http://www.imdb.com/title/tt1772341/
Sebenarnya saya terdetik nak mengulas filem ni mungkin sebab
baru-baru ni menonton Big Hero 6. Lagipun masa filem ni keluar dulu saya
belum join group ni lagi. Apa yang saya ingin sampaikan adalah ulasan
peribadi serta kenapa saya bagi Wreck-It Ralph 5/5.
Faktor kedua,
sebagai seorang yang mengalir gaming dalam darah, filem ini benar-benar
memang untuk kami. Lawak berkaitan konsep respawn point, extra lives,
glitches, dan entah berapa banyak references berkaitan tajuk yang
mungkin hanya gamers tahu dan suka (Aerith lives!), filem ini memang
didedikasi untuk gamers. Dengan isu kedai arked yang satu masa dulu cuma
20 sen sekali main. Zaman Street Fighter II dan entah berapa banyak
klon dan modnya (Shoryuken keluar 5 biji hadoken). Filem ini sangat
menggamit memori. Saya sangat teruja ketika mengulang tonton
berkali-kali sekadar untuk mencari semua cameo dan references, filem ini
penuh dengan itu. Seorang gamers wajib menonton filem ini kerana memang
filem ini tribute untuk gamers. Namun itu hanya faktor kedua.
Faktor pertama. Walaupun anak saudara saya berusia 6 tahun juga
menggemari cerita ini, kalau kena pada situasi dan kondisi, filem ini
boleh memberi impak yang sangat kuat kepada orang dewasa. Seandainya
watak Vanellope menjadi contoh kepada kanak-kanak dengan membawa elemen
bakat, cita-cita dan harapan, watak Ralph pula kena tepat kepada orang
dewasa. Ralph mengajar erti penerimaan. Saya rasa mungkin ada antara
kita yang pernah melalui situasi Ralph at least somewhere in this life.
Di mana kita mempersoalkan tindakan kita, bagaimana kita melihat diri
kita sendiri, perkara yang pernah kita buat, benar atau tidak, patut
atau tidak, serta penerimaan kita terhadap diri kita sendiri. Kenapa
kita diletakkan dalam situasi berkenaan dan kenapa kita mengambil
keputusan tertentu. Personally, something happened to me in 2012 and
that thing broke me mentally. Saya mula mempersoalkan segala tindakan up
to that point. So ketika melihat Ralph, saya nampak diri saya sendiri.
Saya rasa tak dapat dinafikan antara scene yang paling kuat dalam
sejarah filem Disney di mana Ralph terpaksa mengambil tindakan extreme
untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan walaupun tindakannya itu
membuatkan dia dibenci oleh Vanellope, satu-satunya orang yang baik
dengannya ketika itu. Okay I admit, I cried during that scene.
But in the end, itulah mesejnya. Selain itu, apa yang berlaku pada
Ralph juga menjadi tamparan kepada kita tentang bagaimana kita melayan
orang lain terutamanya orang yang pada pandangan kita bermasalah.
Bagaimana penduduk setempat melayan Ralph yang mengotori tangannya
sendiri sebagai watak jahat hanya kerana memang dia dijadikan untuk
berperanan demikian semata-mata untuk memastikan game Fix-It Felix itu
berjaya. Walhal mereka tak sedar semuanya sebahagian dari sistem
kehidupan mereka sendiri, tanpa Ralph mereka semua tiada gunanya. Kalau
pada awal lagi mereka tidak melayan Ralph macam sampah, Ralph tidak akan
tertekan sedemikian. The whole messages yang buat cerita ni cantik.
Anak-anak dan orang dewasa menggemarinya dari sudut yang berbeza.
Sekian saja untuk filem ini.
"I'm bad and that's good. I will never be good and that's not bad. There's no one I'd rather be than me."
SKOR: 10/10