Friday, April 4, 2008

Donnie Darko

Filem yang berlatarbelakangkan pada penghujung 80-an. Mengisahkan mengenai Donnie Darko, seorang remaja bermasalah dan mempunyai penyakit berjalan dalam tidur ataupun "sleepwalking". Pada satu malam, di dalam tidurnya, dia dikejutkan oleh satu suara yang memanggilnya turun ke luar rumah. Dalam keadaan tidur, perlahan-lahan dia berjalan-jalan sehinggalah berjumpa dengan seorang/seekor makhluk yang berupa arnab setinggi 6 kaki yang bernama Frank dan memberitahu kepada Donnie bahawa dunia akan kiamat dalam masa 28 hari, 6 jam, 42 minit dan 12 saat. Pada malam yang sama juga, secara tidak semena-semena, sebuah enjing kapal terbang yang tidak diketahui asalnya telah jatuh dan tepat mengenai bilik Donnie, tetapi dia terselamat kerana sudah pun berada di luar rumah ketika itu. Selepas itu beberapa peristiwa pelik dan aneh yang dialami oleh Donnie, contohnya dia mampu nampak sejenis cecair ataupun "jalan" yang keluar dari dada setiap ahli keluarganya yang disimpulkan oleh beliao sebagai "path" ataupun takdir perjalanan hidup seseorang. Kemudiannya Donnie juga taksub dengan konsep "time-travelling". Donnie turut dipengaruhi oleh "imaginery friend" nya, Frank, dijumpainya setiap kali di bawah keadaan separuh sedar ataupun dalam mimpi yang mengarahkan Donnie melakukan perkara-perkara yang tidak disangka. Banyak perkara yang tidak masuk akal sepanjang filem ini, contohnya, apakah "kiamat" yang dikatakan oleh Frank , dan jugak dari mana datangnya enjin kapal terbang yang jatuh ke atas rumah, diterangkan pada penghujung filem ini dan apakah nasib yang menimpa Donnie akhirnya.

Filem yang agak pening kalau tengok first time. Bila tengok 2nd time nampak dah semuanya. Banyak aspek-aspek yang dipaparkan dalam filem ni contohnya masalah sistem pendidikan, kekeluargaan dan masalah "stended" remaja. Agak-agak nak tengok movie yang boleh bikin muntah kalao banyak pikiaq sangat ni la movie dia.

Skor : 8/10
Pengulas: lati0s


1 comment:

eddeved said...

errr...sorry aku menyemak dalam blog nih...tapi sebab komen dialu-alukan maka aku buat muka tebal aje tulis nih...bagi aku Donnie Darko is a very simple movie - tentang hikmah dan mukjizat Ilahi, ye lah kalau difikirkan zaman Nabi Musa ada pernah jumpa manusia macam ni, buat benda pelik yang jahat pada mata kasar, budak ni bakar rumah evangelist tu...bocorkan tangki air sekolah dan macam-macam benda jahat dia buat...last-last kita nampak kenapa dia buat macam tu...budak ni kalau fikir secara simple - role dia sama macam Nabi dan Rasul laa...mengatakan KEBENARAN walaupun ia pahit...elemen Kristianiti pun ada diselit dalam filem ni dimana last-last dia kena "crucified" dengan enjin pesawat tu...Frank tu bukan imaginary friend dia tapi member dia punya member yang baru keluar ke kedai beli beer untuk party yang budak tu join. last-last dia tunjuk semua watak yang terlibat seolah-olah watak tu semua terbabit dalam kisah pelik budak ni...paling best pasal teori time travel tu...he he he! memang betul tu...kita semua time travelling, tapi ke depan aje...he he!