Tuesday, April 1, 2008

The Machinist (2004)

File yang menceritakan mengenai Trevor Reznik (Christian Bale) seorang pekerja kilang yang mengalami masalah insomnia dan pengurangan berat badan yang kronik sehinggakan serupa dengan tengkorak hidup. Plot cerita bermula apabila pada satu hari secara tidak sengaja, berlaku satu kemalangan di kilang tempat dia bekerja sehingga mengakibatkan salah seorang rakan sekerjanya Miller (Michael Ironside), kehilangan sebelah tangan dek terpotong oleh mesin. Semenjak itu, rakan-rakan sekerjanya yang lain mula kurang menyenangi Trevor, ditambah lagi dengan rupa dan perubahan sikap Trevor yang mendadak. Kemalangan itu berlaku kerana Trevor yang ter ralit melihat salah seorang pekerja kilang di situ yang dipanggilnya Ivan. Kemudian beberapa kejadian misteri iaitu apabila ditanya kepada bos tempat dia bekerja, tiada pekerja bernama Ivan di situ. Selain itu, kemunculan stiker-stiker Post-It di rumahnya disertakan dengan nota-nota yang dia sendiri tidak tahu mana datangnya. Trevor kemudian mengambil keputusan untuk mengekori Ivan, dan pada mulanya dia cuba menjejak Ivan menggunakan no plat kenderaannya namun setelah berusaha (tgk sendiri cara gila apa yang dia buat untuk dapat info tu), didapati sebenarnya itu adalah kenderaan dia sendiri yang dilaporkan hilang oleh dirinya sendiri setahun yang lalu. Kejadian demi kejadian membawa kepada klimaks cerita dan penamat yang mungkin tidak disangka-sangka oleh para penonton dan akhirnya mengetahui apakah sebenarnya yang terjadi selama ini.

Semenjak tengok cita ni, aku memang takkan miss tgk cita Christian Bale. Memang kualiti lakonan dia antara terbaik bagi pelakon-pelakon tak seberapa baru di Hollywood, bagi aku la. Tengok la sendiri mcm mana dia sanggup turunkan berat badan sebanyak 30kg semata-mata untuk tampil dengan imej jerangkung dalam movie ni.

Skor : 8/10
Pengulas: lati0s


1 comment:

Kaboi Tanduk said...

Christian Bale mmg betul2 committed sbb turunkan berat badan dlm cerita ni. klu tak silap, lepas cerita ni dia naikkan berat badan utk jadi Batman pulak. peh!