Sunday, April 6, 2008

Shooter (2007)

Bob Lee Swagger (Mark Wahlberg) - nama best - adalah seorang sniper yang terbaik dalam kelasnya. Dalam sebuah misi khas di Ethiopia beliau telah membantu pasukannya dari di serang oleh musuh; walaupun beliau terpaksa 'ditinggalkan' oleh pasukannya atas dasar, expandable strategy. Ini menyebabkan beliau hilang keyakinan terhadap negaranya, USA, lantas meletak jawatan. Namun disebabkan sayangnya beliau kepada negara, beliau telah menerima tawaran Colonel Isaac (Danny Glover) untuk menyelamatkan Presiden USA yang ditip akan dibunuh dalam ucapan umum beliau. Tidak disedari oleh Bob bahawa sekali lagi beliau akan ditipu oleh 'negara'nya kembali. Kini tiba masa Bob untuk membuat langkah yang sepatutnya dilakukan sejak awal dulu; mencari mereka yang pernah menikam dari belakang. Cuma yang perlu diselidiki sekarang ialah, SIAPA mereka. Filem penuh aksi ini mempunyai beberapa potensi tetapi tak mencapai gred yang sepatutnya. Macam ada yang kurang.

SKOR: 6/10

1 comment:

burgerkill said...

yup,patutnya ni adalah film yg best dgn aksi snipernya.tapi film ni mmg hampeh