Filem komedi ini mengisahkan tentang seorang tukang gunting rambut malang, Thomas Kresk (Steve Zahn) yang melihat nasibnya seolah-olah akan berubah apabila seorang pencuri licik, Avnet (Jeff Goldblum) masuk ke dalam kedai guntingnya. Dia terdengar tentang bicara Avnet tentang duit syiling purba yang dicuri Avnet dan sedang dalam perbincangan untuk bertukar milik dengan nilai jutaan dollar. Mulanya takut, tetapi apabila secara tak sengaja beliau tercucuk mata gunting ke tengkuk Avnet, takut menjadi berani kerana duit syiling tersebut sekarang berada di tangannya. Nampak mudah? Mungkin tidak. Bermula dari pembunuhan itu, rantaian peristiwa malang satu demi satu menimpa Thomas. Persoalannya, semakin malangkah nasib Thomas atau penghujungnya baik untuknya?
Gaya filem nampak ada potensi namun ada macam ruang kosong sepanjang jalan cerita. Yang pasti, karektor Mikey (Elijah Wood) sebagai pembunuh upahan berusia 17 tahun agak memberikan lebih 'colour' kepada jalan cerita.
SKOR: 6/10
No comments:
Post a Comment