Saturday, April 12, 2008

Secret Window (2004)

Mort Rainey (Johny Depp) ialah seorang penulis novel yang baru menghadapi krisis rumahtangga yang mana beliau telah mengkantolkan isterinya di sebuah motel bersama dengan lelaki yang lain. Samada sedar atau tidak, beliau amat tertekan dengan peristiwa itu yang berlanjutan sehingga isterinya meminta penceraian dari beliau. Masalahnya, beliau juga perlu menyiapkan novel menyebabkan beliau mengasingkan diri ke rumah percutian beliau di desa. Penghidupan beliau berseorangan menjadi kelam kabut apabila muncul seorang misteri di hadapan rumah menuduh beliau mencuri idea sebuah cerita beliau yang lama. Lebih menekan apabila lelaki misteri itu mengancam nyawa. Permintaan lelaki misteri itu pelik, iaitu semua problem mengenai plagiarism akan ditarik jika Mort sedia untuk menukar ending filem tersebut. Nampak simple? Mungkin tidak apabila ugutan itu bertukar menjadi pembunuhan ngeri pada orang-orang disekeliling Mort, termasuklah bekas isterinya. Sebuah filem suspen karya Stephen King.

SKOR: 7/10

No comments: