Wednesday, May 7, 2008

The WILHELM Scream

Aku terjumpa dua kali berkenaan dengan Wilhelm Scream ni masa bukak trivia filem kat imdb.com. First aku tak ingat filem apa tapi aku perasan perkataan Wilhelm Scream ni cuma aku tak ambil peduli.

Dan kejap tadi aku bukak trivia filem The Invisbile (2007) keluar lagi Wilhelm Scream ni. Ditulis...

WILHELM SCREAM: About 25 minutes into the movie, when a guy gets thrown in a swimming pool.

Pelik? Aku pun pelik... pebende Wilhelm Scream ni? Aku buat google sikit.

Rupa-rupanya Wilhelm Scream ni adalah satu jenis rakaman jeritan yang digunakan direcycle oleh banyak filem. Asalnya dari Distant Drum (1951). Zaman tu memang overdub dilakukan kat studio selepas habis shooting. So scene seorang askar masa tengah mengharung paya dibaham dek buaya. Masa ni lah overdub jeritan tu dibuat.

So, jeritan tu di archive oleh studio.

Bila ada filem baru nak overdub, diorang malas nak rakam balik jeritan, depa pergi kat archive dan pakai la jeritan ni balik.

Tak perasan, rupa-rupanya banyak dah filem dok recycle jeritan ni. Tapi ada sorang yang perasan.

Yang perasan ialah Ben Burt, peminat sound efek. Dia perasan yang banyak filem dok guna jeritan yang sama. Bila ni dah diketahui umum dan rasa macam ada aura kult, banyak filem pulak yang selit jeritan ni.

Hehehe... kelakar. Overdub jeritan yang kult!

Baca sini http://www.hollywoodlostandfound.net/wilhelm.html

Lepas tu tengok kompilasi jeritan Wilhelm Scream kat bawah...





4 comments:

zulazahari said...

Laaa....ingatkan nama band baru....tapi sedap gak kalau buat nama band kan? Aku rasa dah ada dah kot?

zulazahari said...

Dah ada rupanya.....A Wilhelm Scream, band punk emo drpd New Bedford, Massachussets. Check out website dia www.awilhelmscream.com

Anonymous said...

cmna plk dgn filem malaysia?asl citer seram je guna efek jeritan yg sama bl ada hntu mncul..yg pliknya ialah bl hntu mcul pttnya bunyi hntu,cmna plk blh bunyi org menjerit?

Adi Herman said...

Persoalannya siapa sebenarnya Wielhem ni?hehe