penceritaan yang lebih terperinci berbanding bahagian pertamanya. Lebih aksi, lebih darah, lebih ganas, antara tarikan utama filem ini sebenarnya. Kekejaman kali ini juga meliputi keganasan domestik, pembunuhan secara membabibuta di tempat awam dan semestinya tanpa motif tertentu serta belas kasihan. Tapi elemen terpenting dalam filem ini semestinya twist yg ada pada pengakhiran ceritanya.

Ulasan oleh: Adi Herman Pendekar Mustar


SKOR: 6/10

The Raid 2: Berandal (2014)


http://www.imdb.com/title/tt2265171/


Cerita pertarungan abad ini yg hebat!

Itu saja yang mampu saya ungkapkan terhadap filem Indonesia ini. Malah jika nak dibanding dengan negara jiran yang satu lagi, filem ini mampu menyaingi Ong Bak malah boleh mengatasi filem tersebut dari segi slot pertarungan bela diri. Walaupun Ong Bak mempunyai stunt pertarungan, diselit dengan seni parkour ala Yamakasi filem Perancis mahupun filem2 aksi Jackie Chan, filem The Raid: Berandal ini tetap mempunyai keunikan seni bela tersendiri dan amat mengujakan. Berkisar perebutan kuasa, ketamakan kuasa,pangkat dan wang, aktiviti jenayah yang membunuh kehidupan rakyat, jiwa muda yang memberontak, ketaatan dan kekeluargaan, serta pembalasan dendam, filem ini walau dianggap biasa dari sudut penceritaan, namun luarbiasa dari sudut kepadatan aksinya.

Menonton setelah membeli Bluray Disc(BD) kerana filem ini langsung tidak lepas penayangannya di Malaysia kerana aksi pertarungannya sememang amat ganas untuk tontonan semua kategori. Mungkin kerana banyak aksi pecah kepala, kerosakan banyak anggota dan organ badan, penggunaan banyak senjata berbahaya seperti penukul(hammer), kayu besbol, kerambit, parang, tidak kurang juga pistol dan senjatapi serta sedikit scene industri porno, bakal mendedahkan perkara yang dichop negatif kepada masyarakat. Pertarungan tanpa senjatanya juga kelihatan amat ganas. Itu jika dikira dari segi faktor penapisan terutama di Malaysia, tetapi jika dikira dari faktor ‘pertarungan’, filem ini amat lengkap dan masa yang diambil berdurasi 150 minit amat memuaskan hati bagi penggemar filem aksi. Jika hendak dibandingkan dengan The Raid 1: Redemption, filem kedua ini jauh lebih hebat aksi pertarungannya kerana kebanyakan pertarungan mengetengahkan lebih aksi pertarungan bela diri, silat dan seni menggunakan peralatan berbanding senjatapi.

Sedikit sinopsis (berhati2 dengan kemungkinan spoiler yg banyak..hehehe), filem ini bermula dengan pembunuhan yang dilakukan Bejo, ke atas Andi (jika anda tidak pernah menonton Raid 1,anda tidak akan kenal) iaitu abang kepada Rama (lakonan Iko Uwais) serta pertemuan dan perancangan oleh seorang pegawai polis yg anti rasuah, anti gangsterism Indonesia iaitu Bunawar yang akhirnya membawa kepada Rama (atau nama lain penyamarannya, Yuda) diarahkan menjalankan misi yang amat besar,berisiko tinggi dan berbahaya iaitu, perlu masuk penjara selama 3 thn, membuat jenayah dalam lokap, menyiasat dan menganggotai kumpulan gangster besar diketuai Bangun. Perancangan rapi ini adalah bagi ‘menyusup masuk’ ke dalam tiga kuasa besar yang berkuasa pada masa itu dan amat dikehendaki polis iaitu empayar Bangun, Reza dan seorang Jepun bernama Goto. Manakala Bejo yang membunuh Andi pd awal filem merupakan salah serang penjenayah maha jahat pada ketika itu yang mempunyai kuncu-kuncu paling ganas. Adrenalin mula terasa terganggu dan cemas semasa bermulanya aksi pertarungan dalam penjara lagi dan ini mengingatkan aku seperti cerita pertarungan dalam penjara Undisputed lakonan Scott Adkins.

Garapan yang dibuat oleh pengarah Gareth Evans yang telah mengangkat pencak silat moden dan pelakon Iko Uwais termasuk filem2nya sebelum ini seperti The Raid, Merantau Warrior,semakin berkembang selepas aksi-aksi dalam penjara, sehinggalah aksi selepas Rama telah keluar penjara dan mula menyertai Uco dan ayahnya Bangun yang mempunyai empayar kongsi gelap yang berjaya. Badan mula tegang, degup jantung berlari kencang apabila satu demi satu pertarungan mula muncul di skrin TV lusuh saya, terutama apabila kemunculan Prakoso (lakonan hebat Yayan Ruhian) dan juga The Assasin (lakonan Cecep Arif Rahman), di mana ketiga-tiga mereka termasuk Iko Uwais merupakan pesilat malah jurulatih silat Indonesia yang hebat yang memiliki Seni Cimandi, Penglipur Garut, Silat Harimau, Minang dan sebagainya. Tidak hairan filem ini penuh bertenaga dan buat kita berpeluh. Itu belum watak sampingan yang tidak kurang juga hebatnya seperti Bejo yang cukup antagonis, Eka seorang bekas polis yang setia terhadap Bangun, Hammer Girl (gadis tangkas guna hammer utk membunuh), Baseball Bat Man, dan watak jepun-jepun yang pd saya hanya sumbangan kecil sahaja dlm filem ini. Uco sebagai anak kepada Bangun tidak mempunyai kesabaran dalam mengambil alih empayar dari ayahnya dan akibat ketamakan dan sifat darah muda yg panas, beliau telah meruntuhkan empayar besar yg dibina bapanya sekian lama. Gabungan padu watak-watak yang disebut tadi telah berjaya menjadikan padatnya kisah ‘perang empayar’ dalam filem ini. Filem ini juga ada aksi stunt kejar-mengejar di jalanraya bandar sibuk dan macet Jakarta di Indonesia yang saya kira,digarap dengan baik dan rasanya filem Indonesia malah filem kita pon masih belum ada garapan baik sedemikian rupa tapi biasa kita lihat dlm filem Thailand dan luar negara antaranya filem Ronin. Kamera shot yang baik dr segi komposisi dan angle,memainkan peranan yang banyak dalam aksi ini. Apa yang saya dapat agak adalah penggunaan kamera GoPro banyak digunakan dek kerana itu ada komposisi menarik terhasil. Ada aksi pelanggaran motorsikal, kereta, stunt bergayut pada kenderaan sambil tembak-menembak, bertarung dalam MPV dan kemalangan sana sini. Aksi di jalanraya juga cukup membuatkan kita tidak senang duduk dan mulut ternganga. Namun aksi paling sempurna dan terbaik serta bakal diingati penonton adalah aksi pertarungan di antara Rama dan The Assassin di dalam dapur restoran yang penuh dengan seni kaki dan tangan serta penggunaan peralatan dan senjata kerambit yang amat berbahaya, satu koreografi yang mantap dan ending pertarungan yang teman kira cukup-cukup puas hati.

Sinematografi yang berbeza dan menarik, focus kamera jarak dekat(close-up), arial dan shot kemas dari angle tinggi (terutama pergaduhan ketika hujan di lumpur dalam penjara),aksi slo-mo gerak perlahan, berjaya menjadikan filem ini dilihat seolah-olah benar-benar terjadi di depan mata penonton. Efek air, lumpur dan hujan serta slo-mo pergaduhan di antara banduan dan warder penjara, sewaktu Prakoso berentap di kelab dan terbunuh di atas salji (apaaa??salji??) begitu memberi kesan. Adunan skor music yang tidak melampau (kali ini tiada skor music oleh Mike Shinoda Linkin Park seperti The Raid 1 bagi pasaran luar negara) dan efek bunyi yang bagus juga telah menjadikan speaker-speaker Jamo di teater rumah saya meletup-letup dan menyebabkan jiran-jiran memaki saya dalam diam.

Dari kacamata saya secara personal, walau terdapat beberapa ketidak logikan antaranya scene di mana Jakarta diliputi salji, tiada penggunaan senjatapi oleh Rama sewaktu menentang dan mengalahkan penjahat yang ramai (selalunya hero nak senang main tembak saja..heheh), samseng-samseng Jepun hanya datang di saat akhir dan setelah segala selesai, tiada CCTV tersorok kelihatan dalam rumah Rama (yg diberi Bangun,sebab teman kira Bangun mesti memantau segala pergerakan bawahannya), watak Bunawar yang hanya seketika selebihnya melalui panggilan dan tiada bantuan diberi kepada Rama di kala kesusahan, slot untuk keluarga Rama terutama anaknya yg makin membesar hanya sedikit, tiada juga serbuan polis ala SWAT berkumpulan dilakukan sebagaimana filem pertama yang kena dengan tajuk The Raid, melainkan serbuan oleh Rama seorang diri. Namun semua itu saya jamin tidak sedikit pun memberi impak dan mematahkan hati penonton dek kerana akibat terlalu puas menonton wayang gambar ini, kerana keutamaan filem ini adalah penuh dengan aksi. Ramainya penjahat dan samseng dalam filem ini adalah kena dengan tajuknya ‘Berandal’ yang membawa maksud ‘samseng’ oleh itu tiada aksi makan di restoran, cintan cintun, perempuan muda kejar lelaki tua kaya, cemburu buta, slanga samseng melayu pelat cina, lawak bodoh tiada dalam cerita ini. Kelihatan juga beberapa scenario yang serba sedikit menyamai filem Hong Kong dan Thailand seperti filem Election (scenario ketika di lombong tempat mayat dicampak), babak Rama naik ke hall di mana Bejo, Uco dan Reza sedang makan dan menghadapi rintangan kelihatan seperti babak dlm wayang Tom Yum Goong.

Saya kira filem ini adalah antara filem pertarungan bela diri yang kurang bersenjatapi paling terbaik pernah terhasil, malahan Matt Goldberg,seorang dari pengkritik filem yang amat ‘ketat’ juga memberikan quote "one of the greatest action movies ever made''. Filem ini juga filem Indonesia pertama yang telah tersenarai antara 250 filem top IMDb. Buat penonton yang meminati filem bergenre sebegini, anda tidak akan rugi memiliki sekeping BD filem aksi ini sebagai antara koleksi simpanan anda. Sekaligus filem ini mengangkat industri perfileman aksi Indonesia di mata dunia begitu juga para pelakonnya yang mula mendapat perhatian di hati peminat. Semoga selepas ini banyak lagi filem aksi moden terhasil oleh negara jiran kita ini dan semoga filem di Malaysia juga paling tidak boleh menyaingi filem negara luar. Thumbs up kepada pengarah yang berjaya dalam adunannya tersendiri dan mampu mengangkat filem ini sebagai filem aksi Asia antara yang terbaik di layar global. Lakonan Iko Uwais juga dilihat semakin membangun dan tidak hairan jika beliau boleh pergi jauh lagi sebagai mana Tony Jaa, Donnie Yen dan Jackie Chan. Akhir sekali saya memberikan rating agak tinggi iaitu 8/10 terhadap filem ini. Selamat menonton!
 
Ulasan oleh: Saiful Halim
 
SKOR: 8/10

Tuesday, April 23, 2013

Mother's Day (2010)


http://www.imdb.com/title/tt1434435

 Dari pengarah Saw II, III dan IV. Elemen gore yang sama dapat diperhatikan tetapi ada yang kurang dalam perjalanan ceritanya. Mungkin tak logik?

SKOR: 6/10

Tuesday, March 26, 2013

Videodrome (1983)


http://www.imdb.com/title/tt0086541/

Kalau David Cronenberg punya filem, memang ekspetasinya animatronik yang memualkan, dan ini tidak terkecuali. Sesetengah pengarah filem memang otaknya bernanah dan ini adalah contohnya.

SKOR: 8/10

Sunday, March 24, 2013

Looper (2012)


http://www.imdb.com/title/tt1276104/

Filem time-travel dengan tema pembunuhan sudah banyak kali dibuat. Sebaik mana garapan tersebut menjadi persoalan. Looper memberi nafas yang sedikit baru tetapi motifnya tidak lari banyak dengan filem Back To The Future, hanya ini bukanlah filem komedi.

SKOR: 7/10

Tuesday, November 13, 2012

To Catch a Thief (1955)


http://www.imdb.com/title/tt0048728/

Bagi yang mengharapkan twist Alfred Hitchcock, nampaknya kurang sikit dari segi ini. Tetapi dari segi extravaganza filem, memang tak boleh lawan di waktu itu. Lakonan gentleman Cary Grant dan diva sebenar Grace Kelly yang memakukan mata di skrin.

SKOR: 7/10